5 Things Irritate Me About Opposite Sex

Friday, 4 May 2018


Being a woman/girl in this modern era is quite challenging actually. Tbh bukan dalam dunia moden je tapi dari dulu lagi cuma lagi bertambah sakit hati sebab tak ada kemajuan mentaliti langsung sejak dulu. Walaupun dah 60 tahun merdeka pun tapi mentaliti masih lagi sama dan yang lagi sedih bila perangai mereka ni disokong oleh perempuan juga.



1) Kaki Order

Dia nak apa dia mintak je, memang malas betul nak buat sendiri walaupun benda tu senang sebab dari dulu kebanyakannya dah diajar supaya layan lelaki ni macam raja sebabnya kaum ni yang keluar bekerja jadi tanggungjawab mereka berat. Sekarang ni perempuan pun keluar bekerja tapi mentaliti orang lelaki tu tak bertukar lagi sebab dah biasa di zon ‘raja’.

2) Kaki Complaint

‘U ni dah gemuk lah’
‘U ni tak pandai make-up ke?’
‘U masak tak sedap lah’

Ada saja tak kena dekat mata dia walhal nak tolong buat tak mahu. Tak ada orang dekat dunia ni mampu buat semua perkara seorang diri melainkan dia ada privilege tertentu supaya dia boleh naik atas sana. Menyampah tau bila pot pet sana pot pet sini tapi diri dia pun bukannya bagus mana tapi kita diminta untuk redho.

3) Done Dakwah

Perangai yang ni boleh nampak dekat komen socmed bila ada perempuan yang berjaya.

‘Tak guna belajar tinggi kalau tak tutup aurat’
‘Tawan dunia pun buat apa kalau tak pakai tudung’
‘Suara tu aurat’

Sembang pasal agama serupa bersepah kitab tapi muka tu tak pernah pun nampak dekat mana-mana tazkirah ke, saf subuh berjemaah ke even worse penuh dengan porn dekat socmed. Lagi satu hal bila sembang pasal poligami. Amboi dia dah macam Wali Songo sembang, kemain buka kitab pasal pahala isteri akan dapat tapi sudahnya isteri je yang tanggung semua tanggungjawab institusi kekeluargaan sementara dia syok honeymoon dengan bini baru.

4) Kepala Ego

Spesies ni memang masalah bila buat kerja bersama sebabnya semua benda dia nak lebih supaya dia nampak hebat. Memang pantang kalah atau nampak lemah. Semua dia nak tapau. Kalau dapat hasil takpe jugak sudahnya hancur. Kadang dari masalah ego ni la terjadinya buli terhadap perempuan tak kira di atas jalanraya, di pejabat, di sekolah ataupun di rumah. It happens.

5) Oppressor

Spesies ni yang memang rasa dia ‘raja’, dia lebih kurang je dengan Kaki Order tapi dia lagi teruk sebab dia suka memperkecilkan perempuan. For sure you guys selalu dengar ayat ni

‘Tempat perempuan dekat dapur je’

‘Eleh perempuan bla bla bla’

‘Perempuan tak payah sembang banyak lah, ni kerja orang lelaki’

Kalau dulu boleh lah nak ketepikan orang perempuan dalam perbincangan tapi zaman sekarang orang perempuan dah merata, dah ada akses untuk semua benda macam lelaki dapat. Dunia di hujung jari bukan untuk lelaki je tapi perempuan jugak.

Banyak lagi boleh list out tapi mintak 5 je so kita sembang 5 je. Although kebanyakannya berperangai macam ni tapi tak semua lelaki tu tak elok. Ada lagi yang elok cuma kadang tu ada terselit jugak perangai-perangai ni sebab culture dah macam tu. Even perangai tu terbentuk dari keluarga dan circle dia. And like I said earlier, perempuan pun ada yang menyokong bila lelaki buat perangai macam ni. Tak ditegah, tak dilarang dari kecil. Anak lelaki dilayan sebagai anak emas tapi anak perempuan sebagai co-parents.

‘Jadi anak dara kena rajin, bangun awal, solat jaga, aurat jaga, belajar tinggi, luar dalam kena jaga kalau tak nanti orang laki tak suka’

Sedih bila kita kena hidup untuk keselesaan orang dan bukan untuk keselesaan diri sendiri. Kudos for mothers out there yang ajar anak lelaki dia jadi manusia rajin dan bertanggungjawab like Diana Danielle with Che Mad or Rita Rudaini with Arjuna & Aryan.

14 comments

  1. Hidup perempuan bukan nak jadi hamba pada lelaki. Sama-sama bertanggungjawab baru puas hati.
    Kalau malas.. hi hi bye bye lah.

    ReplyDelete
  2. Can definitely agree on being a woman is challenging. Banyak sangat expectations yang kena hadap dan banyak sangat kerenah-kerenah manusia yang kita kena deal.

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang dah tak boleh ajar anak lelaki macam raja.. Kena ajar anak lelaki rajin membantu.. Supaya bila dia kahwin, dia tak jadikan isteri dia kuli.. Agree sangat dengan perkongsian Farhanna ni..

    ReplyDelete
  4. Jadi perempuan memang susah kan?! T^T

    ReplyDelete
  5. Saya ada kawan yang perangai sebiji macam perempuan, taktau nak hepi ke marah..bab mengumpat, mengadu sama naik dengan perempuan tapi pembersih, penjimat pun baik jugak..haha

    ReplyDelete
  6. No 2 dengan 5 tu memang buat diri sedih gila weh T_T

    ReplyDelete
  7. ha ha ha sgt betol la semua di atas :-)

    ReplyDelete
  8. You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers. best free porn sites

    ReplyDelete
  9. it was a wonderful chance to visit this kind of site and I am happy to know. thank you so much for giving us a chance to have this opportunity.. נערות ליווי רעננה

    ReplyDelete
  10. I know your expertise on this. I must say we should have an online discussion on this. Writing only comments will close the discussion straight away! And will restrict the benefits from this information. mr porn videos

    ReplyDelete
  11. It is the intent to provide valuable information and best practices, including an understanding of the regulatory process. หนังโป๊ไทย

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.