Top 10 Bollywood Starkids

Friday 4 May 2018


Dari kecil layan Bollywood mesti kenal dengan The Khans, Big B, SriDevi, Kapoor Khandaan and the other linage of Kapoor, dan ramai lagi nama-nama yang selalu muncul di layar perak. Dari satu generasi berkembangnya satu generasi. Kalau masa kecil layan generasi mak, sekarang layan generasi anak pula. Sekarang ni makin meriah industry Bollywood dengan generasi baru. Some of you guys mungkin kenal or maybe don’t.

So let’s check some of them in this list tapi list ni tak ikut populariti tau.

1) Aryan, Suhana & AbRam Khan – SRK

Image result for srk family

Nama King Khan dah cukup besar di Malaysia and for sure dah ramai yang kenal Aryan sebab muka dia memang copy muka SRK cuma dia berkulit cerah. Sekarang dia tengah busy dengan study tapi perjalanan karier dia dah start dah pun and soon dia akan debut dalam movie Karan Johar. Suhana pula dah makin berjinak dengan dunia modeling sama macam ibu dia, Gauri. As for AbRam, dari lahir lagi dah famous sampai Gauri kena sorok dia dari media.

2) Sara Ali Khan, Ibrahim Ali Khan & Taimur Ali Khan – Saif Ali Khan

Image result for sara ibrahim taimur

Sara sekarang busy dengan filem debut dia, Kedarnath dibawah arahan Abishek Kapoor. Walaupun sebelum debut, Sara agak berisi tapi beberapa bulan sebelum shooting, penampilan Sara berubah jadi lebih cantik . Muka Sara pun seiras muka ibu dia, Amrita.

Meanwhile Ibrahim yang copy muka Saif masih lagi belajar tapi dah mula hadirkan diri ke beberapa majlis untuk temankan Sara. Taimur pula sejak lahir memang dah jadi famous sebab anak pertama Kareena Kapoor dan Saif.

3) Sonam, Rhea & Harshvardhan Kapoor – Anil Kapoor

Image result for rhea sonam harshvardhan

Hero filem Bollywood era 80-an, Anil Kapoor yang berkahwin dengan model cantik Sunita Kapoor mempunyai 3 orang anak. Sonam Kapoor si sulung, seorang pelakon, model, businesswoman dan juga duta kepada beberapa produk berjenama di India. Harshavardhan pula baru je debut sebagai pelakon pada tahun lepas dalam movie Mirzya dan bakal mempromosikan movie kedua.

Anak kedua Anil, Rhea Kapoor bukan pelakon tapi minat dia lebih kepada fashion stylist so masa dia banyak habis menjaga style Sonam Kapoor dan menjadi produser filem. Antara beberapa movie di bawah kelolaan Rhea, Aaisha, Khubsoorat dan terbaru, Veere Di Wedding.

4) Ranbir Kapoor – Rishi Kapoor & Neetu Kapoor

Image result for ranbir neetu rishi

Si Romeo yang berbakat besar dalam bidang lakonan ni merupakan anak bongsu kepada pelakon yang famous dengan movie Bobby dan pasangannya Neetu Kapoor yang juga seorang pelakon di Bollywood. Ranbir Kapoor merupakan adik sepupu kepada Kareena & Karishma Kapoor tapi bukan satu keturunan dengan Anil Kapoor ye. Lain susur galur walaupun sama nama keluarga. 

Kejayaan Ranbir dalam industry Bollywood bukan kejayaan biasa bila dia mampu berdiri standing dengan nama pelakon besar yang lain sebab mutu lakonan dan kejayaan filem-filem dia seperti Barfi!, Rockstar, Rajneeti, Wake Up Sid. Terbaru, Ranbir akan muncul dengan biopic movie, Sanju.

5) Shraddha Kapoor  & Siddhanth Kapoor – Shakti Kapoor

Image result for shakti kapoor family

Kalau Shakti Kapoor  antara villain terkenal di Bollywood, anaknya si cantik ni selalu berlakon sebagai heroine girl-next-door. Bukan setakat berlakon je tapi Shraddha juga ada bakat dalam bidang nyanyian. Kalau pernah layan movie Baaghi, mesti pernah dengar lagu Sab Tera. Abang Shraddha pula, Siddhanth kurang muncul di layar perak tapi diorang berdua pernah berlakon sekali dalam movie Haseena Parkar tahun lepas.

