Tukar Mounting Gear Saga FLX

Rabak poket bila kereta asyik meragam ni. Baru bulan lepas masuk bengkel sebab sensor dengan spark plug, kali ni masuk bengkel lagi sebab masalah mounting gear. Sebelum ni dah pernah hantar Proton tapi dia kata boleh lagi guna ni. Dua tiga bulan lepas tu dia meragam, pomen tu kata okay lagi ni sebab tak teruk lagi. 



Tapi bulan lepas dah tak tahan dah sebab dia bergegar teruk sangat. Dia punya teruk tu sampai level rasa nak muntah lepas keluar dari kereta sebab pening. Selalunya mounting gear ni bertahan 5 tahun, kira ngam la tu timing nak tukar pun sebab kereta ni dah 7 tahun. Dah lama dah pun cecah 100,000 kilometer. 

Nak tahu mounting gear kena tukar ni bila enjin bergegar teruk. I perasan bila press sampai 120km/h dia bergegar serupa hilang pedoman. Lepas tu 100km/h then drop sampai 80km/h. Memandangkan dah berapa kali bawa ke bengkel diorang insist boleh guna lagi, so I pun drive dengan berhemah je lah, 80km/h je. Paling syahdu bila 60 je. 

Second, bila alignment lari walaupun dah bawa betulkan tetap lah juga rasa dia lari. Symptom yang paling ketara sekali bila kereta ada bunyi scary. Bila bawa ke bengkel, harga nak tukar mounting ni pun boleh tahan koyak rabak jugak lah poket. Nasib baik memang dah allocate duit siap-siap sebab dah tahu mounting gear ni akan buat perangai. Seharian jugak lah tinggal kereta ni dekat bengkel, pergi kerja naik Grab je masa tu. 

Harga nak tukar mounting gear ni rasanya berbeza ikut jenis kereta sebab I tukar untuk Saga FLX ni dalam RM600 lebih tapi adik I tukar untuk kereta Kancil dia around RM100 lebih je. Lepas dah tukar mounting gear baru rasa syok bila drive sebab dah tak ada bunyi scary tu. Kereta pun smooth je tak gegar dah. Tapi jadi tak biasa pulak kereta senyap sunyi bila berhenti dekat traffic light sebab dah serupa enjin mati gayanya. Settle satu masalah, lepas ni kena tukar bateri kereta pulak hihu adult life is hard......

2 comments

  1. Mama Yan punya kereta, ngam ngam lepas habis bayar, acccident. Suami punya kereta lepas habis bayar meragam teruk.tukar head cylinder rm3000 lebih. rabakx

    ReplyDelete
  2. kami kereta wift pun asyik meragam je,, dah tiba masa tukar itu ini sbb dh lama guna.. raak jgk ler poketnya. ni rehat sekejap, eh bln 12 roadtax menanti..huhuhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.