Join Instagram Live Pertama B.I

Tuesday 14 September 2021

Selama ni B.I selalu muncul dekat VLIVE je kalau melibatkan video itupun jarangggg sangat nak compared dengan member iKON yang lain. Nak buat solo vlive apatah lagi. Lepas keputusan mahkamah untuk kes skandal dadah B.I pada 10 September lepas kemudiannya menghilangkan diri selama 3 hari, B.I muncul dekat IG live. 

IG live ni adalah IG live pertama dari B.I, so I was excited bila dapat notification dari Instagram. Memang laju lah join live dia padahal baru je balik dari kerja. Live dia gelap tau sebab dia tutup lampu dekat ruang dia buat live tu. Lepastu B.I pakai serba hitam, rasanya dia tak nak reveal new looks dia untuk online concert nanti. 

Sepanjang IG live selama 3 jam tu B.I diam dan fokus dengan kerja dia je. Staff dia ada la jugak bercakap dekat belakang tapi slow je lah. Awalnya ingatkan dia fokus buat schedule dan flow untuk online concert nanti rupanya bukan. Dia tengah busy reply message yang fans tulis dekat kain masa fanmeet bulan 6 tu. Dia punya fokus tu tak boleh blah. 

Nasib lah tak fokus sangat dengan IG live B.I ni just join sambil buat kerja lain. I sempat masak untuk dinner, makan dinner sambil menyembang pot pet lepastu basuh pinggan satu sinki tapi B.I masih lagi tak siap dengan kerja dia hahaha damn cinta itu buta betei. Kelakar masa join IG live ni bila baca komen dekat situ tambah pula kalau fans Indonesia. 

Masa IG live ni ada jugak dia cakap sepatah dua bila dia baca mesej yang fans tulis dekat kain tu. Dia menyanyi lagu Lonely - Akon padahal fans dok menyeru dekat komen tu bersepah kot

Fan : It's been so long since your last real-time live... I want to talk to you face-to-face...

Hanbin : Because it's been so long, talking to someone thru live seems a little bit awkward. 

*************

Fan : I've watched the IG live from the beginning till the end. Seeing your face is so good I am happy. 

Hanbin : You're saying you watched this from the start.... I can't believe you watched from the start. You have an amazing patience. 

Sebelum ni pernah je B.I up video dia drive, dia tidur, minum petang ataupun study. Semuanya video tak bercakap sangat sebab dia jenis nervous kalau buat live. Dulu ada iKON, boleh la JuNe ataupun Yunhyeong pot pet tak berhenti. Sekarang ni bila dia sorang je memang mati kutu jugak lah. Nasib baik ID jenis cinta mati. Tak sembang 3 jam pun tarak hal lah. Even B.I pun terkejut dengan ID lol

3 comments

  1. Wahhh 3 jam tu. Betul2 fanatik yang tunggu tengok live dia

    ReplyDelete
  2. Pergh!! 3 jam tanpa ada perbualan memang terbaiklah fans BI ini..

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah dah beranak pinak dan busy uruskan rumah tangga..kalau tidak maunya bersidai kat IG live juga

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.