Movie Review | Bhoot Police

Sunday 12 September 2021

Director : Pavan Kirpalani

Writer : Sumit Batheja, Pooja Ladha Surti

Cast : Saif Ali Khan, Arjun Kapoor, Jacqueline Fernandez, Yami Gautam, Javed Jaffrey, Yashaswini Dayama, Rajpal Yadav

Production Company : Tips Industries, 12 Street Entertainment

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Horror / Comedy

Running Time : 129 minutes

Release Date : 10 September 2021

Trailer :


Lepas kejayaan movie Stree (2018) di pawagam, industry Bollywood mula berminat dengan genre horror comedy. Kali ni Tips Industries dan 12 Street Entertainment menerbitkan sebuah movie dengan genre yang sama mengenai Vibhooti Vaidya (Saif Ali Khan) dan Chiraunji Vaidya (Arjun Kapoor) yang berkerja sebagai Bhoot Police (Polis Hantu). 

Ayah mereka, Ullat Baba adalah tantrik yang membantu ramai orang dalam menghalau hantu, makhluk halus dan ubatkan individu yang dirasuk. Tantrik adalah amalan kuno masyarakat India dengan gabungan ajaran Buddha juga Hindu. Antara kes yang Ullat Baba berjaya selesaikan ialah menangkap hantu Kichkandi di ladang teh Silawar. 

Setelah berbelas tahun kejadian tersebut berlaku, kini Kichkandi muncul kembali mengganggu pekerja-pekerja di ladang teh tersebut. Maya Kulbhushan (Yami Gautam) minta bantuan dari Vibhooti dan Chiraunji untuk tangkap semula hantu Kichkandi tersebut. Dia tak nak kehilangan satu-satunya legasi peninggalan mendiang ayah dia. 

Kakak dia, Kanika "Kanu" Kulbhushan (Jacqueline Fernandez) tak percaya dengan alam ghaib dan menganggap kehadiran mereka berdua sebagai pembaziran dan buang masa sahaja. Dia sehabis boleh cuba untuk pujuk Maya untuk jual ladang teh tersebut dan tinggal di London. 

Bila Chiraunji dan Vibhooti cuba siasat apa yang berlaku di ladang teh tersebut, tembikar yang menyimpan Kichkandi yang disorok di dalam sebuah pokok tak berusik langsung. Jadi siapa atau apa yang mengganggu pekerja-pekerja ladang teh tu sebenarnya? 

Jalan cerita Bhoot Police lebih kurang macam movie Bhool Bulaiya (2011) dengan genre yang sama cuma konsep sahaja berbeza sebab movie tu lebih kepada psikologi. Mesej sosial yang diketengahkan lebih ampuh, berbeza dengan Bhoot Police yang lebih berkonsepkan hiburan semata. Dialog pun ada kalanya missed the mark dengan penggunaan komedi yang slapstick dan vulgar antara watak Vibhooti dan Kanu. 

Main toh jagat premi hoon, all type is my type (I'm a global lover, all types are my types) – Vibhooti

Sinematografi movie Bhoot Police dari Jaya Krishna Gummadi antara kekuatan naskhah Pavan Kirpalani dengan panorama yang menarik baik di Dharamshala ataupun kawasan-kawasan lain. Grading tone yang cantik digunakan mungkin sebab movie ni adalah tontonan umum. Vibe dia pun macam ada vibe Disney. Rasanya movie ni memang diterbitkan khas untuk ditayangkan secara eksklusif untuk platform Disney+ Hotstar sebab poster-poster dia pun cantik belaka. VFX yang digunakan untuk hantu Kichkandi pun not bad lah, tak lah teruk sangat tapi tak lah bagus mana. Director pandai sembunyikan kelemahan tu dengan bermain pada angle camera. 

Props, wardrobe dan makeup yang digunakan pun diberikan perhatian yang sewajarnya. Suka dengan wardrobe dan dekorasi bilik untuk watak Maya sebab ala vintage dan bohemian. She looks so pretty in here. 

Selalunya kalau sesebuah movie tu berat kepada entertainment, movie tu akan come up dengan music album yang best tapi malangnya duo komposer, Sachin–Jigar sia-siakan peluang ni. Cuma ada 3 lagu dan semuanya mehhhh and easily forgettable. 

Memandangkan movie ni adalah movie santai so lakonan Arjun Kapoor not bad lah, cuma dia tak boleh nak catch up energy Saif Ali Khan. Yami tak diberikan peluang untuk berkembang lebih lagi manakala Jacqueline try hard untuk nampak hot dalam avatar ‘the girl from London’. Javed Jeffry dengan Rajpal Yadav agak tersia dalam movie Bhoot Police bila watak mereka nampak cringe dengan penulisan yang lemah. 

Overall, Bhoot Police mungkin menarik untuk ditonton secara santai tapi buat peminat filem seram, this movie is a no no. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 5.5/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.