Movie Review | Surat Cinta Untuk Starla The Movie (2017)

Tuesday 1 May 2018

Image result for surat cinta untuk starla the movie

Pengarah : Rudi Aryanto
Pelakon : Jefri Nichol, Caitlin Halderman, Salshabilla Adriani, Ricky Cuaca, Meriam Bellina
Produser : Screenplay Films & Legacy Pictures
Genre : Romantik/Drama
Tarikh Tayangan : 28 Disember 2017
Durasi Tayangan : 1 jam 44 minit
Trailer :


Movie yang diadaptasi dari single Surat Cinta Untuk Starla nyanyian Virgoun yang jadi kegilaan ramai tahun 2017, mengisahkan tentang kisah cinta Starla (Caitlin Halderman) dan Hema Chandra (Jefri Nichol). Sebelum tengok movie ni ada filem pendek kisah percintaan diorang berdua di Youtube menggunakan judul yang sama, Surat Cinta Untuk Starla. Since dapat sambutan yang luar biasa, diorang panjangkan lagi kisah Starla dengan Hema menjadi movie.

Hema seorang remaja biasa yang cintakan alam sekitar dan ekspresikan seni dia di dinding dalam bentuk mural ataupun graffiti tapi selalu dikejar dengan polis sebab vandalisme. Satu malam, Hema bersembunyi di area kedai kopi Starla semasa lari dari polis dan dari situ diorang berdua kenal. Starla on the other hand already have a fiancé, Bimo yang tinggal di luar negara tapi hubungan mereka putus disebabkan kawan Bimo, Kiki yang menjadi batu api kepada Bimo dan Starla sehingga mereka berdua berpisah.


Hema jadi tempat untuk Starla tenangkan hati dan fikiran sampai diorang dua jatuh cinta. Makin lama makin rapat, plot movie ni berkembang dari awal pertemuan diorang sampai lah hubungan diorang berdua ada krisis hingga Hema dan Starla ambil keputusan untuk putus.

Movie ni tak lah berat mana pun, santai je sebab krisis tu pun sekejap sangat dalam setengah jam nak dekat hujung dah walaupun ada jugak lah kehadiran Bimo sebagai orang ketiga tapi krisis couple ni lagi besar dari Bimo sampai melibatkan keluarga. Bukan parents je tapi pakcik, makcik dengan atok sekali sampai terbongkar rahsia keluarga Hema dari kecil. Nampak macam dashat tapi director buat krisis tu nampak light je sampai senang sangat berdamai.


Sama macam dalam filem pendek, main soundtrack menggunakan lagu Surat Cinta Untuk Starla dan tambahan single terbaru dia, Bukti. Sebelum ni dengar lagu Bukti macam biasa je tapi lepas dah layan movie ni lagu tu jadi awwww sangat.


Bab lakonan, chemistry di antara Jefri dan Caitlin memang cantik sangat onscreen cuma pelakon tambahan tu tak beria sangat berlakon. Memang semua tanggungjawab diorang letak atas hero dengan heroin semata. Tapi suka lakonan Romeo sebab lawak tambah part dia mengamuk bila Starla tak tolong dia di kedai tapi curi-curi dating dengan Hema.


Bab cinematography movie ni pun cantik sebab certain beautiful location di Jogja, Indonesia dipilih untuk portray character Hema yang cintakan seni dan juga alam sekitar. But kudos to screenplay team sebab buatkan tempat tinggalan nampak cantik sangat macam kubur keretapi bertingkat di Purwakarta, Indonesia, bawah jambatan, dinding terbiar dan banyak tempat yang asalnya tempat tak cantik tapi nampak wow dalam movie.



Movie SCUS ni kalau nak tengok santai boleh lah sebab storyline pun tak berat mana. Tengok movie ni pun sebab dah pernah tengok filem pendek SCUS so nak tahu lebih dalam lagi pasal pasangan ni tapi tbh jalan cerita filem pendek lagi cantik dari filem. Syarat nak tengok SCUS kena tengok dulu filem pendek dia kalau tak ada banyak scene yang tak faham ataupun feel tu tak sampai. Tapi ada part yang bercanggah dengan filem pendek antaranya scene Hema dan Starla first time berjumpa dengan karakter Bimo.

Another great thing dalam movie SCUS ni, bila pengarah still masukkan puisi untuk Starla dari Hema. Tapi surat Starla untuk Hema pun not bad jugak so yesssss kekuatan movie SCUS ni pada puisi dan dialog Hema dan Starla. Walaupun tak seangau Dilan dan Milea tapi Hema dan Starla ada kekuatan tersendiri.

Last but not least, thanks Jefri Nichol sebab hadir dalam dunia lakonan Indonesia. Menjadi betul watak Hema nak pulak bila dia deliver romantic dialogues ataupun berpuisi. Haihhh ganteng amat!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10

8 comments

  1. Ala mana nak tengok movie ni?? Nak sangat tengok sebab suka sangat lagu Surat Cinta Untuk Starla <3

    ReplyDelete
  2. mcm menarik la movie ni ... hope boleh cari online ...:))

    ReplyDelete
  3. Tak tertengok lagi movie ni... Nanti nak cari data lebih. (tetiba berkenan kereta dalam filem tu) Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Ada movie ekk? Lagu tu aida tau. Tak tau plak ada movie nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas lagu keluar web series/filem pendek lepastu dikembangkan jadi movie :)

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.