Movie Review | Once Upon ay Time in Mumbai Dobaara!

Director : Milan Luthria

Writer : Rajat Arora

Cast : Akshay Kumar, Imran Khan, Sonakshi Sinha, Sonali Bendre Behl, Sarfaraz Khan, Mahesh Manjrekar, Kurush Deboo

Production Company : Balaji Motion Pictures

Distributor : Balaji Motion Pictures, Netflix

Genre : Crime / Action / Romance

Running Time : 152 minutes

Release Date : 15 August 2013

Trailer :


Sequel kepada movie Once Upon a Time in Mumbaai (2010) arahan Milan Luthria meneruskan kisah pemerintahan Shoaib Khan (Akshay Kumar) pada tahun 1975 setelah berpaling tadah terhadap Sultan Mirza (Ajay Devgn). Babak awal di mana Shoaib melawat kawasan dia membesar kemudian ternampak Aslam Siddiqui (Imran Khan) yang sesuai diambil bekerja untuk dia. 

13 tahun kemudian Aslam bersama kawan baik dia, Dedh Taang (Pitobash Tripathy) membesar dan menjadi orang kanan yang paling dipercayai oleh Shoaib walaupun dia keluar dari Mumbai. Sekembalinya ke Mumbai hanya lah untuk membunuh Rawal (Mahesh Manjrekar) yang menentang idea dia untuk takluk Mumbai sepenuhnya. 

Takdir pertemukan Shoaib dengan Jasmine (Sonakshi Sinha) yang baru sahaja datang dari Kashmir untuk menjadi seorang pelakon di Bollywood. Shoaib jatuh cinta pandang pertama dengan Jasmine dan hadiahkan kemewahan supaya gadis tu senang dengan kehadiran dia. Tanpa Shoaib sedar yang sebenarnya Jasmine cuma anggap dia sebagai kawan sahaja. Jasmine pula ada hati dengan Aslam yang kebetulan tinggal di kawasan yang sama dengan dia. 

'Just like I won Bombay, again, I will also win over Jasmine.' - Shoaib Khan

Walaupun movie ni adalah sekuel kepada classic cult arahan Milan Luthria dan skrip penulisan Rajat Arora namun kesemua barisan pelakon telah pun ditukar kepada pelakon baru. Milan cuma selitkan footage Sultan Mirza dalam scene Shoaib. Scene Shoaib berjumpa Aslam buat pertama kali pun dipaparkan dengan baik bila pengarah lindung muka Shoaib supaya nampak realistik lah perubahan fizikal wajah dari Emraan Hashmi kepada Akshay Kumar. 

Watak Mumtaz juga dikekalkan dalam sekuel ni tapi berubah pelakon kepada Sonali Bendre Behl. Kali ni watak dia lebih tenang berbanding movie sebelumnya. Mungkin dah redho lepas berbelas tahun hidup sebagai kekasih gelap Shoaib. Nak keluar rumah, orang mengata. Nak lari dari Shoaib, nyawa dia pula jadi taruhan.

Kalau installment pertama lebih kepada strategy Sultan Mirza naik untuk berkuasa, dalam sekuel ni pula lebih kepada percintaan dan persahabatan. Pihak polis pun tak muncul sangat dalam movie ni. Watak Rawal pula agak kartun bila beberapa kali gagal untuk bunuh Shoaib. Ingatkan watak dia akan jadi watak antagonis yang kuat standing dengan Shoaib but one can only hope….

‘Had you asked me for Bombay, I would have given it to you. But you shot Jasmine. This is the end.’ – Shoaib Khan

Pada first half pengarah build up character Aslam dan Jasmine kemudiannya masuk second half jadi lemau dan draggy. 152 minit terasa agak lama untuk naskhah dengan tema yang ringan. Mungkin lebih menarik kalau Shoaib tahu tentang percintaan Aslam dan Jasmine lebih awal daripada cramp dekat 20 minit terakhir. 

Music album masih lagi menggunakan khidmat Pritam sebagai komposer dengan 5 buah lagu dengan lirik yang dikarang oleh Rajat Arora. Music album adalah kekuatan movie Once Upon ay Time in Mumbai Dobaara! dan lagu Ye Tune Kiya Kya is my fav sejak 2013 lagi. Lirik dia mainkan peranan besar dengan alunan melodi menggunakan instrument yang pelbagai. Ritma lagu ni diadun dengan alunan lagu Tum Jo Aaye Zindagi Mein dari installment pertama. Suara Javed Bashir juga pandai bermain dengan perasaan. Bila dia nyanyi part Yeh Tune Kya Kiya tu rasa terbuai dengan soalan tu. Vidya Balan ada buat cameo comel dalam lagu Tayyib Ali. 

VFX dari Reliance MediaWorks ada kalanya menjadi tapi kebanyakan masanya agak lemah dalam memaparkan kawasan bandar juga luar bandar Mumbai dengan menggunakan khidmat green screen. Lakonan Akshay sebagai Shoaib agak over the top sedangkan Emraan Hashmi lebih bersahaja dalam avatar don yang pendendam juga kaki wanita. 

Mungkin produser sengaja pilih Akshay Kumar supaya dapat tarik audience yang lebih besar sebab dia adalah pelakon A-list pada tahun 2013. Target jualan untuk movie ni pun Rs200 juta namun malangnya disebabkan review negative dari para critics, kutipan cuma mencecah Rs75 juta sahaja. Mungkin juga sebab Akshay dan Imran bagus dengan action stunt sebab babak aksi lebih banyak dalam sekuel dan dipaparkan dengan menarik.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

6 Comments

  1. Tengok poster ingatkan Pretty zinta hehe aru excited. Baca nama cast oh bukan...

    ReplyDelete
  2. sayangnya tak hit target dorang walaupun guna Akshay.

    ReplyDelete
  3. Besttt... Ni kalau akshay kumar.. Semua saya tgk.. Minat weiii..

    ReplyDelete
  4. Filem ada sekuel ni tandanya movie ni best. Jarang tengok filem tamil pulak.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok lakonan Akshay Kumar...

    ReplyDelete
  6. sekuel rupanya.. Lama tak tengok Akshay berlakon..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.