TV Show Review | Shining Solo Episode 2: HELLO 💎
Saturday 21 September 2024
Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Yoon Jaehyuk, Lee Ji Yeon, Seol Ji Won, Lee So Won
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date : 03 March 2024 – 05 May 2024
Video :
Bersambung dari aktiviti di Episod 1 di mana ahli TREASURE Team 1 dan peserta perempuan kumpulan pertama berkumpul di ruang tamu untuk membincangkan topik yang mereka dapat dari sebuah kotak harta karun.
Sesi perbincangan ni nampak santai juga lah sebab bukan aktiviti individu jadi Jaehyuk, Asahi dengan Haruto boleh bergantung dengan Jihoon dan Junkyu untuk rancakkan perbincangan. Miho, Yewon, Jiyeon dan Sowon pun rancak berbual masa perbincangan tu bagitahu apa yang mereka suka dan tak suka. Dari perbincangan tu masing-masing boleh take note untuk aktiviti seterusnya supaya boleh menang permata ungu dari peserta wanita.
Selesai sesi perbincangan, peserta wanita bergilir masuk ke dalam bilik untuk buat penilaian kepada siapa ditujukan permata ungu dan perakam suara. Ahli TREASURE pula tunggu di ruang tamu sampai sesi penilaian selesai. Bila dah habis, seorang demi seorang akan ambil masa untuk tengok oker masing-masing.
Berdebar juga nak tahu siapa yang akan dapat permata ungu paling banyak untuk sesi penilaian yang pertama walaupun high chance untuk Jihoon yang grab semua. Bak kata Haruto, siapa tahu akan ada keajaiban yang terjadi.
‘You didn’t talk much, and it seems like you have a nice voice, but I couldn’t hear much, which is a shame. I hope to hear more, and louder, tomorrow. You will let me hear it, right?’
Kesian juga lah bila tengok Jaehyuk menangis bagitahu Junkyu bila dia tak dapat permata ungu. Tak pasti lah kenapa dia terkesan sangat sebab dating show ni cuma variety show biasa je. Tak ada win or lose situation pun. I mean kalau dia tak dapat permata pun tak bermakna dia teruk sebab dia boleh belajar dari pengalaman di program ni. Mungkin dia takut kena judge sebab bagi persepsi yang buruk depan orang awam.
Tapi itu lah, dating show Shining Solo atau pun Single’s Inferno (2021) sampaikan mesej yang lelaki tak perlu jadi yang terpaling kacak atau macho pun untuk cairkan hati wanita. Kena jadi pendengar yang bagus, tak berat mulut nak menyembang dan ringan tulang.
Masa aktiviti memasak tu Jihoon tolong buang sampah dari sinki pun dah nampak sebagai seorang yang prihatin di mata Yewon. Bila Jihoon menyembang sambil memasak dekat sebelah Jiyeon pun dah buat dia rasa selesa dekat situ. Masa sesi perbincangan tu Junkyu tunjuk reaksi berminat dengan cerita semua orang pun dah boleh nampak menarik di mata Sowon. Small actions je tapi impak dia besar.
Masa tengok TREASURE pergi ke TREASURE Castle, ingatkan semua peserta tidur dekat situ ruipanya diorang ulang-alik dari dorm. Nama je TREASURE Castle tapi pinjam nama je, tak boleh menginap pun. I pulak yang penat tengok diorang ulang-alik sebab datang shooting awal pagi dan balik ke dorm tengah malam. Berapa lama sangat lah TREASURE dapat rehat masa ni.
Misi ketiga untuk Part 1 ialah aktiviti berpasangan di mana 5 aktiviti ditulis dalam 5 kad berasingan. Sekiranya ahli TREASURE pilih kad yang sama dengan apa yang peserta wanita nak, secara rasminya mereka akan keluar dating sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Seronok juga lah tengok aktiviti yang Junkyu, Yewon dan Jiyeon pilih sebab amusement park diorang pergi tu bukan theme park tapi perkampungan budaya. Dekat sana boleh sewa hanbok masa jalan-jalan dekat perkampungan tu. Dekat Melaka ada juga khidmat sewa kebaya Nyonya tapi tak pasti lah ada perkampungan budaya juga ke tak.
Sementara yang lain keluar buat aktiviti, yang tak terpilih buat aktiviti sendiri dekat TREASURE Castle. Walaupun dalam dating show anjuran production lain tapi TREASURE tetap TREASURE. Happy tengok TREASURE moment macam dekat dalam TREASURE Map. Lepas join Rakidol, skill memasak Jihoon semakin bagus sampai anak-anak dia happy bila makan masakan dia.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baca nama macam sorang pun tak kenal...hahaha...
ReplyDelete