TV Show Review | Single’s Inferno Season 5 (2026)
Tuesday, 10 February 2026
Lepas mengharungi musim yang bosan dalam Single’s Inferno Season 4 (2025). Kali ni team Single’s Inferno mendengar rentanan warga net. Peserta yang dibawa masuk ada latar kerjaya yang pelbagai dan bukan terhad pada model semata.
Tapi peserta Kim Min-gee, Choi Mina Sue, Hee-sun dengan Go-eun pernah sertai Miss Korea. Sama batch tapi pura-pura tak kenal dalam dating show. Mungkin kenal sebab tu Min-gee boleh tegur perangai Mina Sue atau confront bila lepak dalam bilik. Mungkin sebab kenal juga, masing-masing tak beria nak kenal peserta lelaki yang dah kena locked.
Walaupun musim kelima ada 12 episod tapi ada banyak unreleased clips dan moments yang tak dimasukkan dalam full show. Ada juga babak dalam preview stay dalam preview sahaja. Tak banyak moments dekat Inferno atau Paradise yang dipaparkan padahal kita nak tahu apa yang jadi pada sekian sekian couples yang pergi. Kalau bosan pun tunjuk je lah since conversation dan moments couples tu adalah reference kepada single people out here. I mean, duhhh.
Last two episodes untuk Single’s Inferno Season 5 nampak tergesa-gesa untuk habis sebab ada conversations yang tak ditunjukkan pun. Game akhir dengan ganjaran special meal date pun tak ditayang sepenuhnya padahal nak tengok semua pasukan lawan sepanjang game berlangsung. Tak fair lah banyak cut sebab 4 musim sebelum ni elok je tunjuk semua. Orang marah bila screentime fokus dekat seorang peserta sahaja. Dalam musim ni beria pula nak sorok untuk wujudkan plot twist dan kejutan.
Patutnya tambah lagi 2 episod untuk masukkan banyak lagi moments peserta dekat sana terutamanya Sam, Ha-eun dengan Ye-jin. Production bagi teaser akan ada winter reunion special nanti tapi belum ada pengumuman rasmi so kita tunggu unreleased clips je lah dekat Netflix.
Anyway, walaupun kita merentan sampai beberapa perenggan tapi musim kelima adalah Single’s Inferno paling seronok dan musim yang mempunyai ramai pasangan dalam sejarah Single’s Inferno. Dari episod 1 hingga episod 4 terhibur tengok perangai Mina Sue berebut perhatian Su-been, Seung-il dan Hyeon-woo.
Geram masa tengok perangai Mina Sue sentiasa berubah-ubah tapi bila dia ada deep talk sessions dengan Samuel Lee, okay lah boleh terima lah perangai dia. Nak pula bila dia kena confront dengan Min-gee. Kalau dalam Single’s Inferno Season 3 ada Gwan-hee, season 5 ada Mina Sue yang menggerakkan kebanyakan screentime. A show stealer indeed.
Musim 5 tampil berbeza dari musim sebelumnya dengan Photoshoot Challenge dan game Wood Statue. Dekat dalam dua game ni paling banyak moments menarik dan chemistry setiap peserta juga. Wood Statue paling kelakar sebab ada team yang dapat lebih ahli dari yang lain. Thank you to panelist juga yang bagi genuine reactions especially Jin-kyung unnie. Ramalan dia memang power and cara dia baca tingkah peserta musim lima ni kebanyakannya tepat and it helped me as viewer a lot.
Memandangkan Single’s Inferno adalah dating show untuk mencuci mata, season 5 paling rancak sebab ramai peserta lelaki yang kacak terutamanya I-geon. Boleh faham sangat kenapa Go-eun mudah cair bila I-geon make effort untuk mengurat dia. Untungnya, I-geon adalah pelakon so lepas ni boleh nampak dia dalam banyak K-drama atau show sebab dah dapat exposure dari Netflix. Boleh agak jalan dia akan sama dengan Dex tapi jangan letak dia sebagai panelis Single’s Inferno sebab bahasa dia kasar dan tak funny.
Dalam Single's Inferno je boleh tengok muka cantik atau kacak pun tak mungkin pergi jauh kalau personaliti tak cun atau low confidence dengan kebolehan diri. Dekat luar, setiap 3 langkah akan ada yang datang minta contact number tapi dalam Inferno, sekejap je minat boleh hilang. Ini juga antara faktor Single's Inferno kekal relevan dan jadi tumpuan setiap tahun bila pretty faces or hot bodies terseksa untuk cari pasangan hidup.
Peserta lelaki pun bukan calang-calang orang sebab ada yang bekerja sebagai analyst dan hedge trader. Bila dapat tahu kerjaya masing-masing dengan paras rupa kacak tu, makin bertambah charming sekian sekian peserta tu. Peserta lelaki yang tinggalkan impak kuat untuk musim ni I would say Lim Su-been sebab dia jenis tetap pendirian, straight-forward, manly dan tahu apa dia nak. Gentleman juga 💖
Thank you to Single’s Inferno team yang wujudkan balik sesi memasak ikut kreativiti masing-masing dan bagi juga ready made foods bila peserta dah penat beraktiviti. At least ada banyak sesi ice breaking dan moments menarik antara peserta.
“If she doesn’t choose me, I’ll jump into the sea”
p/s: Pull chair scene tu buatkan I teringat dekat Nick x Priyanka.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10


%20poster.jpg)




