Lotus' Frozen Pepperoni Pizza

Thursday 9 September 2021

Menyinggah dekat Lotus' Mutiara Damansara minggu lepas, rasa nak try Frozen Pepperoni Pizza dia sebab teringin nak makan pepperoni pizza. Alang-alang dah nampak lepastu dekat rumah ada air fryer tak payah fikir banyak lah terus sambar je. Nak beli Domino's macam over sangat nanti ada pulak order lain yang menyelit. 


Harga dia pun tak lah mahal sangat dalam RM10 macam tu untuk kuantiti 285g sekotak. Boleh lah nak makan time dinner, tak nak yang heavy sebelum tidur haha

Masak guna air fryer dengan suhu 220 selama 10 minit je. Sorry lupa nak ambik gambar masa frozen sebab excited sangat nak makan pepperoni pizza ni. 


Bila bukak air fryer tu macam hmmm kenapa sosej dia terbakar sikit? Nak kata lama sangat tak lah jugak sebab doh dia okay je. Bila rasa tu sedap je tapi bukan taste kitorang lah sebab dah terbiasa dengan pizza Domino's bila doh dia nipis. Makan Lotus' frozen pepperoni pizza ni macam makan pizza dekat pasar malam sebab doh dia tebal. Lepas ni beli dekat Domino's je lah nampak gayanya haha

9 comments

  1. Memang pizza dominos yang paling best bagi saya setakat ni.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya pizza topping penuh pepperoni ni. Berbaloi jugaklah beli frozen dengan harganya macam tu.

    ReplyDelete
  3. sudu 220 tu kot jd cepat hitam paperoninya... dah biasa makan yang nipis bila tebal nih rasa aduhla lambat nk habis

    ReplyDelete
  4. tak reti nak adjust suhu arir fryer ni, kadang bila guna suhu tinggi habis hitam, kalau rendah lambat pula masak..haha

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi membeli di lotus. dulu ammi ingat lotus tu restoran mamak..hahahha.
    tp temperature 220 tu tinggi kot. tu yg dia hitam sikit

    ReplyDelete
  6. Tapi betullah cakap Farhana, kalau dah ke Domino or Pizza Hut memang tak kan lah sekadar beli pizza je.. Pasti akan ada makanan lain menyelit sama.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Sedappo nampakkk.... tapi kalau masak kat AF, memang selalu jugak terbako belah atas tuuu.. Lorhhh

    ReplyDelete
  8. Dulu masa masih bawah nama Tesco, memang suka beli pizza frozen ni. Semua perisa akak borong. Kalau nak pakai AF untuk pizza frozen, akak biasanya guna suhu tinggi dulu. Kemudian, adjust guna suhu yang lebih rendah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.