Drama Review | Misteri Mona (2020)

Thursday 23 September 2021

Pengarah : Amor Rizan

Penulis Skrip : Abdul Nasir, Amor Rizan

Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Zarynn Min, Zizan Nin, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syafi Tee, Azhar Amir, Syed Irfan, Alif Hadi, Amir Rahim, Elly Suhail

Syarikat Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd

Penyiaran : Slot Samarinda TV3, Netflix

Genre : Psikologi / Seram / Misteri

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020

Trailer :


Bertemakan kesihatan mental, drama Misteri Mona mengisahkan tentang Anom (Janna Nick) pesakit mental tahap kronik sehingga boleh mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya semasa dia keluar pbekerja. 

Tak susah pun tugas Farah sepanjang bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang bila dia cuma perlu masak breakfast juga lunch untuk Anom dan pastikan dia makan ubat on time. Hari pertama Farah dah gagal jalankan tugas dia bila Anom berhalusinasi dan ternampak kelibat Mona (Ruzana Ibrahim) yang sentiasa mengganggu gara-gara skip makan ubat masa lunch. 

Mona bukan lah sesiapa tapi kakak Anom sendiri cuma kehadiran dia dianggap sebagai ancaman terhadap Anom. Farah selalu rasa diri dia diperhatikan bila berada dalam rumah tersebut tambah pula dia pernah dapat nota dengan tulisan tangan minta supaya dia jangan terpedaya dengan realiti. Farah cuba menyiasat sikit demi sedikit misteri yang berlaku di dalam rumah tersebut dengan bantuan Ikmal (Syafi Tee). 

Dalam masa yang sama Dr. Nadeem rasa kusut dengan hal kerja dan juga peribadi bila Anom mula ingat sedikit demi sedikit tentang anak mereka yang mati dibunuh oleh Mona. Ingatan tu menjadi punca sakitnya bertambah teruk. Dr. Uwais (Amir Rahim) sarankan supaya Dr. Nadeem pergi bercuti dan luangkan lebih masa dengan Anom. 

Dulu pernah tengok preview drama ni lepastu lupa nak tengok full. Nasib baik drama ni masuk dekat Netflix, boleh la marathon terus satu drama sebab episod dia pendek je. Pace drama ni perlahan jugak lah sebab layan guna speed 1.5x pun terasa lambat. Nak tunggu Farah naik tangga loteng pun boleh skip 10 saat. Lagi terasa lemaunya bila soundtrack guna lagu Suatu Pernah – Fynn Jamal. Mungkin lagu tu sesuai dengan penceritaan tapi suara Fynn mendatar tanpa emosi buatkan babak tu suram dan hambar.

 

Alur cerita Misteri Mona arahan dan penulisan Amor Rizan menarik dan fresh dengan tema psikologi dan misteri. Walaupun pengarah bermain dengan susur masa tapi plot diolah dengan baik supaya tak serabut dan berjaya reach target audience yang kebanyakannya lebih berusia dan belum familiar dengan masalah sakit mental yang dahulunya dianggap taboo. 

Fizikal Janna Nick nampak berisi dalam drama ni yang mana menjelaskan lagi watak dia yang sentiasa di bawah pengaruh ubat. Dia cuma makan dan tidur je sebab badan dia selalu terasa lesu. Sepanjang dalam drama ni watak dia tak pernah guna makeup, memang nampak lah team production bagi perhatian pada aspek ni supaya nampak real. Lakonan barisan pelakon kanak-kanak pun tak nampak canggung dan pandai deliver watak dengan ekspresi muka terutamanya Duerra Mitilda.

Memandangkan dah selalu layan movie psikologi dari negara luar jadi dah boleh agak lah ada sesuatu yang tak kena bila Nadeem rawat sendiri wife dia dan guna ubat yang berdos tinggi. Curious perkara yang sama dengan Farah bila dia tanya kenapa dia tak pernah nampak Mona dalam rumah tu? Kalau betul Mona wujud, siapa yang bagi Mona makan? 

Watak Nadeem pun antara hint terbesar juga sebab karakter dia tak match dengan profesion sebagai pakar psikatri. Tambah pula bila watak Kathy cakap advice Dr. Nadeem bukannya membantu selesaikan masalah dia pun. Dekat pertengahan drama ni pun dah boleh agak siapa sebenarnya Dr. Nadeem. 

Drama ni memang sarat dengan ilmu psikologi cuma cara penyampaian tu agak baku sampaikan terasa berat info yang disampaikan. Lebih menarik kan kalau watak-watak yang terlibat tu terangkan dalam bahasa yang mudah faham atau bahasa pasar. Bila masuk part bagitahu ilmu tiba-tiba macam baca buku teks padahal elok je tadi menyembang kasual. 

Teknik visual yang digunakan pun bagus dengan transition antara Mona dan Anom dalam beberapa babak. Boleh nampak perbezaan karakter antara mereka dua beradik dan menambahkan lagi ketegangan dalam beberapa situasi. Suka tengok wardrobe Anom yang bermotifkan batik dalam pelbagai jenis rekaan. 

Lepas dah tengok drama Misteri Mona ni rasa nak layan sekuel pula, Misteri Mona : Kuserumu Kembali sebab baca sinopsis, Anom nak cari anak dia yang pernah kandungkan dulu sebelum dibunuh oleh Mona. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

4 comments

  1. next in my list..
    ammi suka kalau drama tu pelakon tak payah nak mekap over nau..duduk rumah pakai tudung shawl..dah kenapo?? duduk rumah ada vulu mata pelesu huh

    ReplyDelete
  2. Alamak best eh? Kalau best gini nk layan la...

    ReplyDelete
  3. Love please ada lagi ya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.