Movie Review | Bulan dan Pria Terhebat

Pengarah : Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip : Ghaz Abu Bakar

Pelakon :   Zahirah MacWilson, Maya Karin, Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman, Alif Hadi, Mimi Ernida, Sein Qudsi, Aprena Manrose, Didie Alias

Syarikat Produksi :  Nizra Entertainment, Astro Shaw, Skop Productions

Pengedar :  Astro First, Netflix

Genre :  Aksi / Komedi

Durasi Tayangan : 106 minit

Tarikh Tayangan : 12 Mac 2020 (Malaysia, Brunei, Singapura)

Trailer :


Bulan (Zahirah MacWilson) disuntik dengan dadah kemudiannya dieksport ke Malaysia untuk dijadikan barang dagangan kepada ketua sindiket Ricky (Sein Qudsi). Dia berjaya keluar sebaik sahaja sampai di kawasan gudang konco tersebut kemudiannya bertemu dengan Haris (Zizan Razak), pemandu e-hailing Faszz. 

Belum sempat Haris soal siasat bagaimana Bulan boleh sampai ke kawasan tersebut, dia sudah pun lari dan berjumpa dengan intel untuk mulakan misi peribadi dia. Bulan adalah ahli tentera khas negara Indonesia tapi menyamar dan datang ke Malaysia untuk menjejak adiknya, Melati (Aprena Manrose) yang diculik oleh modeling agency. 

Suspek pertama dalam kehilangan Melati ialah Agus (Khir Rahman) yang menguruskan urusan eksport dari Indonesia ke Malaysia. Walaupun Bulan dapat maklumat lokasi Melati tapi Agus dah inform Madam (Didie Alias) supaya pindahkan ke kawasan lain. Bulan berjumpa dengan Haris dan tawarkan RM10,000 kalau dia jadi driver untuk ke Johor Bahru. 

Nak tak nak terpaksa lah Haris terima bila dia kusut dengan permintaan keluarga Sarah (Sofia Dendroff) yang nak buat majlis kahwin di Golden Royal Palace Hotel. Haris ajak sekali kawan-kawan dia, Arab (Bell Ngasri) dan Daud (Alif Hadi) ke sana. Dalam masa yang sama, Agus jemput Tony (Maya Karin) untuk hapuskan Bulan dan rampas kembali tab yang penuh dengan bukti perniagaan haram mereka. 

Sebelum ni tahu kewujudan movie Bulan Dan Pria Terhebat ni gara-gara single track Akim & Majistret - Roulette sebab lirik dia unik penuh dengan peribahasa Melayu. Masa tu tak rasa nak tengok pun sebab tajuk cerita dan pelakon tak menarik minat. Bila tengok movie Mat Bond Malaya, pengarah Ghaz Abu Bakar ada mention pasal movie ni lepastu ternampak pulak dekat Netflix, saja try tengok masa lunch. Tak sangka pulak movie ni best. 

10 minit awal dah tertarik sebab fight scene Bulan dekat gudang tu sharp dan realistik. Filem tempatan jarang tonjolkan watak protagonist perempuan dalam genre aksi komedi. Sebelum ni pernah tengok Fify Azmi dalam movie Wira (2019). Kali ni Zahirah pula mencuri tumpuan. Bila tengok interview dia dengan Mstar, dia ada bagitahu harapan dia supaya movie Bulan dan Pria Terhebat jadi penanda aras filem aksi wanita. Zahirah jalani latihan intensif sebelum mula penggambaran jadi tak hairan lah hasilnya terlihat cantik. 

Kalau tengok dalam movie Mat Bond Malaya, pengarah dan penulis Ghaz Abu Bakar ni memang suka bekerja dengan Zizan Razak jadi tak hairan lah kenapa Zizan boleh ada dalam movie ni walaupun dia cuma pelakon sampingan dan screentime yang lebih pendek dari franchise Polis Evo (2015). Malah berkongsi pula skrin dengan pelawak Bell Ngasri. 

Personally lakonan Zizan bukanlah kekuatan utama movie aksi ni tapi sepenuhnya digalas oleh Zahirah yang baru pertama kali muncul di layar lebar. Sebelum ni tengok dia berlakon dalam drama TV3 tak ada lah syok sangat pun tapi dalam movie ni lakonan dia cemerlang dengan slang Indonesia walaupun ada masanya kedengaran janggal. Terima kasih pada Ghaz yang berjaya cipta satu avatar wanita yang mantap dan berkualiti. Keluar dari stereotaip dan prejudis terhadap watak perempuan. Bukan sahaja pada watak Bulan, malah Tony dan Mimie. 

Bab visual tak perlu dipertikaikan lagi bila movie Bulan Dan Pria Terhebat ni diterbitkan di bawah Astro Shaw dan Skop Productions, dua syarikat produksi otai dalam industri filem tempatan. Cuma visual effects dalam babak Arab cuba topeng muka buatan Julie (Mimi Ernida) nampak lemah. Nasib baik babak tu kelakar bila Arab menyamar sebagai Syamsul Yusof. 

Harapnya lepas ni pengarah Ghaz Abu Bakar buat franchise juga kepada movie Bulan sebab watak dia ada potensi untuk jadi karakter fisyen kegemaran dalam kalangan penonton wanita. Please notice this request haha

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

4 comments

  1. Tengok tajuk ingtakn Indonesian movie. Malaysia rupanya. Pelakon semua bukan calang2 ya. Zizan razak mesti unsur komedi ada

    ReplyDelete
  2. scene topeng nampak kartun betul macam mana orang jahat boleh tertipu..haha

    ReplyDelete
  3. Okay, baca akak farhana describe saya pun tertarik nak tengok filem ini. Jarang saya nak tengok bila zizan berlakon sbb kekadang filem jenaka saya tak boleh terima plot story. Tapi yang ini macam menarik

    ReplyDelete
  4. Yes.. Hero perempuan.. Nak tengok jugalah.. thanks sebab buat review nie Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.