Movie Review | Humpty Sharma Ki Dulhania (2014)

Friday, 20 September 2019


Pengarah: Shashank Khaitan
Penulis Skrip: Shashank Khaitan
Pelakon: Varun Dhawan, Alia Bhatt, Sidharth Shukla, Ashutosh Rana
Syarikat Produksi: Dharma Productions
Pengedar: AA Films (India), Reliance Entertainment (Overseas)
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2014
Trailer:


Kavya Pratap Singh (Alia Bhatt) merupakan seorang wanita yang cantik, bijak dan bergaya dari Ambala yang bakal berkahwin dengan doktor muda atas aturan dua belah keluarga. Kerana aturan tersebut, dia pasang Impian untuk pakai busana pengantin rekaan Manish Malhotra, pereka fesyen terkenal di India. 

Kavya pergi ke Delhi untuk mencari lehenga yang diidamkan dan menetap untuk sementara waktu di rumah pakciknya. Di sana, dia bertemu dengan Rakesh "Humpty" Kumar Sharma (Varun Dhawan) yang periang dan tertarik dengan Kavya. Bersungguh dia mengejar tapi Kavya tetap endahkan Humpty sehingga lah Humpty bantu selamatkan rakannya. 

Kerana cinta, Humpty sanggup pergi ke Ambala untuk tawan hati kedua orang tua Kavya sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Sesuatu yang agak mustahil untuk Humpty sebab Dr. Angad Bedi (Sidharth Shukla) tak ada kekurangan malah jauh lebih hebat dari dia yang masih belum stabil dalam hidup. 

Filem Humpty Sharma Ki Dulhania merupakan filem debut Shashank Khaitan sebagai pengarah dan juga penulis. Filem romantik komedi ni juga merupakan filem kedua buat Alia Bhatt dan Varun Dhawan setelah sama-sama muncul dalam filem Student of the Year (2012) di bawah produksi Dharma Productions. 

Kerana chemistry Varun dan Alia yang kuat dalam filem sebelumnya, mereka berdua dipilih untuk berlakon sebagai pasangan utama dam Humpty Sharma Ki Dulhania. Disebabkan filem ini juga lah munculnya kapal Varia sampai KJo bercadang untuk hasilkan trilogy untuk Varia. Suka betul tengok momen Varia dekat second half sebab comel teruk. Nampak natural dan comel semua babak manis diorang. 

Jalan cerita Humpty Sharma Ki Dulhania santai dan dihasilkan ala-ala Dilwale Dulhania Le Jayenge ditambah dengan beberapa tribute kepada filem tersebut. Rasanya KJo ada Impian untuk jadikan Varia sebagai the next hottest jodi in Bollywood macam SRK-Kajol. Sayangnya filem Humpty Sharma Ki Dulhania tak ada dialog atau tagline yang kuat seperti DDLJ. 

Music album Humpty Sharma Ki Dulhania hasil gubahan komposer duo Sachin–Jigar menghimpunkan 7 buah lagu termasuk unplugged version untuk tonjolkan bakat nyanyian Alia Bhatt menerusi lagu Samjhawan. Masa lagu Mein Tenu Samjhawan Ki dendangan Arijit Singh dan Shreya Ghoshal keluar, terus ramai jadi gila sebab lagu romantik yang syahdu dan menusuk. Didukung pula dengan chemistry Alia dan Varun yang menggambarkan young puppy love. 


Gabungan suara Shreya dan Arijit wujudkan fenomena dan sampai sekarang lagu Mein Tenu Samjhawan Ki masih dalam carta lagu terbaik yang pernah dihasilkan di Bollywood. Selain lagu Samjhawan, I suka lagu D Se Dance, Lucky Tu Lucky Me yang tampilkan Varun sebagai rapper juga lagu Saturday Saturday yang catchy dan energetic. 

Kelemahan Humpty Sharma Ki Dulhania terjadi bila penulis terpaksa wujudkan babak yang buat watak Dr. Angad nampak negatif sedangkan langkah yang dia pilih dan nasihat tu dah betul dah. Tapi disebabkan filem ini pun dihasilkan untuk kisah cinta Humpty dan Kavya, maka kita yang menonton ni raikan je lah. Kalau hati dah taknak, buat apa pun orang rasa tak kena kan? 

Rasanya Shashank Khaitan cuba untuk terapkan kisah cinta ala DDLJ dan menggunakan negara sendiri sebagai latar tempat utama. Percubaan tu gagal sebab status sosial Humpty tak jauh beza pun dengan Kavya. For me, Kavya lepaskan lubuk emas bila dia jatuh cinta dengan Humpty yang masih belum jelas masa depan dia. Nasib baik kisah fiksyen semata tapi tak hairan pun kalau jadi in real life since dua-dua watak ni sekufu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.