Movie Review : Game Over

Friday 13 September 2019

Director : Ashwin Saravanan
Writer : Ashwin Saravanan, Kaavya Ramkumar (Tamil dialogues), Venkat Kacharla (Telugu dialogues)
Cast : Taapsee Pannu, Vinodhini Vaidyanathan, Anish Kuruvilla, Sanchana Natarajan, Ramya Subramanian, Parvathi T.
Production Company : Y NOT Studios, Reliance Entertainment
Distributor : YNOTX (Tamil), Telugu – TBD
Genre : Psichology/Thriller
Running Time : 103 minutes
Release Date : 14 June 2019
Trailer :


Not much hype for this movie sampai la trailer keluar and I’m quite amazed. Satu sebab genre thriller, lagi satu sebab Tapsee yang berlakon sebab dia antara yang berbakat dalam Btown. Tak ada masalah lah kalau dia conquer seorang screentime movie ni. Congrats for GO team sebab berjaya raih collection sebanyak Rs76 crore dengan bajet Rs5 crore je. 


Mengisahkan tentang Swapna (Tapsee Pannu) yang struggle dengan trauma dirogol dan dirakam pada malam Tahun Baru. Sejak dari kejadian tu dia takut dengan gelap dan tinggal bersama penjaga dia, Kalamma (Vinodhini Vaidyanathan) dan juga guard, Anwar Bhai (Subramanian). 

Doctor (Anish Kuruvilla) sahkan dia kena ‘anniversary reaction’ sebab perkataan New Year akan triggered anxiety dan panic attack sebab mental Swapna taknak lalui trauma dan ketakutan yang sama lagi. Penyakit ni akan datang serang setahun sekali pada tarikh peristiwa gelap tu berlaku. 


Swapna jarang keluar dari rumah lepas kejadian tu even bekerja dari rumah sebagai pencipta video games. Dengan keluarga pun dia jarang contact sebab parents dia salahkan dia masa kejadian tu berlaku.

Strange thing happened bila tattoo dia cacah di tangan makin sakit tanpa sebab. At first dia ingatkan kena gigit serangga tapi rasa sakit tu makin kerap so dia pergi ke Immortal Tattoo tanya hal ni sebelum dia pergi jumpa doktor.


Varsha (Ramya Subramanian), pencacah tatu bagitahu yang hari kejadian tu pihak dia tersilap masukkan dakwat tattoo dengan abu si mati. Sepatutnya kalau negative effect dari dakwat tattoo, customer dah dapat kesan lepas cacah tattoo tapi kes Swapna ni bila nak genap setahun baru sakit.


Setiap kali dia cuba buang, setiap kali tu la makin sakit. Swapna sakit hati sebab sejak dia cacah tattoo tu, hidup dia makin malang. Varsha offer untuk buang tattoo tapi dia bawa sekali ibu Amrutha (Sanchana Natarajan), pemilik abu dalam dakwat tattoo Swapna.


Amrutha dah 3 kali buat operation untuk buang sel kanser dalam badan dia. Setiap kali dia berjaya, dia akan cacah tattoo sebagai tanda untuk ingat hari penting dalam hidup dia. Sayangnya Amrutha kena bunuh jam 2 pagi dengan psycho serial killer. Kepala dipenggal, badan pula dibakar hidup-hidup. Abu tu je satu-satunya peninggalan mendiang.


Ibu Amrutha cakap dia tak tahu kalau Swapna akan menang ataupun tak ujian ni tapi dia tahu Amrutha nak Swapna berjuang habis-habisan. Lepas Swapna jumpa ibu Amrutha dia batalkan niat untuk buang tattoo tu tapi malangnya jam 11 malam, psycho serial killer yang bunuh Amrutha datang buru Swapna.


Tak tahu apa motif sebenar psycho serial killer ni pilih untuk bunuh Amrutha dengan Swapna sebab director tak reveal pun motif dan identiti sebenar pembunuh ni. Yang director cuma tunjuk macam mana Swapna fight untuk selamatkan diri walaupun dia takut hidup dalam gelap.


Bila dah habis movie pun director still simpan misteri pembunuh tu so I just assume yang pembunuh tu membunuh secara rambang tapi macam tak puas lah sebab dari awal movie director dah tunjuk connection antara Amrutha dengan Swapna. Tambah bila psycho serial killer ni datang, rasa curious nak tahu.


