TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 3

Monday 27 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kai EXO

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Dekat awal episod lagi dah riuh semua panel sembang pasal outfit masing-masing sampaikan panel jemputan terpaksa tunggu lama dekat luar set. Itupun Na-ra, So-min, Jessi dengan Mijoo sibuk discuss siapa yang boleh satu geng dengan Kai EXO. Mijoo paling pemalu sekali sebab Kai adalah senior dia dalam entertainment industry dan pernah join variety show ‘Idol Dictation Contest’ sama-sama.

Tema untuk episod 3 rancangan The Sixth Sense Season 2 ialah Persaingan dari 1 hingga 100 bila ketiga-tiga restoran mempunyai menu yang sama iaitu makanan laut. Kesemua restoran mempunyai pengunjung yang ramai disebabkan menu yang popular. Kesemua panel perlu mencari restoran palsu hasil rekaan team production dan menang seketul emas asli.

Restoran pertama mempunyai menu yang dihidangkan sebanyak 7 hingga 10 hidangan untuk pelanggan yang datang. Keunikan restoran ni bila tak ada menu yang disediakan sebab menu akan dihidangkan mengikut bajet yang pelanggan mampu bayar. Pada sebelah malam pula anak pemilik restoran ni akan tukar restoran hidangan Korea menjadi wine bar dengan konsep mewah.

Bila dengar penjelasan pemilik restoran ni macam susah nak percaya bila fikir soal untung sebab cuma ada satu meja yang disediakan. Tapi bila kebanyakan masa pemilik restoran bagitahu tempat tu ditempah untuk large gathering, baru lah nampak real dan logik perniagaan dia. Makanan yang dihidangkan pun unik dan sedap.

Restoran kedua yang berkonsepkan lanun menghidangkan icebox mulhoe dan menu tersebut hanya disediakan selama 3 bulan sahaja disebabkan bahan mentah yang menggunakan ikan threeline grunt yang boleh dibawa dari Pulau Jeju pada bulan Jun, Julai dan Ogos setiap tahun. Ada yang sanggup beratur selama 2 jam untuk order icebox mulhoe.

Kai rasa restoran makanan laut tu original sebab konsep dan menu yang dihidangkan ada penjelasan logik tapi So-min rasa tempat tu rekaan semata bila dia perasan icebox tu guna corak yang sama dengan lantai dalam subway. Jae-suk tak kisah pun dengan props tu sebab icebox mulhoe tu memang sedap. Bukan setakat menu unik tu je yang sedap, side dishes pun semuanya sedap.

Restoran ketiga jual flat udon cuma sebanyak 10 mangkuk pada waktu siang dan 10 mangkuk lagi pada waktu petang. Proses pembuatan udon ni makan masa yang lama sebab doh perlu disimpan selama 3 jam dengan suhu yang tinggi kemudiannya selama 8 jam dengan suhu yang rendah. Ketebalan flat udon pun perlu dijaga dengan cuma 1.5cm sahaja supaya chewy dan lembut bila dimakan.

Episod ni kelakar sebab Sang-yeob tergugat dengan kehadiran Kai EXO sedangkan dalam episod 2 Season 2, dia tak perlu bersaing dengan guest lain. Game untuk dapatkan hint pun kelakar lepastu  gelagat pemilik restoran flat udon ni bila suami isteri tak bertegur sebab bergaduh. Diorang terpaksa berlagak professional sebab ada shooting tapi muka si suami nampak sangat tengah merajuk dengan isteri dia. Na-Ra sampai tak boleh nak percaya yang mereka berdua adalah pelakon sebab reaksi suami isteri tu memang tak dibuat-buat langsung.

Team production pun usaha lebih keras lagi sebab panel dapat teka restoran yang palsu sampaikan ketulan emas dalam simpanan dah habis. Lama diorang brainstorm macam mana nak make sure panel tak mampu teka dengan tema yang berbeza setiap episod. Bukan setakat fikir lokasi restoran je tapi menu yang team production cari pun sampai sanggup pergi ke Pulau Jeju untuk cipta menu yang sesuai dengan tema. A for effort!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.