Movie Review | Nana Tanjung (2006)

Thursday 16 September 2021

 

Pengarah :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon : Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Maidin Ibrahim, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Ainul Aishah

Syarikat Produksi :  NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance, Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2006

Trailer :


Masa kecik dulu memang selalu layan franchise Nana Tanjung ni. Tak cukup dengan vcd, TV3 pun rajin dok ulang tayang. Filem komedi drama arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ni mengisahkan tentang Nana Tanjung (Piee) yang mencari jodoh untuk anak-anak perempuannya terutama Khairunnisa (Fasha Sandha) si sulung dari 3 beradik. 

Sejak isterinya meninggal, Nana lah yang menjaga kesemua anaknya tanpa gagal sampaikan paranoid bila dia sentiasa mengintip pergerakan anak-anaknya dari siang hingga ke malam. Nak tengok wayang pun kena tengok dengan ayah sendiri. Tak fun langsung hidup diorang. Khairunnisa balik lewat malam sebab OT pun kena katok kepala. 

Dalam diam sebenarnya Khairunnisa bercinta dengan Akbar Khan (Saiful apek), pakar mencari jodoh di Pulau Pinang. Untuk mengelakkan daripada dikahwinkan dengan calon menantu pilihan yang dicadangkan oleh pak cik Maidin (Maidin Ibrahim), Akbar buat plan untuk ambil hati Nana. 

Plan dia berjaya seperti yang dirancang kemudiannya Nana ambil dia bekerja sebagai pembantu peribadi. Makin senang lah dia nak buang calon yang datang dan dating dengan Baby Girl dia. Balqis (Waheeda), anak kedua pun apa kurangnya bila bercinta dengan Zul (Jehan Miskin) yang bekerja sebagai coach di padang golf. 

Mengekek jugak lah bila tengok balik movie Nana Tanjung ni sebab Saiful Apek dengan Piee kelakar dengan watak masing-masing. Boleh jadi Apek improvise watak diorang sebab Apek ada buat beberapa tagline dan signature trademark dia dalam movie berdurasi selama 96 minit ni. 

Para pelakon pun tak ada masalah untuk bercakap dalam loghat utagha walaupun some of them bukan berasal dari sana pun terutamanya Saiful Apek yang berasal dari Gombak. Mungkin diorang dah practice dan prep roles before shooting supaya nampak real dengan avatar masing-masing. Dinamik duo Apek dan Piee pun nampak sentiasa high energy dengan lawak masing-masing. 

Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen pun banyak kali buat cameo dalam movie ni bila dia muncul sebagai watak coach silat untuk Siti Hajar (Ainul Aishah), anak bongsu Nana ataupun watak ahli kelab padang golf tempat Zul bekerja. Movie Nana Tanjung ni adalah debut platform untuk Ainul Aishah tapi dia langsung tak nampak kekok walaupun bekerja dengan barisan pelakon senior. 

Dari awal lagi pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen dah ketengahkan budaya orang Penang yang famous dengan joget boria tambah pula watak Nana Tanjung memang jurulatih kepada team boria di kawasan tersebut. Team wardrobe pun bagi perhatian penuh kepada wardrobe semua pelakon terutamanya pelakon wanita. Watak Mami Mumtaz (Sheila Mambo) pun sarat dengan aksesori terutamanya cucuk sanggul emas dekat rambut. 

Kebanyakan babak dalam movie Nana Tanjung ni di office Akbar Khan ataupun di kawasan rumah Nana je sebab anak-anak perempuan dia kena kurung jadi tak banyak lah lokasi famous Penang dipaparkan dalam movie ni. Masa lagu romantik Akbar, Khairunnisa, alqis dengan Zul pun diorang shoot dekat cruise dengan taman rekreasi biasa je. Lagu dia not bad lah sebab lirik sesuai dengan penceritaan dan mood kelakar. 

Movie Nana Tanjung ni bertemakan kekeluargaan jadi dialog dia memang banyak terarah pada mesej sosial tentang keluarga lah. Ada juga dialog dari Akbar Khan sembang pasal anak muda yang suka meminta daripada bekerja. Banyak lah pengajaran yang Prof Madya A. Razak Mohaideen selitkan untuk penonton. 

Dah 15 tahun NAJ Productions Sdn. Bhd. dengan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. terbitkan movie ni tapi feel bila layan movie ni masih lagi sama. Thanks Netflix sebab ambil movie-movie tempatan lama masuk ke platform. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.