Movie Review | Love, Supermoon (2015)

Thursday 16 September 2021

Pengarah :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Penulis Skrip :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pelakon : Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Zain Saidin, Razak Hamdan, Diana Johor

Syarikat Produksi : Grand Brilliance

Pengedar : Primeworks Studios, Netflix, MUBI

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015

Trailer :


Excited bila nampak Netflix masukkan movie Love Supermoon karya pengarah penulis Wan Hasliza Wan Zainuddin yang berkisarkan takdir pertemuan antara Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa). Pertemuan pertama mereka berdua semasa temankan Nina (Rita Rudaini) dan Sulayman (Zain Hamid) dating dekat kelas lepas habis sesi persekolahan.

Bosan menunggu Razak tanya Triz kalau dia sudi jadi adik angkat supaya tak lah nampak seperti tak laku sangat. Boleh brag dengan pelajar lain sebab Razak si playboy pernah pelawa jadi adik angkat. Triz yang menyampah dengan perangai Razak selalu bergosip dengan Nina tentang perkembangan Razak sejak sekolah sehingga lah mereka graduate dan bekerja. 

Sama juga dengan Razak dan Sulayman yang selalu bercerita tentang Triz setiap kali berjumpa memandangkan Nina dan Sulayman bercinta hingga ke jinjang pelamin. Lepas grad, Triz bekerja dengan syarikat automobile dan bercinta dengan pelajar Master UK, Fakrul (Zain Saidin). Dalam masa yang sama Triz kenenkan Tiha (Anne Ngasri), rakan serumahnya dengan Ayah Cu (Razak Hamdan).

Lepas patah hati dengan Fakrul, Triz terima cinta dari Azman (Azhar Sulaiman) yang poyo dan kaki kikis. Habis harta Triz dikerjakannya. Puas Tiha dan Nina nasihatkan Triz supaya tinggalkan Azman tapi dia tetap stay dengan toxic relationship sebab takut jadi andartu. Sementara Razak pula masih lagi dengan playboy walaupun dah berkahwin dengan gadis pilihannya sendiri, Nora (Diana Johor) si pramugari cantik.

Sebelum ni dah pernah tengok movie Love, Supermoon sebab minat dengan Nadiya Nissa lepas tengok movie Cun (2011). Nasib baik lah genre movie romantik komedi ni ringan dan santai je jadi tak lah nampak sangat kelemahan lakonan Farid Kamil walaupun dia watak utama. Lagipun kebanyakan screentime dia dikongsi dengan watak lain terutamanya watak Sulayman dengan karakter dia yang kelakar. Padan sangat lah dia berkahwin dengan Nina tu, sama naik je bila bergosip. Dalam movie ni ada kemunculan Airit Rayyan Rizqin, anak sulung Rita Rudaini sebagai Daud. 

Pace movie ni laju dengan latar masa yang panjang tapi tak banyak lah prop yang berubah mengikut peredaran masa tu. Ada la beberapa props yang pengarah mention supaya nampak cerita ni ada peralihan. Sembang pasal props, sedih tengok props dalam rumah Razak sebab kosong sangat. Ketara betul team production sewa khas untuk shoot scene Razak je. 

Dialog dalam filem ni agak straight forward yang berkait dengan dunia rumah tangga macam gossip Nina tentang Razak yang stay dengan perkahwinan bersama Nora sebab dia cantik dan power. Rasanya movie terbitan Grand Brilliance ni untuk penonton dewasa. Bagus sebab realistik dan tahu target audience dia siapa since pengarah dah buat homework selama 2 tahun sebelum terbitkan movie Love Supermoon ni. Keunikan kisah cinta Razak dan Triz ni bila mereka terima each other lepas dah berjumpa dengan orang lain. Banyak kali takdir pertemukan tapi diorang tetap in denial sampai lah satu tahap diorang sedar. Perjalanan tu yang syok nak tengok. Sesuai lah dengan tagline movie ni - 'Kalau dah jodoh, tak ke mana kan?'

Kekuatan naskhah romantik komedi ni pada barisan pelakonnya yang pandai menggunakan facial expression terutamanya Nadiya Nisaa, Rita Rudaini dan Anne Ngasri dalam beberapa babak membawang. Kita pun jadi syok nak layan gossip diorang bertiga sebab semangat betul bercerita. Dah la Rita tu bekas pelakon franchise Mami Jarum. Sebulan je diorang shooting movie yang menggunakan bandaraya Kuala Lumpur sebagai latar tempat utama sebab ketiga-tiga mereka mudah mesra dekat set. Sebab tu jugak la kot friendship diorang bertiga dalam movie ni nampak real. 

Walaupun movie ni menarik dan menghiburkan tapi jumlah kutipan masa tu tak balik modal sebab kos pembikinan dalam RM1 juta. Mungkin juga sebab terpaksa bersaing dengan Polis Evo (2015). Sayang lah sepatutnya penerbit cari waktu yang sesuai untuk tayang supaya tak clash dengan movie besar yang lain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

3 comments

  1. ada nampak juga filem kat netflix, nampak macam best juga sebab pengarah dia wan hasliza :)

    ReplyDelete
  2. Ingat ingat lupa movie ni. Lain macam rupa Zain dulu dulu. Hihi

    ReplyDelete
  3. cerita ni tetiba up balik eh. Masih ingat lagi jalan cerita ni. Dulu rasanya abang and adik angkat ni memang trend. Rasanya sekarang dah tak lagi kan?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.