Book Review : Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia

Sunday 20 May 2018


Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : ROMAN
Helaian : 236 mukasurat/17 cerita
Genre : Misteri/Komedi
Tarikh Cetakan : April 2017 - Cetakan Pertama
Julai 2017 - Cetakan Kedua
Harga : RM 22
Sinopsis :



Review : 

Novel LYTPAUD ni mempunyai 17 cerita sebenarnya. Cerita utama cerita Monet dan Arabella and the rest cuma cerita pendek sebagai hiburan tambahan but that's quite weird lah sebab cerita pendek lagi menghiburkan dari cerita utama. Cerita utama agak bosan walaupun dia ada plot twist dekat awal tapi plot twist buat cerita tu jadi makin mengarut dan hambar. Tambah pula bila misteri Arabella tu taj diceritakan dengan rasa saspen so rasa nak tahu siapa Arabella tu macam malas. Baca setakat nak habiskan cerita je. 

Lucky for this story watak antagonis muncul, watak Sid kekasih hati Arabella yang kejam dan memburu Roho. Tapi kemunculan Sid tu sekejap je sebab watak Sid muncul di hujung cerita, sama lah dengan watak Edgar, polis di kawasan Bruges. Kalau dipendekkan kisah merapu Monet dan Arabella, tambah misteri kehidupan Sid dan Edgar mungkin cerita jadi lagi menarik sesuai dengan genre misteri tu. 

As for the title of the book, Monet tak ada apa untuk dipersia tapi paranoid bila Arabella menetap di rumah dia selama seminggu. Nampak mengarut sebab Monet digambarkan sebagai seorang yang cool, got nothing to lose tapi sudahnya kaki paranoid, lemah. Dekat hujung cerita baru nampak karakter yang sepatutnya dia tonjolkan dari awal. Messed up. 

Meanwhile untuk cerita-cerita pendek yang ada dalam buku ni, paling suka cerita Main Kasar, Saka Mat Nor, Seram Naharam dan Suparjo Orang Minyak. Gaya penulisan Hasrul sama je macam novel-novel sebelum ni, santai je walaupun cerita utama hambar still boleh layan lagi. Cuma ada la certain stories yang agak vulgar so buku ni hanya untuk pembaca matang sahaja. 

Dekat hujung buku ni ada Wawancara Bersama Hasrul Rizwan sebanyak 6 mukasurat. Eksklusif rasanya ceritakan tentang macam mana datangnya ilham Hasrul untuk menulis sesebuah buku, macam mana boleh terjebak menjadi penulis, harapan Hasrul sebagai penulis dan lain-lain yang berkaitan. 

Not sure if its worth it to buy sebab cerita-cerita pendek dia kelakar cuma cerita utama tu lah mungkin ada yang suka or you guys will be just like me, wondering when will this story finished. 

4 comments

  1. selalu dalam drama watak sampingan lagi best dari watak utama. maybe banyak benda yg nak difokus pada main story..hihi

    ReplyDelete
  2. not my kind of fav genre. heee

    ReplyDelete
  3. owh banyak cerita2 pendek..huhu

    ReplyDelete
  4. Kak Sha ada buku ini tapi tak baca lagi..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.