Drama Review | Under the Skin (2022)

Tuesday 17 September 2024


Director: Xing Jian Jun
Writers: Wu Yao, Zhang Min, Jia Dong Yan
Cast: Tan Jian Ci, Jin Shi Jia, Baby Zhang, Zhu Jia Qi, Lu Yan Qi, Qin Hai Lu
Production Companies: Linmon Pictures
Distributor: iQiyi, Tencent Video
Genre: Crime / Thriller / Mystery
Running Episodes: 20 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 06 March 2022 – 16 March 2022
Trailer :


Pelukis muda bernama Shen Yi (Tan Jian Ci) menerima tawaran kerja sebagai sketch artist di Balai Polis Haicheng dan perlu bekerjasama dengan Inspektor Du Cheng (Jin Shi Jia). Di awal perkenalan mereka, ada saja tingkah laku Shen Yi yang nampak tak kena di mata Du Cheng kerana mereka mempunyai sejarah lama. 

5 tahun lepas ketika Detektif Lei Yi Fei menjadi undercover untuk operasi menangkap organisasi jenayah, tanpa sengaja Shen Yi telah mendedahkan identiti detektif tersebut melalui lukisannya. Shen Yi mempunyai kebolehan melukis rupa paras individu dengan hanya melihat beberapa titik penting pada wajah. Kerana kebolehan Shen Yi, Detektif Lei Yi Fei dibunuh oleh organisasi tersebut.


Inspektor Du Cheng syak Shen Yi juga terlibat dengan organisasi haram tersebut tapi tak ada bukti menunjukkan Shen Yi terlibat. Sebaik saja identiti Detektif Lei Yi Fei terdedah, Shen Yi juga diserang oleh organisasi tersebut lalu hilang ingatan akibat trauma. Dihurung rasa bersalah, Shen Yi cuba menebus dengan berbakti kepada masyarakat menerusi kebolehannya dalam seni lukisan juga serba sedikit membantu menyiasat kes pembunuhan detektif tersebut.

Naskhah Under The Skin menggunakan profesion sketch artist yang sentiasa menjadi watak extra dalam mana-mana naskhah bertemakan badan beruniform polis. Pertama kali tengok naskhah yang serlahkan kebolehan dan keupayaan pelukis membantu jabatan jenayah memberkas saspek berdasarkan ilmu seni yang dipelajari. Amazed bila tengok Shen Yi boleh lukis wajah saspek dari probability physical traits waris saspek macam dalam Episod 10. 


‘There’s a great difference between a sketch and real face. Just like the difference between a real coin and a coin in the water. Before the coin is taken out from water, what we see is just a mirage. We need time to get to the truth.’ – Shen Yi

Selain belajar ketika watak Shen Yi melakar wajah semasa bertugas sebagai polis, ada banyak juga ilmu kesenian yang dipaparkan dalam sesi kuliah Shen Yi sebagai tenaga pengajar di universiti. 


‘In the West many male artist would often paint the servant as a bystander because their main focus was on the beautiful Judith. But Artemisia Gentileschi was different. In her painting, the two women are allied, resisting the same evil force. In her eyes, women understand women. Women can protect women.’ – Shen Yi

Banyak juga fakta-fakta tentang forensik dimasukkan dari Inspektor Du Cheng dan beberapa watak lain supaya naskhah Under The Skin terlihat menarik dan informatif bila berlatarkan dunia polis jenayah. Tak banyak sangat babak aksi dalam drama terbitan Linmon Pictures sebab fokus pada Shen Yi yang banyak approach kes jenayah dengan cara yang lebih tenang dan memujuk. 


Dari cara Shen Yi dan Inspektor Du Cheng dah boleh nampak yang kedua-dua watak utama berbeza personaliti dan karakter tapi boleh bekerja bersama lepas selesaikan salah faham. Penulis tak biarkan kita pilih side dari awal sebab ada beberapa babak yang berteka-teki di antara dua watak tersebut. In fact, sampai ke hujung drama pun pilihan yang dibuat tu boleh berubah-ubah sebab kita masih dalam sesi mengenal watak-watak utama. Rasanya akan ada sekuel sebab ada beberapa rahsia dan persoalan yang masih belum terbongkar. 

Kekuatan drama Under The Skin bukan saja pada jalan cerita yang padu, mampan dan kreatif melalui kes-kes jenayah yang dimasukkan malah dinamik antara Tan Jian Ci dan Jin Shi Jia mengukuhkan alur cerita. Dari perbezaan mereka berdua, banyak benda yang berubah dalam hidup masing-masing. Penulis masukkan banyak momen supaya dua watak boleh serasi bekerja bersama secara natural sepanjang 20 episod tersebut. 


Memandangkan naskhah Under The Skin berkisar tentang dunia seni kreatif, sinematografi digarap dengan cemerlang lantas menghasilkan visual yang memukau sekaligus menghasilkan screenplay yang meninggalkan impak. 

Tak pasti lah Tan Jian Ci pandai melukis atau pun masuk bengkel untuk prep watak Shen Yi tapi gaya badan dia, lenggok tangan dan renungan mata dia menghidupkan lagi aura dan watak pelukis. Banyak juga method seni yang dimasukkan supaya kita tak bosan belajar. 


Penggunaan cahaya dan camera angle yang bersilih ganti antara close ups dan panorama juga memberikan impak pada beberapa babak. Yang pastinya, lagu tema naskhah Under the Skin dinyanyikan sendiri oleh Tan Jian Ci. Dah la kacak, pandai berlakon, pandai menyanyi pulak tu. Cumanya lagu tema dia ada vibe seram sebab nak match dengan montaj. 

Walaupun banyak positive side, tetap ada kekurangan lah bila misteri yang penulis masukkan di hujung drama tu mudah dijangka. Suntingan untuk beberapa babak pun mengganggu perkembangan watak dan cerita. Ada juga beberapa babak yang predictable tapi okay lah sebab both main leads served their best. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

2 comments

  1. Waah cuma 20 eps ❤️. Saya biasa jarang nonton dracin Krn eps nya mostly panjaaaang 🤣. Tapi kalo cuma 20, apalagi genrenya thriller, saya nak ❤️

    ReplyDelete
  2. best drama ni, plot pun agak fresh juga sebab jarang drama polis penyiasatan ni fokus pada forensic artis.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.