Drama Review | Alice in Borderland (2020)

Sunday 26 September 2021

Director : Shinsuke Sato

Writer : Yoshiki Watabe, Yasuko Kuramitsu, Shinsuke Sato

Cast :  Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, Yūki Morinaga, Keita Machida, Ayame Misaki, Nijirō Murakami, Yutaro Watanabe, Sho Aoyagi, Ayaka Miyoshi, Dori Sakurada, Aya Asahina, Shuntarō Yanagi, Mizuki Yoshida, Kina Yazaki, Tsuyoshi Abe, Nobuaki Kaneko, Riisa Naka

Production Company : Robot Communications Inc.

Distributor : Netflix

Genre : Survival / Thriller / Mystery / Drama

Running Episodes : 8 episodes (41–52 minutes per episode)

Release Date : 10 December 2020

Trailer :


Lepas drama Squid Game (2021) trending di Netflix Malaysia, drama Alice in Borderland pun masuk balik dalam trending list Netflix. Bila family ajak tengok I join sekali lah sebab tahun lepas lupa nak layan drama ni. Diadaptasikan dari manga dengan tajuk yang sama yang pernah diterbitkan dari tahun 2010 hingga 2016 hasil karya Haro Aso, Alice in Borderland mengisahkan Ryohei Arisu (Kento Yamazaki) bersama kawan-kawan dia – Daikichi Karube (Keita Machida) Chota (Yuki Morinaga) masuk ke dimensi lain di mana mereka perlu di arena permainan supaya kekal hidup. 

Dalam setiap permainan, tahap kesukaran dan jenis permainan akan ditentukan melalui daun terup. Bentuk kelawar adalah permainan berkumpulan, bentuk diamond adalah permainan fizikal, bentuk adalah permainan minda manakala bentuk hati adalah permainan yang paling sukar kerana mempunyai unsur pengkhianatan. Dan nombor yang tertera di daun terup tersebut adalah tahap kesukaran. 

Menurut Hatter (Nobuaki Kaneko), pengasas safe house yang diberi nama ‘Beach’, bila kesemua daun terup berjaya dikumpul, mereka ada peluang untuk pulang ke dunia asal. Agak mustahil untuk seorang individu mengumpul kesemua daun terup, jadi Hatter wujudkan organisasi supaya mereka semua bekerjasama di dimensi tersebut. Dalam safe house tersebut, kesemua ahli bebas melakukan apa sahaja tapi sekiranya berlaku pengkhianatan terhadap Hatter mahupun ahli eksekutif, ahli-ahli Beach akan dibunuh serta-merta. 

Sepanjang bermain permainan tersebut, Arisu berjumpa dengan ramai watak terutamanya Yuzuha Usagi (Tao Tsuchiya) yang mempunyai kemahiran mendaki dan tinggal di hutan. Mereka berdua saling membantu untuk mencari siapakah pengasas permainan yang kejam dan bagaimana cara untuk mereka pulang ke dunia asal dengan selamat. 

Permainan dalam drama arahan dan penulisan Shinsuke Sato yang berkonsepkan survival ni agak kejam bila mana sekiranya pemain ingin menarik diri akibat kecederaan ataupun lemah fizikal, mereka akan ditembak mati oleh laser. Setiap pemain mempunyai visa untuk hidup selepas menang dalam permainan yang disertai. 

Alur penceritaan drama Alice In Borderland ni bergerak terlampau laju sampaikan tak sempat nak attached or feel connected dengan watak Karube dan Chota. Bila mereka berdua dimatikan wataknya terasa tergesa-gesa dan babak dramatik tu gagal dipersembahkan dengan baik. Masa episod 1 pun Karube dah luahkan dialog :

“Stop hanging out with us and live a normal life. You can do it.”

Kalau ikutkan karakter dan kisah hidup mereka bertiga, Arisu yang patut figure out future dan jalan hidup dia. Sepanjang masa main game sedangkan Karube dan Chota ada impian dan cita-cita masing-masing. Konflik yang diwujudkan dalam game ketiga seolah memaksa penonton untuk rasa kesian dengan Arisu. Kenapa Shibuki (Ayame Misaki) nak goda Chota pun macam kelakar sebab terang lagi bersuluh Chota akan jadi bola tanggung dalam permainan seterusnya bila dia cedera teruk di bahagian kaki. 

Sepatutnya pengarah just chill dengan alur cerita sebab manga ni sudah pasti ada fanbase yang besar bila mana mampu bertahan selama 6 tahun. Bila diadaptasikan ke medium visual yang mampan dengan spektrum warna pastinya tampak lebih menarik dan mampu menarik perhatian yang lebih besar. Nak kata ada flashbacks pun tak juga sebab watak mereka bertiga yang dipaparkan terikat dengan susur masa. Hopefully tak jadi merepek macam movie Homunculus (2021) lah. 

Harapnya ada pertarungan sengit antara Arisu dan Shuntarō Chishiya (Nijirō Murakami) nanti sebab watak Chishiya dengan Kuina (Aya Asahina) nampak menarik. Stunt action Kuina pun cantik dengan editing dan teknik slo-mo yang digunakan. Sama juga dengan stunt Usagi semasa permainan kejar-kejar di bangunan flat. 

Kebanyakan babak dalam drama terbitan Robot Communications Inc. ni berlatarkan bandar Tokyo dan Shibuya yang sesak dan padat dengan penduduk. Rasa seram bila kesemuanya hilang serentak tapi penulis belum jelaskan macam mana sebilangan dari mereka boleh masuk ke dimensi lain. Ada beberapa hint sahaja yang pengarah letak mengenai frekuensi dan persamaan mereka bertiga dengan Shibuki iaitu berada di tandas ketika kejadian tersebut berlaku walaupun waktu kejadian adalah berbeza. 

Tapi teori ni ada percanggahan sebab watak Suguru Niragi (Dori Sakurada) berada di dalam bilik tidur semasa dibawa ke dimensi lain. Apa-apa pun penjelasan saintifik mahupun fiksyen, mungkin penulis atau pengarah akan jelaskan pada Season 2 nanti sebab team Alice In Borderland dah start shooting untuk season baru. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10

2 comments

  1. dh layan squid game mesti rs nk layan cite ni plak..
    menarik jgk ni..

    ReplyDelete
  2. Layan masa tengah hype dulu... geram sbb tergantung, tak sabar nk tunggu season 2

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.