Jalan cerita dia dah cantik bila first half director tunjuk life Swapna sebagai mangsa rogol yang trauma dan hidup dalam dunia dia sendiri dengan bantuan Kalamma. Tapsee portray ketakutan dan trauma tu dengan cantik sampai rasa sakit hati bila Kalamma dengan doctor kata dia sengaja taknak fight walhal dia dah ada improvement dah.


Movie ni tak ada lagu langsung tapi agak singkat lah running time dia walhal director boleh kembangkan lagi jalan cerita ni. Lagi cantik kalau movie ni laju sikit dan tambah thriller scenes ataupun mangsa serial killer yang lain. 

But good job lah team Game Over sebab berjaya buat movie ni jadi seram habis. Bukan Swapna je cuak bila pembunuh tu datang, meremang seriau tengok bila dia muncul depan mata. Bab terkejut tak payah cakap lah sampai menjerit masa tengok certain scenes. Kalamma pun pandai hidupkan suasana merinding tu.


For a thriller genre, this one is a must watch walaupun you guys tak mampu nak hadam apa motif pembunuh tu but heyyyy nama pun psycho so membunuh secara rambang tu dah memang kerja diorang. Anyway if you guys tak faham second half, try apply konsep deja-vu. 

“We all have two lives, the second begins when we realize we only have one”

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

15 comments

  1. I already watched this movie. Super thrilling and I enjoyed it so much.

    ReplyDelete
  2. Hmm......... saya x follow filem tamil. Thank you for sharing the review. Have a good weekend and take care.

    ReplyDelete
  3. best jugak ni tapi kena tengok sianghari. kalau malam rasanya takot nak tidur dalam gelap. huhu. tp btol gakkan, rasa nak tahu jugak sape pembunuh tu. tkbleh tinggal trgntung mcm tu je.

    ReplyDelete
  4. Yeahh. Dh save dlm list. Ni movie lama kan? Nak doanload jela nanti. Cari jugak cerita2 bijak ni dari kisah2 cinta je dh borink. Lately hindustan tamil byk produce movie yg bagi nilai2’murni mcm ni kan

    ReplyDelete
  5. Owh salah cacah tatoo ke? Susah juga gitu. Tapi nak juga tengok cerita ni sebab nak tau macam mana pembunuhan tu berlaku. Tapi kena tengok berteman kalau gini. Heehee

    ReplyDelete
  6. Baca review ni mcm nak rasa nakkk sgt tengok sbb menarik & misteri sgt. Tq share info & nur baru tahu ada org yg boleh kena anxiety dgn anniversary reaction due to pengalaman lalu.

    ReplyDelete
  7. another thriller genre untuk ditonton, saya suka cerita straight forward, kalau kena fikir lebih ni memang kene buat kesimpulan sendiri tentang cerita tu hihi

    ReplyDelete
  8. Ramai orang kita suka citer thriller tapi kak tak suka apatah lagi jika ada babak tia bunuh dan sebagainya. Memang kena tutup mata dalam pawagam so baik tak pergi ya tak haha...

    ReplyDelete
  9. Macam menarik pula bila dah baca your review nie. Nampak gaya boleh masukkan dalam my next to watch movie nie - walaupun takde pengakhiran bak kata you tadi.

    ReplyDelete
  10. Misteri dan penuh suspen cerita dia ni. Bila baca review ni rasa macam nak tengok pulak.

    ReplyDelete
  11. Tak tengok pon lagi movie ni. Biasa layan cd je. Hihi. Tengok movie bawak anak sekali. Nak tengok movie pon pilih yang deme boleh layan sekali

    ReplyDelete
  12. Review movie Tamil pula kali ni! Nampak unsur unsur suspen jugak jalan citernya ye. Thanks sebab share review!

    ReplyDelete
  13. Jarang i tgk filem tamil thriller. Tapi not bad jalan cerita dia. Suka dengan sinemografi yg sangat cool. Kelam dan menakutkan. Looking forward nak tonton cerita ni nanti

    ReplyDelete
  14. Mcm best ja Jalan cerita dia. Nnt nk tengok lah.. Kena save siap2 weekn ni marathon ramai2

    ReplyDelete
  15. Rasa macam nak tengok lepas baca review nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.