What I Hope My Future Will Be Like

Thursday 3 May 2018


Dah masuk hari ke-17 untuk challenge ni. Fuhhh dah sampai ke tengah challenge dah ni. Bangga jugak mampu istiqamah cenggini. Boleh join challenge lain lepasni.

Untuk hari ni nak sembang pasal masa hadapan. Kalau ikutkan plan dari kecil, tak banyak berubah pun impian untuk masa hadapan cuma ambil masa sikit nak achieve.

1) Kerjaya stabil

For now tak stabil lagi lah sebab sistem kontrak so bila nak plan something pun susah in terms of financial ataupun masa. Bab financial mungkin tak kisah sangat tapi bab masa tu sebab nak cari kerja yang tak kacau weekend so boleh focus dengan benda lain. Lagi satu, nak cari kerja yang banyak experience bukan salary tinggi semata. Experience tu penting.

2) Pendidikan


Masa sekolah dulu malas betul belajar entahlah kenapa, mungkin sebab dapat aliran yang tak minat langsung sampai result hancur. Tapi bila masuk IPT, dapat sambung dalam kos yang memang nak sangat baru lah semangat nak study lagi tinggi. Sekarang ni nak buat Master tapi belum ada rezeki lagi. Kalau dapat kerja yang tak kacau weekend, boleh la proceed Master sementara tak banyak komitmen lagi ni.

3) Charity/Social Works

Dari zaman sekolah lagi memang dah aktif dengan social works sebab rajin join persatuan sana sini. Bila dah kerja ni limited sikit sebab kerja weekend tapi ada jugak lah curi masa join parti turun padang jumpa penduduk yang perlukan bantuan.

4) Anak


Of course siapa tak nak have kids but for now tak kahwin lagi so focus dengan benda lain dulu tapi kalau ikut plan dari kecik nak adopt seorang dua cuma tu lah, tak dapat kerja stabil lagi. Nak kahwin pun entah bila krik krik krik betul bab ni.

5) Butik Kafe


Selain dari minat bab ekonomi/kewangan, suka bab design baju jugak. Dulu pernah sketch several designs yang ada dekat market sekarang. Pheww tak sangka idea kita wujud dalam kepala orang lain juga. Idea tu selalu ada tapi tak pernah ada courage nak start.


Harapnya semua impian ni boleh tercapai, tak tinggi mana pun harapan sebab penat sebenarnya nak juggle lot of things in life but I'll try. Wish me luck! :)

6 comments

  1. Hope you'll achieve your goals in this lifetime :)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan untuk mencapai segala yang dicitakan...

    ReplyDelete
  3. Everyone has their own clock Kekna, inshaaAllah!

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan semua impian Farhanna.. Butik Kafe tu menarik..

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah. Dari skang dah kena usaha ke arah tu, farhana. Impian ni kena kita plan and work on it.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.