TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 5

Monday 27 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Jun-ho 2PM

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Kalau dalam The Sixth Sense Season 2 Episode 4 So-min happy dengan panel jemputan, dalam episod ni dia usaha lebih lagi sampaikan prepare dance untuk menari dengan Jun-ho 2PM. Meriah variety show dari tvN untuk Season 2 ni sebab team production dah mula panggil idol group untuk promote lagu atau comeback album diorang dekat show ni. Nampak lah rancangan ni dah mula ada fanbase dan meningkat rating dia. 

Tambah pula bila kebanyakan tema berkonsepkan makanan sebab paling mendapat perhatian dan dalam masa yang sama boleh bantu peniaga yang terjejas dek kerana pandemik covid-19. Sama juga dengan episod kali ni menggunakan tema ‘Isn’t This Menu Crazy?!’ bila kesemua panel mencari restoran palsu yang menghidangkan hidangan unik. 

Restoran pertama berkonsepkan zaman maharaja dengan pakej hidangan mengikut hidangan yang pernah disediakan kepada beberapa raja di dalam sejarah peradaban Korea Selatan. Even restoran tu pun dihias dan menggunakan interior yang terikat pada zaman-zaman tersebut. So-min kata restoran yang kelihatan seperti rumah tu macam pernah muncul dalam drama ‘Architecture 101’. 

Menu yang disediakan pun sedap tapi ayam bersalut soy sauce tu rasa macam ayam Kyochon bila So-min makan seketul dua. Jae-suk pulak rasa macam Jessi kentut masa makan sebab nasi dalam menu tu ialah nasi barli. Bila makan nasi barli memang senang nak kentut. Sang-yeob defend Jessi sebab creaking sound tu datang dari outfit Jessi bila dia bergerak. 

Restoran kedua nampak macam restoran ayam palsu yang pernah muncul dalam The Sixth Sense Season 1 sampaikan semua panel keliru sama ada palsu ataupun betul-betul wujud. Restoran kedua terletak berdekatan dengan bangunan shopping mall dan mempunyai konsep yang hip dan tema camping jadi interior kebanyakan menggunakan props yang sesuai. Restoran ni baru je dibuka pada September 2020 so sebab tu lah masih ada lagi bau cat. 

Restoran ni menyediakan handmade fried burger dan pemilik restoran dah melalui proses try and error yang banyak sampai lah terhasil burger goreng yang menggunakan ban arang. Kalau dekat Malaysia, burger goreng ni dah lama wujud dekat pasar malam dengan ban yang biasa. Tak pasti lah sekarang masih ada lagi ke tak sebab dah jarang ke pasar malam. Betul la apa owner tu cakap, apa-apa makanan yang bergoreng memang sedap dimakan. Na-Ra susah nak percaya restoran tu wujud sebab plating pun sama sangat dengan restoran ayam tu. 

Restoran ketiga yang menghidangkan rustic cuisine yang bermaksud country-like ataupun menu yang raw dan simple. Restoran yang bertemakan New York ni mempunyai menu menarik iaitu Halibut Ceviche. Masa tengok menu ni macam kembang tekak sebab ais kisar berperisa ikan dan daun ketumbar. Macam tak boleh go je rasa dia tapi bila tengok Jae-sok makan macam sedap pulak sebab chef tu guna isi ikan mentah. Macam makan sushi la kot rasa dia. 

Masa makan semua enjoy sampai tertumpah atas seluar lah, terkentut lah, makan conquer sorang lah tapi bila masuk bab nak mengundi masing-masing dah pening nak pilih yang mana satu. Jun-ho 2PM dengan Jessi syak restoran yang pertama sebab muka pemilik restoran tu macam pelakon. Mijoo dengan So-min pilih restoran ketiga sebab chef tu macam cuak dan nervous even dekat dapur. Yang mana satu betul kena tengok lah variety show ni dekat Viu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.