TV Show Review | Shining Solo Episode 1: HELLO 💎

Saturday 21 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Yoon Jaehyuk, Lee Ji Yeon, Seol Ji Won, Lee So Won
Production Company: SBS
Distributor: SBS, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date : 03 March 2024 – 05 May 2024
Video : 


YG Entertainement buat kejutan dengan kerjasama baru bersama SBS di mana TREASURE menyertai dating show selama 4 hari di sebuah villa. Dah lama idol group Korea Selatan berhenti terlibat dengan mana-mana dating show lepas second gen sebab fandom cemburu teruk. Tapi YG Entertainment kembalikan semula dating show untuk idol group dengan konsep yang baru. 

Shining Solo bahagikan TREASURE kepada 2 kumpulan di mana Park Jihoon, Kim Junkyu, Hamada Asahi, Watanabe Haruto dan Yoon Jaehyuk berada di kumpulan pertama sementara Choi Hyunsuk, Kanemoto Yoshinori, Park Jeong-woo, Kim Do-young, So Junghwan di kumpulan kedua. Kedua-dua kumpulan akan berjumpa sekumpulan wanita yang berbeza di TREASURE Castle. 


Sama macam TREASURE, kumpulan wanita juga mempunyai dua kumpulan dan tidak akan berjumpa serentak. Team 1 dengan satu kumpulan wanita A pada hari pertama dan kedua, Team 2 pula akan berjumpa kumpulan wanita B pada hari ketiga dan keempat. 

Kesemua wanita akan membuat penilaian berdasarkan aktiviti yang dilakukan sepanjang dating show Shining Solo. Setiap wanita diberikan satu permata berwarna ungu dan juga satu perakam suara. Sekiranya ada ahli TREASURE yang berjaya pikat hati mereka, permata ungu akan diberikan di dalam loker besi kepunyaan ahli tersebut. Tapi sekiranya ada ahli yang dirasakan perlu improve, perakam suara akan jadi medium menyampaikan curhat, kritikan atau cadangan. 


‘I’m really nervous. The only women I’ve met in a non-work context is like my sister, mom and grandma.’ – Choi Hyunsuk

Penilaian ni agak berat lah untuk TREASURE sebab kebanyakan ahli berpesonaliti introvert dan kekok bila berjumpa dengan orang baru. Bukan dengan perempuan je, dengan mana-mana orang pun. Jaehyuk jumpa SEVENTEEN sunbaenim ataupun Jay Park, dah tersipu malu. Inikan pula nak kena mencairkan hati wanita yang baru sangat kenal. 


As expected, masa pertama kali berjumpa dengan Yewon, Lee Ji Yeon, Seol Ji Won dan Lee So Won, Team 1 banyak tunduk dengan senyum daripada bercakap. Masa memasak baru lah ada sikit ice breaking itupun Asahi sampai ketar ketir bila tawar diri untuk bantu Sowon dekat dapur. Tapi cubaan dia gagal sebab Junkyu lebih mesra menyembang dengan Sowon. Nasib baik Haruto dengan Jaehyuk datang untuk masak nak-gop-sae. Kelakar bila tengok diorang bertiga melekat sampai nak isi air 300ml pun nak buat bertiga. Tak boleh berpisah langsung sampai menu siap. 


Berbeza betul dengan Jihoon yang memang social butterfly. Bila dia memasak, semua wanita kerumun sebab Jihoon nampak cool bila memasak. Dia tahu apa nak sembang dan tarik perhatian semua dekat situ. Dah boleh nampak siapa yang akan kaut semua permata untuk hari pertama dan siapa yang akan dapat perakam suara. 

Masa makan pun tak banyak beza bila semua lebih selesa berinteraksi dengan Jihoon dan Junkyu sementara Asahi diam saja bila makan. Haruto dengan Jaehyuk risau bila Yewon dengan Jiyeon cuba makan nak-gop-sae. Sebab kesian tengok dua orang risau depan dia, Yewon bagi juga respon walaupun menu tu pedas. Jiyeon surrender terus sebab tak ada siapa pun yang nak menyembang dengan dia. Lama dia cuba nak approach Asahi tapi sikit pun Asahi tak angkat muka.


Misi kedua TREASURE Castle bila kesemua peserta akan berbincang untuk topik ‘Pandangan Terhadap Cinta’ di ruang tamu. Jawapan kesemua ahli TREASURE akan menentukan pandangan dan penilaian setiap wanita. Sesi penilaian kumpulan pertama TREASURE untuk akan didedahkan pada Episod 2 nanti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.