Movie Review | Hard Hit (2021)

Monday 13 September 2021

Director : Kim Chang-ju

Writer : Kim Chang-ju

Cast : Jo Woo-jin, Lee Jae-in, Ji Chang-wook, Jin Kyung

Production Company : TPS Company, CJ Entertainment

Distributor : CJ Entertainment

Genre : Thriller

Running Time : 94 minutes

Release Date : 23 June 2021 (South Korea)

Trailer :


Official remake dari movie Sepanyol, Retribution (2015) arahan Alberto Marini mengisahkan tentang Seong-gyu (Jo Woo-jin) yang bekerja sebagai pengurus bank diugut dengan handmade bomb supaya buat transaksi pemindahan wang berjumlah 3 billion won dan pembayaran 200 juta duit tunai. 

Awalnya Seong-gyu anggap panggilan lelaki misteri tersebut (Ji Chang-wook) cuma prank semata tapi selepas rakan sekerja dia meninggal akibat handmade bomb yang diletakkan di dalam kereta, dia mula gelisah. Tambah pula bila anak bongsu dia terkena serpihan sehingga kaki dia dapat luka yang agak dalam dan berdarah tanpa henti. 

Merayu macam mana pun, lelaki tersebut tetap dengan permintaan dia supaya jumlah sekian sekian dipindahkan kepada akaun bank dia. Bukan mudah untuk Seong-gyu buat transaksi pemindahan yang besar walaupun dia adalah pengurus di bank tersebut. Dia perlu pujuk beberapa pelanggan VIP untuk buat pemindahan wang dengan alasan keuntungan saham akan naik beberapa percent dari anggaran awal. 

Dalam masa yang sama pihak polis mula menjejaki kereta Seong-gyu bila CCTV dapat capture no. plat kereta dia yang berada di kejadian letupan rakan sepejabatnya. Seong-gyu dikategorikan sebagai suspek utama dalam kejadian tersebut walaupun dia adalah mangsa. Awal lagi lelaki tersebut bagi amaran supaya jangan libatkan sesiapa dalam hal ni terutamanya pihak polis. Kalau tidak, bom di bawah tempat duduk Seong-gyu akan meletup. 

Movie arahan Kim Chang-ju sangat mendebarkan dengan situasi-situasi genting dan tak disangka. Pacing movie juga bergerak laju dengan olahan yang kreatif bila penulis mewujudkan elemen misteri kenapa watak utama diganggu dengan ugutan yang kejam tanpa hati perut walaupun ada remaja dan kanak-kanak juga dalam kereta tersebut. 

Lakonan Jo Woo-jin antara kekuatan movie Hard Hit di bawah terbitan TPS Company dan CJ Entertainment yang kebanyakan masanya bergantung kepada screenplay. Reaksi muka dan bahasa badan memainkan peranan untuk paparkan emosi panik, risau, marah dan pelbagai lagi range of emotion sepanjang 94 minit. 

Mungkin screentime Ji Chang-wook tak banyak dalam movie ni dan muncul pada second half tapi tona suara yang digunakan sesuai dengan penekanan pada beberapa babak. Suara yang mendesak watak utama ataupun berubah keras hati bila Seong-gyu merayu minta anak-anaknya dibebaskan bila mereka tak ada kaitan dengan dendam yang tersimpan lama. Pendek kata, baik pelakon-pelakon untuk watak utama mahupun watak sampingan, kesemuanya menambahkan impak pada penceritaan. 

Kelemahan pada movie Hard Hit mungkin pada babak di tepi pantai bila kereta Seong-gyu dikepung oleh pihak polis. Timbul persoalan dekat babak tu bila lelaki misteri perlukan Seong-gyu untuk kekal hidup supaya dia dapat jumlah wang yang diminta. Kenapa Seong-gyu tak berterus-terang sahaja dengan pihak polis? 

Frust bila Seong-gyu letak walkie-talkie dekat sangat dengan smartphone padahal frekuensi dia kuat akan cipta gelombang bunyi yang kuat. Boleh je kalau dia relaks letak jauh sikit supaya lelaki tu tak perasan dengan taktik dia. Tak faham kenapa ketua polis arahkan sniper untuk tembak suspek utama kejadian sedangkan dia tak bersenjata? Kenapa tak analyze dulu keadaan sebelum ambil keputusan yang besar? Macam mana boleh biarkan lelaki tu approach Seong-gyu tanpa check identiti dia? 

Kenapa banyak betul movie thriller dari Korea Selatan ni bagus dan menarik pada first half tapi suka sangat toned down watak polis supaya dapat angkat watak antagonis dengan protagonis. Ada mesej satira atau metafora yang pengarah cuba sampaikan ke macam mana? 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.