Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

Sunday 8 September 2024

Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sekali lagi menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh 9 anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024. Pencapaian cemerlang ini mengukuhkan reputasinya sebagai pelopor dalam menghasilkan kandungan menarik dan pelbagai yang memikat penonton di seluruh Asia.

Astro membawa pulang 3 anugerah Emas iaitu; INNOVATHON untuk Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik, Family Feud Malaysia untuk Adaptasi Format TV Terbaik (Tidak Berskrip) di Asia dan runut bunyi Ayuh, Polis Evo 3 untuk Lagu Original Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia. Selain itu, Astro merangkul 3 anugerah Perak dan 3 Gangsa. Senarai penuh kemenangan Astro adalah seperti di bawah:

Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik

▪ EMAS - INNOVATHON (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd)

▪ PERAK - Crush on You 2.0 (Astro Malaysia)

Adaptasi Format TV Terbaik (Tidak Berskrip) di Asia

▪ EMAS - Family Feud Malaysia (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd) Lagu Original Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia

▪ EMAS – Runut bunyi Ayuh, Polis Evo 3 (Astro Shaw & Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd)

Drama/ Siri Pendek Asia Terbaik

▪ PERAK - The Mosque Kiblatku (Astro Gempak)

▪ GANGSA - Hype Hafiz (Astro Gempak)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Program/Siri TV

▪ PERAK - Fiza Thomas sebagai Sara dalam “Mati Hidup Balik” (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd / All Asia Broadcast Center (Astro) & Zeel Production)

Program TV Kanak-kanak Terbaik Buatan Asia

▪ GANGSA - Didi & Friends Kembara Muzikal, Warnakala Studios Sdn. Bhd. & Astro Malaysia Berhad

Program Hiburan Fakta Terbaik Dihasilkan untuk Pasaran Asia Tunggal

▪ GANGSA - Travel with Mommy (Astro Malaysia)

Pencapaian mengagumkan ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi di seluruh Asia. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kongsi dan kolaborator kami atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam kejayaan kami ini. Sokongan mereka telah memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat tempatan dan memupuk industri untuk berkembang maju di Malaysia. Astro sentiasa melangkaui lebih jauh dalam menyampaikan kandungan inovatif yang menawan, memaklum dan memberi inspirasi.

Anugerah ContentAsia dimiliki dan dikendalikan oleh ContentAsia; platform maklumat berusia 18 tahun yang dipilih susun untuk menawarkan pandangan tentang persekitaran kandungan Asia. Anugerah ini dilancarkan pada 2020 untuk membina hubungan ContentAsia yang tiada tandingan dengan industri media serantau Asia, dan membawa kepakaran dan integriti jenamanya ke dalam ruang Anugerah Asia. Anugerah ini dinilai 100% oleh rakan industri yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman am dalam proses kandungan kreatif & penerbitan. Pemenang Anugerah ContentAsia 2024 telah diumumkan di Taipei pada 5 September 2024.

***********************************

Mengenai Astro

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.3 juta rumah atau 66% isi rumah TV Malaysia, 8,400 perusahaan, 17.0 juta pendengar mingguan merentasi Astro Radio (FM dan dalam talian) dan 15.6 juta pelawat ke jenama digital kami setiap bulan. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Hampir sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, Xuan dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.