Movie Review | Tetris (2023)

Monday 9 September 2024


Director: Jon S. Baird
Writer: Noah Pink
Cast: Taron Egerton, Nikita Efremov, Sofia Lebedeva, Anthony Boyle
Production Companies:  Apple Studios, Marv Studios, AI Film, Unigram
Distributor: Apple TV+
Genre: Biography / Thriller
Running Time: 118 minutes
Release Dates: 15 March 2023 (SXSW Film Festival), 31 March 2023 (United States)
Trailer:


Filem bermula dengan babak Henk Rogers (Taron Egerton), pengurus Bullet-Proof Software terlihat permainan baru bernama Tetris di festival Consumer Electric Show (CES) di Las Vegas pada tahun 1988. Rogers mula mengorek maklumat tentang Tetris dengan promoter di situ dan mula mendapat ilham untuk mendapatkan lesen permainan Tetris di seluruh dunia. 

Rogers berjumpa dengan Eddie (Rick Yune) pengurus bank untuk membuat pinjaman supaya dia dapat membuat perjanjian dengan pencipta permainan Tetris di Rusia. Perjanjian tersebut antara hidup dan mati untuk syarikat kecilnya. 

Taikun Robert Maxwell (Roger Allam) dan anaknya, Kevin Maxwell (Anthony Boyle) iaitu CEO kepada Mirrorsoft sudah pun mempunyai lesen hak penyiaran permainan Tetris di mana membenarkan mereka menyiarkan permainan tersebut. Wakil Mirrorsoft menjual lesen hak penyiaran Tetris di negara Jepun untuk permainan PC, konsol dan juga permainan arked. 

Roger kemudiannya berjumpa dengan CEO Nintendo, Hiroshi Yamauchi (Togo Igawa) dan beri tawaran untuk partnership untuk terbitkan permainan Tetris kepada Nintendo Famicom dan mesin arked. Selepas mula beroperasi Roger mendapat panggilan untuk maklumkan bahawa lesen hak penyiaran tersebut telah pun diberikan kepada SEGA. Nintendo menghantar Rogers ke Ibupejabat Nintendo di Amerika Syarikat di Seattle untuk peranti permainan terbaru – Game Boy.

Kerana banyak kekeliruan dan berlaku perebutan hak penyiaran Tetris, Rogers sendiri terbang ke Rusia untuk berjumpa dengan pencipta Tetris iaitu Alexey Pajitnov (Nikita Yefremov) dan wakil Kerajaan Russia. Valentin Trifonov (Igor Grabuzov), ketua Jabatan Perdagangan Luar Negara juga berminat dengan perebutan lesen hak penyiaran kerana keuntungan yang bakal diperolehi dari Tetris. 

I tahu tentang filem Tetris arahan Jon S. Baird ni sebab lagu Hold On Tight – AESPA muncul dekat Spotify sebab dekat Malaysia tak heboh sangat pun. Mungkin sebab Apple TV+ memang tayang dekat Apple TV sahaja. Filem Tetris nampak macam heavy sebab genre biography menceritakan bagaimana permainan Tetris dicipta dan mendapat hak penyiaran ke seluruh dunia. 

Siapa tak pernah main permainan Tetris sepanjang hidup dia? Semua orang kenal permainan Tetris dan terjebak dengan Tetris Effect yang mula berlaku pada tahun 1994 padahal permainan ni mudah sangat untuk main tapi tak sangka langsung ada perebutan sampai melibatkan beberapa nyawa sebelum disiarkan secara rasmi kepada beberapa peranti permainan. 

Walaupun genre filem Tetris ni berat tapi olahan pengarah buatkan filem terlihat menarik dan menyeronokkan. Beberapa babak persaingan, kejar-mengejar antara Henk Rogers dan wakil dari syarikat-syarikat gergasi menghadirkan elemen thriller sekaligus buatkan kita tak senang duduk sampai ke hujung filem. Jadi teruja bila tahu nama-nama syarikat permainan yang terlibat dalam filem Tetris sebab I kenal syarikat yang terlibat. Filem Tetris juga bagi informasi tentang hak cipta, hak penyiaran atau royalti berfungsi untuk sesebuah idea yang dihasilkan. 

Lakonan Taron Egerton antara kekuatan filem Tetris sebab screentime dia mendominasi dan watak dia jadi penghubung untuk hampir kesemua watak yang dimasukkan. Screen presence dia pun kuat sampai kita tertunggu-tunggu apa next move dalam setiap konflik yang muncul. Kalau bukan sebab otak licik dan geliga sebagai marketing person, mungkin dia tak boleh nak survive dengan serangan dari Valentin. Taron betul-betul menghidupkan watak Henk Rogers dengan cemerlang dan tak hairan lah kalau dia tercalon dalam anugerah Pelakon Terbaik di 6th Hollywood Critics Association Midseason Film Awards.

Tak semua babak yang dimasukkan adalah yang sebenarnya terjadi dan boleh nampak lah ada elemen dramatik sengaja ditambahkan sebagai hiburan macam babak Henk dengan Alexey dikejar oleh Valentin ketika menuju ke lapangan terbang. Kalau ada okay, kalau tak ada babak tu pun tak apa sebab yang seronok untuk ditonton ialah legal dispute antara Henk dan wakil syarikat lain. At least, for me lah sebab filem ni bukan filem aksi. 

Tak pasti juga kehidupan masyarakat di Russia macam mana sebab dalam filem nampak ramai yang nak bebas dari pemerintahan Russia pada masa tu dalam babak Taron pergi underground party dengan Alexey. Cipta permainan pun sesuatu yang life threatening untuk rakyat di sana bila ada babak Alexey cuba seboleh mungkin untuk rahsiakan dari Valentin.  

Anyway, Tetris is a fun watch. Dekat bahagian credit filem Tetris boleh tengok real life Henk Rogers dan Alexey Pajitnov.

p/s: Taknak bagi markah penuh sebab lagu Hold On Tight tak masuk pun dalam filem ni. Produser guna instrumental version sahaja.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.