Movie Review | What Happened to Mr. Cha?

Saturday 11 September 2021

Director : Kim Dong-kyu

Writer : Kim Dong-kyu

Cast : Cha In-pyo, Song Jae Ryong

Production Company : N/A

Distributor : Netflix

Genre : Comedy

Running Time : 102 minutes

Release Date : 1 January 2021

Trailer :


Netflix membawakan naskhah satira yang mengisahkan tentang kehidupan seorang pelakon terkenal, Cha In-pyo (Cha In-pyo) dalam industry perfileman Korea Selatan selama 25 tahun. Dari zaman muda yang gemilang dengan beberapa filem hits, trademark dan gaya tersendiri, alam perkahwinan dan kemudiannya masuk ketenteraan dan mempunyai syarikat sendiri. 

Imej sangat penting buat Cha In-pyo sampaikan nak ambil surat dekat mailbox pun dia tak pernah pakai pajama tapi berpakaian kemas sebab dia tahu ada peminat atau paparazzi yang akan sentiasa ambil gambar. Disebabkan rupa yang kacak walaupun berusia dan fizikal badan yang sasa, dia masih lagi dapat tawaran untuk photoshoot dan berlakon. 

A-ram (Cho Dal-hwan) merupakan manager Cha In-pyo yang masih muda dan sentiasa cakap lepas. Watak dia tak ditulis dengan kemas dan sentiasa buatkan scene tu draggy dengan lawak yang tak menjadi. Sepatutnya sebagai manager dia lebih optimis dan mencari peluang untuk Mr. Cha sentiasa relevan dalam dunia industri yang competitive tambah pula bila ramai pelakon baru yang sentiasa muncul dengan rupa dan bakat. 

Malangnya watak A-ram kadang kala menjadi batu penghalang pada Mr. Cha tapi penonton dipaksa untuk terima bahawa watak Mr. Cha yang bermasalah. Cerita bergerak ke sebuah kawasan rekreasi bila Mr. Cha menggunakan satu set pakaian sukan yang ditaja untuk indirectly promote bersama anjing dia, Twinkle. 

Di sana dia terjatuh dalam lumpur gara-gara Twinkle tersilap bila ada lelaki asing yang berpakaian sama seperti tuan dia. Lelaki tersebut gesa supaya Mr. Cha bersihkan diri di tandas sekolah perempuan di bawah bukit tersebut. Tengah musim cuti sekolah katanya jadi tak ada siapa yang tahu kalau Mr. Cha tumpang bersihkan diri sekejap. 

Makin bertambah malang bila bangunan tersebut runtuh dan batu besar menghimpap badan Mr. Cha. Hendak menjerit minta bantuan, dia pula tak berpakaian langsung. Habis tercalar imej dia nanti bila wartawan dan orang awam nampak footage dia tak berpakaian. Mr. Cha minta bantuan A-ram untuk keluarkan dia dari situ secara senyap-senyap. Agak cetek pemikiran mereka berdua sebab kerja-kerja berat macamtu sepatutnya dilakukan oleh pihak bomba. 

Dari awal lagi dah nampak plan tu sesuatu yang mustahil. Datang lagi satu masalah bila ada pelajar bagitahu dia dan kawan baiknya mengejar lelaki gatal di kawasan tersebut. Pakaian dia sama seperti set pakaian sukan yang ditaja kepada Mr. Cha. Kusut kepala A-ram untuk selesaikan masalah ni dengan panggilan sentiasa masuk untuk pastikan Mr. Cha tak terlepas untuk jadual esok harinya. Merepek juga bila bateri smartphone Mr. Cha tahan lama sampai 2 hari walhal sentiasa on call dengan A-ram. 

Movie ni boleh jadi lebih menarik kalau elemen komedi dikarang dengan details yang lebih realistik. Sayang lah imej dan lakonan Cha In-pyo tersia untuk skrip yang longgar dan lemah. Dialog antara Mr. Cha dengan A-ram mungkin lebih bermakna kalau watak Mr. Cha memang perasan walhal dan sendu. Ending pun agak mehhh bila dia campak dan tayang private part depan semua. Mungkin metafora kepada perkara buruk yang jadi tapi momen tu agak mengelirukan sebab dia yang beria menolak kemudian dia pula beria tayang. 

Rasanya ramai je pelakon veteran yang masih lagi laku di industry lakonan Korea Selatan jadi agak merepek bila debutant director Kim Dong-kyu olah kisah Mr. Cha dengan mesej sedemikian. Mungkin movie ni ada momen yang kelakar dan menarik tapi sebagai satu naskhah, What Happened To Mr Cha terbitan Netflix sangat lemah untuk menghiburkan penonton. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.3/10

3 comments

  1. Tengok haritu macam orang hype betul cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita tu dah menarik dah.. tapi banyak pula yang tak realistik.

    ReplyDelete
  3. Aduh.. Sayangnya.. Kalau diolah dengan lebih baik mesti akan jadi lebih menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.