Rest In Peace, Sidharth Shukla


Lepas lunch tadi dapat DM dari kawan bagitahu pasal Sidharth Shukla meninggal sebab heart attack. Terkejut sebab baru je beberapa hari lepas nampak post dia dengan girlfriend dia, Shehnaaz Gill. I'm not a fan of him since dia adalah TV actor dan berlakon sebagai supporting cast dalam movie Humpty Sharma Ki Dulhania tapi sayangnya bila dapat tahu ada pelakon yang berbakat meninggal dalam usia muda secara tiba-tiba. 

Sidharth Shukla agak famous di Bollywood lepas join rancangan Big Boss 13 dan menang dalam program reality show tersebut. Fanbase Sidharth dengan Shehnaaz pun agak tinggi. Both of them banyak berlakon dalam MV untuk single tracks penyanyi di Bollywood. Favorite MV diorang lagu Bhula Dunga - Darshan Raval. Chemistry diorang pun strong since both of them bercinta in real life. 



Setakat ni pihak polis sahkan tiada foul play dalam kematian mengejut Sidharth Shukla dan dia meninggal sebelum sampai ke Hospital Cooper. Boleh kata kes Sidharth ni macam kes arwah Asyraf Sinclair jugak since Sidharth seorang yang amalkan healthy lifestyle tapi meninggal sebab heart attack. Semoga family Sidharth dan Shehnaaz tabah terima ujian ni. Shehnaaz pertama kali berjumpa dengan Sidharth pada bulan September dan terima berita sedih ni pada bulan September. Shehnaaz memang yakin sangat Sidharth tak akan tinggalkan dia tapi takdir Tuhan tu siapa nak jangka, bila dan macam mana ajal datang menjemput. 


Lepas post-morterm tengahari tadi, mayat Sidharth Shukla dah dibawa pulang oleh keluarga. Ramai rakan artis dan selebriti yang datang untuk bagi penghormatan terakhir sebelum disemadikan. Fans pun berkumpul depan rumah sejak siang sampai ke malam. Yang bukan fans ni pun macam tak percaya bila dapat berita, apatah lagi fans yang memang dekat dengan Sidharth. A shocking news, indeed. Gone too soon, rest in peace Sidharth Shukla. 

5 Comments

  1. Alahai, kesiannya laa.. Nak jaga kesihatan tapi kalau dah ajal di tangan Tuhan.. Tiada siapa boleh lawan. :( RIP

    ReplyDelete
  2. Alaahai.....si hensom ni dah meninggal...RIP...

    ReplyDelete
  3. Pelakon Dil Se Dil Tak rasanya ni. Tak tengok siri tu, tapi tengah on going dekat Colors, selalu nampak iklan. Sedihnya kalau kematian mengejut. Takziah untuk famili dan peminat mendiang

    ReplyDelete
  4. RIP. Nampak juga Kareena Kapoor post pasal kematian Sidharth. Saya mungkin tak familiar dengan mendiang.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.