Book Review : Aku Ada

Sunday 6 May 2018



Penulis : Syu Ariani
Penerbit : Karya Seni
Genre : Misteri/Aksi/Thriller
Helaian : 79 bab/ 519 mukasurat
Tahun Cetakan : April 2018
Harga : RM 23.00

Sinopsis :


Review :

Masa baca sinopsis pun dah teruja nak baca isi dalam sebab jalan cerita menarik dan unik. Mengisahkan tentang persahabatan Yuskhairi dan Lyssa yang bermula di sekolah menengah kemudian berakhir di kolej di mana mereka sama-sama menyambung pengajian level Diploma TESL.

Kisah mereka berdua berakhir bila Yuskhairi hilang pada hari Lyssa dan Safina, rakan baik Lyssa join ekspedisi di Gunung Ledang. Selalunya ke mana saja Lyssa pergi, Yuskhairi akan munculkan diri tapi jenuh Lyssa tunggu namun dia tak datang. Lagi malang bila Lyssa jatuh di Gunung Ledang sehingga mengalami Retrogade Amnesia sehinggakan Lyssa boleh mendengar suara-suara dari orang yang dah mati dan meminta bantuan dengan Lyssa.

Lepas Lyssa boleh dengar suara-suara ni cerita makin menarik sebab dia jumpa dengan Hafiy. Uniknya Hafiy ni bila Lyssa boleh nampak Hafiy tak macam suara-suara yang dia dapat dengar semata. Sejak dari tu, Lyssa berkawan dengan Hafiy dan bantu suara-suara yang minta bantuan dia walaupun diancam bahaya.

Cerita Lyssa dengan Hafiy ni jadi makin best bila ada rahsia yang Safina, Fitri dengan ayah Lyssa sembunyikan dari Lyssa tapi Lyssa dapat tahu dari suara-suara halus yang dia dengar tu. Dari situ Lyssa guna bantuan Zaidi, seorang Personal Investigator untuk merungkai misteri hitam yang tersimpan disebabkan amnesia Lyssa alami tu. Misteri hitam tu pula ada kaitan dengan kisah hidup Hafiy sekaligus berkait dengan Lyssa. Stress jugak lah baca sebab dua watak ni bercinta tapi tak boleh bersama gara-gara misteri hitam ni. Perasaan cinta dengan perasaan bersalah sama tinggi je. Tak lama lepas tu Hafiy pula hilang dari hidup Lyssa.

Dari awal plot sampai habis memang rasa nak tahu je apa misteri-misteri yang wujud dalam cerita ni. Dan siapa mastermind di sebalik misteri-misteri tu. Walaupun dah boleh agak jawapan tapi still nak tahu macam mana Lyssa nak tangkap mastermind tu. Dengan atau tanpa bantuan Hafiy dan Zaidi. Dalam cerita ni banyak juga karakter sampingan tapi memang semua karakter ada kekuatan sendiri dan membantu jalan cerita.

Novel Aku Ada ni hadiah dari KakSha sebab jadi Pengomen Tegar dekat blog dia. Happy bila dapat novel ni straight dari penulis sendiri siap ada ucapan khas dengan hadiah dari dia. Happy jugak baca sebab karya Aku Ada ni memang cantik baik dari penulisan ataupun jalan cerita. Ada part yang buat senyum sendiri sebab angau dan sedih sendiri sebab sejenis overthinking sama je macam Lyssa.


Recommended sangat kepada you guys yang tengah mencari novel fiksyen genre misteri tapi tak sarat dengan kisah cinta. Harap nanti ada la movie ataupun drama adaptasi dari novel ni.

11 comments

  1. Thanks for the review awak.Nk beli la nanti hehe. :) Lama tak baca novel cmni awak hehe rindu

    ReplyDelete
  2. Baca sinopsis pun dah rasa teruja ni...

    ReplyDelete
  3. Baca review Farhana pasal buku ni plus cover dia cantik sangat sangat terus rasa nak beli.

    ReplyDelete
  4. Wah, macam best jea novel nie... nak kena cari untuk koleksi nie..

    ReplyDelete
  5. mcm best ja novel ni ... misteri gitu...

    ReplyDelete
  6. Wah. Aida baca 2 kali review farhana.
    Memang misteri and need time to read & understand.
    Memasukkan diri dlm cerita tu bukan nya senang.

    ReplyDelete
  7. Habis tu mana Yuskhairy tu pergi? Macam nak tau je pasal kisah ni..

    ReplyDelete
  8. Sinopsis dia best.. kene baca jugak ni..

    ReplyDelete
  9. Menarik ni boleh cari buat koleksi

    ReplyDelete
  10. tertarik dgn cover and thanks for review maybe akan beli nanti..hihi

    ReplyDelete
  11. Best novel ni..tengah baca..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.