TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 9

Tuesday 28 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Sae-Ho, Seok-jin

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Episod kali ni agak suram bila Jessi tak ada dekat set sebab kawan baik dia meninggal dunia. Panel jemputan kali ni adalah crush Na-Ra dalam industry dan kawan baik Jae-sok. Dah beberapa kali Na-Ra dok menyebut nama crush dia sampai team production decide untuk invite Seok jin datang ke set. Lemau So-min dengan Mijoo sebab selebriti veteran yang datang jadi panel. Sae-ho try masuk line pun dia tak layan. 

‘I’m sure today’s filming will be very funny (because Sae-ho and Seok-jin are comedian). But….. our rating will go down.’ – Jae-sok

Tema kali ni ‘It’s bone-chilling! Cold noodles that take away the heatwave.’ Panjang betul nama tema yang team production bagi. Jae-sok, Mijoo dengan So-min paling happy lah kalau ada tema makanan berasaskan mi. Tengok episod ni pun rasa nak makan sekali sebab tengah panas terik sekarang ni, bila dapat makan mi sejuk macam leganya rasa.

Restoran pertama menghidangkan gabungan patbingsu dengan mi kacang soya dan cuma dijual pada April sehingga bulan September setiap tahun. Air kacang soya yang owner guna tu homemade sebab dia  gilis guna millstone untuk extract air daripada kacang soya. Satu jam patbingsu noodles ambil masa selama 13 jam untuk dihasilkan sebab ada banyak steps tapi disebabkan owner puas bila tengok customer happy so dia tak kisah pun semua tu. 

Bazir lah kalau ada customer yang makan tak habis patbingsu noodles ni. Sejak owner perkenalkan menu ni pada musim sejuk tahun 2012, makin popular sampaikan 200 mangkuk pernah terjual dalam sehari. Bila dah masuk social media, ada yang datang dari Busan semata untuk merasa patbingsu noodles. Kalau I pergi Korea pun nak try jugak patbingsu noodles tapi tu lah, sempadan tak bukak lagi. 

Restoran kedua, Life Jjajang menyediakan menu jjajangmyeon sejuk yang popular sejak 3 tahun lepas dan mempunyai 4 branch di Korea. Sembang pasal jjajangmyeon, semua pun tahu mi tu ada daging babi disalut dengan kuah kicap pekat. Selalunya dihidangkan panas-panas sebab banyak minyak pada menu tu. Agak sukar lah untuk cipta jjajangmyeon sejuk sebab minyak tu tapi lepas owner pergi ke China makan mi yang seakan-akan jjajangmyeon, dia balik ke Korea lepastu alter ikut selera orang di sana. Nak tahu macam mana owner restaurant adjust resipi ni, kena tengok lah episod ni. Mana tahu boleh buat berniaga dekat sini pulak hehehe

Tempat ketiga agak unik sedikit sebab tempat tu bukan restoran tapi bar yang menjual cocktail tapi mempunyai rasa makanan popular Korea. Setiap bulan bar ni akan buat collaboration bersama peniaga di pasar tersebut mengikut kesesuaian tema. Macam contoh bar ni akan collaborate dengan restoran Thai bila diorang come up dengan menu cocktail berperisa tomyam. 

Memandangkan panel The Sixth Sense datang pada musim panas, jadi owner sediakan naengmyeon cocktail di mana ia mengandungi lobak putih, bawang, bawang putih dan buah epal. Harga segelas naengmyeon cocktail ialah 25 dollar. Harga cocktail yang dijual agak mahal sebab bar ni guna bahan yang segar dan berkhasiat. 

Masa mengundi tak lama pun sebab masing-masing dah tahu nak undi yang mana. Laju Mijoo tanda kertas undian kali ni tak macam dalam Episod 7 sampai kusut rambut dia fikir yang mana satu palsu. Walaupun Jae-sok cakap episod ni susah tapi masa mengundi dia terus je tanda sebab dia syak something is wrong dengan tempat tu. Na-Ra paling confident dalam episod ni sebab dia rasa senang sangat. Tak pasti lah senang sebab team production buat senang ataupun sebab kuasa cinta :P

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.