Lirik Lagu Sumandak Sabah - Marsha ft Velvet

Saturday 19 May 2018

Semalam ternampak kawan share lagu tema Unduk Ngadau tahun ni nyanyian Marsha Milan Londoh dan Velvet AF tajuk Sumandak Sabah. Dah lama tak nampak Velvet lepas berita perkahwinan dia dengan Rich Estranged. Tak sangka suara masih sedap macam dulu walaupun jarang keluar single. Tak sure kalau Velvet aktif di Sabah. Lagu Sumandak Sabah ni first time muncul masa konsert Marsha dan Velvet di Kota Kinabalu April lepas dan dimainkan di radio cawangan Borneo.

Image result for sumandak sabah marsha dan velvet

Anyway, first time dengar lagu ni terus jatuh cinta sebab lirik comel plus lagu dia pun catchy. Lagi best bila ada dialek Sabah dalam lagu ni ditambah pula dengan accent dusun Marsha buat lagu tu jadi unik. Music video pun comel tengok bonding Marsha dengan Velvet dan barisan Ratu Unduk Ngadau antaranya Daphne Iking, Madelyn Nandu, Fharelynne Ivonne Gapang, Leonie Lawrence Gontuni, Crystel Eve Huminodun, Sherry Anne Laujang, Bo Tiza Disimond, May Salitah Naru Kiob

Lagu sumandak Sabah ni diterbitkan oleh Bornaya Records pada 17 Mei 2018. Setakat ni, MV dah mencecah 56,600 views dengan 5.6 ribu likes. Kepada yang belum dengar lagi lagu ni, tekan play dekat video di bawah. 



Lagu : Sumandak Sabah
Artis : Marsha Milan Londoh ft Velvet Aduk
Komposer : Richael L. Gimbang
Lirik : Marsha Milan Londoh ft Velvet Aduk

Jalan-jalan di Tamu Tuaran,
Silik-silik baju tradisi Unduk Ngadau,
Tidak sabar mau tunggu Tadau Gao Kaamatan,
Ramai sumandak-sumandak sibuk menunggu.

Omingi-gingoh zi baka Unduk Ngadau,
Berlinggang-linggang Linangkit dan Lilimbo,
Aragang-ragang oh munung dia,
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya

Sumandak Sabah mana kau mau cari,
Semua lawa-lawa, pandai masak nasi
Muka cantik memang tidak lari, 
Pandai lagi dari kaum lelaki

Sumandak Sabah mana kau mau cari,
Unduk Ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang ada yang sampai menangis
Terlampau barabis

*******************
Translation words
1. Sumandak - Anak dara/Perempuan
2. Silik-silik - Intai/Jenguk
3. Linangkit - corak hiasan bunga pada baju
4. Lilimbo - gelungan rotan dipakai oleh kaum perempuan dusun


5. Aragang - Warna merah-kemerahan
6. Munung - Mulut
7. Unduk Ngadau - Ratu Cantik
8. Terlampau barabis - over/lebih2

8 comments

  1. nice sharing..

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    ReplyDelete
  2. lama xtengok velvet. lagu pun best.

    ReplyDelete
  3. mula2 dgr lagu ni trus suka sbb catchy. comel je dua2.. =)

    ReplyDelete
  4. dua ni suara sedap.
    lagu sedap la kan.
    velvet diam aje ekk.
    before and after kawin.
    bagus. low profile.

    ReplyDelete
  5. memang siuk ni lagu kalau nyanyi ramai2 lagi kan..

    ReplyDelete
  6. hi, saya nak tanya apa maksud omingi-gingoh zi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, mnta maaf saya pun tak tahu sebab bukan original dusun/sabahan.

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.