6) Sonakshi Sinha – Shatrugan Sinha

Image result for sonakshi shatrughan sinha

Peminat Salman Khan mesti kenal dengan Sonakshi sebab debut bersama mentor dia dalam movie Dabangg tahun 2010 dan mendapat anugerah Best Female Debut. Sebelum masuk dalam bidang lakonan, Sonakshi merupakan pelajar dalam jurusan pereka fesyen dan pernah mereka beberapa kostum untuk beberapa movie. Sama macam Shraddha, Sona pun berkecimpung dalam bidang nyanyian dan lebih kepada genre rap/hip-hop. Apart from that, Sona suka meluangkan masa dengan seni lukisan dan mempunyai galeri lukisannya tersendiri.

7) Alia Bhatt – Mahesh Bhatt

Image result for alia pooja mahesh

Kalau dekat atas penuh dengan anak pelakon ternama, Alia pula anak bongsu kepada pengarah terkenal di Bollywood. Adik kepada pelakon Pooja Bhatt ni menempa nama dalam movie Student Of The Year dibawah arahan Karan Johar tahun 2012. Berbakat besar dalam bidang lakonan sehingga menaikkan nama Alia tanpa bantuan keluarga atau saudara mara dia pun. Selain lakonan, Alia juga menyanyikan beberapa lagu untuk filem lakonannya.

8) Varun Dhawan – David Dhawan

Image result for varun dhawan david dhawan

Co-star terbaik Alia dalam Bollywood, si kacak Varun Dhawan merupakan anak kepada pengarah filem komedi di Bollywood dan juga protégé kepada Salman Khan. Dari kecil memang minat dengan Salman Khan sampaikan gaya lakonan Varun pun lebih kurang sama dengan Salman. Bukan setakat lakonan selalu dipuji tapi bakat tarian pun sama hebat juga and because of that dia terpilih untuk berlakon dalam ABCD 2 dan akan datang, ABCD 3 bersama Katrina Kaif.

9) Arjun, Jhanvi & Khushi Kapoor – Boney Kapoor & SriDevi

Image result for arjun jhanvi khushi

Arjun Kapoor merupakan anak sulung film producer Bollywood, Boney Kapoor bersama Mona Shourie Kapoor. Selepas bekerja sebagai pembantu pengarah untuk movie Kal Ho Naa Ho dan Wanted, dia debut sebagai hero dalam movie Ishaqzaade tahun 2012.

Selepas kematian Mona, Boney Kapoor berkahwin dengan Sri Devi dan mempunyai 2 orang anak Jhanvi & Kushi Kapoor. Mungkin tak ramai yang kenal sebab dua beradik ni belum lagi debut dalam movie tapi masing-masing dah famous di India sebab dikatakan Kendall & Kylie Bollywood sebab kecantikan dan fashion style diorang. Mereka bertiga merupakan anak saudara kepada Anil Kapoor & Sanjay Kapoor.

10) Tiger Shroff – Jackie Shroff

Related image

Jai Hermant Shroff ataupun nama komersialnya, Tiger Shroff merupakan anak sulung kepada Jackie Shroff dan film producer, Ayesha Shroff. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan tapi hebat menari dan dikatakan pengganti Hrithik Roshan di Bollywood. Disebabkan kegilaan Tiger dengan martial arts dan tarian, movie lakonannya lebih kepada genre aksi dan musikal. Walaupun masih baru dalam Bollywood tapi Tiger mempunyai franchise movie sendiri seperti Baaghi. Selain Tiger, adik bongsu Krishna Shroff merupakan model di Bollywood.

Okay done with the list, ada yang korang kenal tak? Ataupun ada yang tak ada dalam list? Ramai lagi sebenarnya tapi nanti lah kalau rajin buat part 2 pulak. Till then, ciao!

10 comments

  1. Aryan khan paling handsome.. soon Abraham pun akan handsome..

    ReplyDelete
  2. hensem si tiger tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Hana level2 yang takat kenal shah rukh khan ja >_< haha lagi2 muka dia iras2 Mr.Father hahah :P

    ReplyDelete
  4. peminat hindustan rupanya... hehhe
    Del singgah sini polo..hahaha

    ReplyDelete
  5. Anak SRK, Jackie memang HOT. Anak Saif Ali Khan kopipes abis, hahaha. Anak Suniel Shetty pun dah berlakon sekarang.. Athiya Shetty.

    ReplyDelete
  6. Ramai saya tak kenal, tapi SRK tu kenal sangat..

    ReplyDelete
  7. Kenal ranbir je.. Kikiki.. Yang lain first time tengok..

    ReplyDelete
  8. Aryan khan tu handsome gilaaa hahaha

    ReplyDelete
  9. Ooo. Hero Baaghi tu anak Jackie Shroff. Baru tgk citer tu. Nice.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.