TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 4

Monday 27 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Ha Seok-jin

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Dari The Sixth Sense Season 1 membawak ke Season 2 ni, malang betul nasib Na-Ra sebab susah nak menang emas. Dia selalu tukar fikiran last minute sebab banyak sangat input masuk dalam kepala. Tak macam Jessi yang ikut suka hati dia je nak apa. So dalam episod 4 ni Na-Ra tarik semua aura dan energy siap pakai tahi lalat palsu supaya dapat teka betul.

Tema kali ni memang berbeza dengan 3 episod sebelumnya sebab team production come up dengan tema ‘Fortunes That Aren’t Worth Knowing’ bila kesemua panel perlu cari tukang tilik palsu. Panel kemputan untuk The Sixth Sense Season 2 Episode 4 terbitan tvN ni ialah pelakon kacak, Ha Seok-jin. Muka So-min kelakar dalam episod ni sebab dia happy dapat jumpa co-star favorite dia.

Tukang tilik yang pertama menggunakan graf dan nombor untuk tengok nasib individu yang ditilik. Dekat sini yang paling best sebab Jessi nampak Sang-yeob as husband material. Bersepah video diorang dekat Tik Tok haha and this is one of the reason I nak layan The Sixth Sense.

‘Because he suffered a hard time in his 30s and that changed his direction..this means he will meet a great woman and live a happy life. He can make a great business with her wife. He’ll benefit more from his wife.’

Ulang tengok banyak kali part ni pun still kelakar sebab random gila Jessi confessed dekat Sang-yeob sampai nak ajak kahwin bagai. Mi-joo dengan Na-Ra dekat belakang terkejut gila tengok diorang berdua. So-Min paling happy future life Jessi dengan Sang-yeob dah tersusun cantik.

Tukang tilik kedua menarik tapi seram dalam masa yang sama sebab dia seru roh nenek dia masuk dalam badan. Masa dia kecil dia selalu sakit tanpa sebab even bawa pergi jumpa doktor pun tak boleh diagnose sakit apa. Satu hari dia menangis sampai menggigil sepanjang hari dan nampak roh nenek dia datang bagitahu untuk terima anugerah untuk tilik nasib orang.

Jae-sok dipilih untuk ditilik nasibnya oleh bomoh muda tersebut. Dari apa yang diberitahu oleh deity, Jae-sok suka pendam rasa sedih dia. Bukan setakat dia akan sakit tapi aura negative akan tarik nasib malang dalam hidup dia. Walaupun Jae-sok ada impian untuk bersara dari dunia hiburan dan buka café tapi dia ditakdirkan untuk bekerja sehingga dia tua.

Tukang tilik ketiga terletak jauh sikit dari bandar sebab rumah dia di kawasan bukit. Uniknya tukang tilik ketiga ni bila dia tilik nasib dari tapak kaki. Sama juga dengan palm reading atau face reading, garisan di tapak kaki pun boleh menentukan nasib seseorang. Ilmu ni dikaji dan popular di Jepun bila penduduk negara tersebut selalu pergi berperang dan hilang tangan jadi mereka guna garisan di kaki.

So-min dengan Seok-jin dipilih untuk baca tapak kaki tapi So-min tak puas hati bila tukang tilik tu cakap dia ada bad temper. Even Seok-jin denied statement tu sebab masa dia bekerja dengan So-min, dia la yang paling susah nak marah. Tapi bila sampai turn Seok-jin, banyak pulak yang tepat dari bacaan tapak kaki dia.

Jessi rasa tukang tilik kedua dengan ketiga ada possibility besar adalah palsu sebab kedua-duanya pandai bercakap. Boleh jadi ada di antara mereka berdua adalah pelakon. Muka masing-masing pun macam familiar. Mi-Joo pilih yang kedua sebab info yang tukang tilik tu bagi terhadap dia adalah something yang general.

Memang susah nak teka bila bertemakan tukang tilik ni sebab tak banyak fakta yang membantu panel buat keputusan. Jangankan panel, kita yang tengok pun sakit kepala fikir siapa yang betul, siapa rekaaan semata.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. This is one of my favourite variety shows. Sangyeob seems so bubbly when he knew that he'll be getting married soon and Jessi eonni always surprised us XD I rarely guessed the fake one like Nara

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.