TV Show Review | Shining Solo Episode 9: Be With Me💎

Sunday 22 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Choi Hyunsuk (Leader), Kanemoto Yoshinori, Park Jeongwoo, Kim Doyoung, So Junghwan, Lee Ha-yeul, Park Jisoo, Han Seung-ji, Jo Min-ji
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date: 03 March 2024 – 05 May 2024
Video: 


Lepas sesi penilaian kedua di Shining Solo Episod 8, semua peserta balik ke TREASURE CASTLE untuk aktiviti ketujuh iaitu Secret Date. Ada 3 kereta disediakan di kawasan luar dan peserta wanita perlu pilih kereta mana yang mereka nak naik.

Kereta 1: Hyunsuk
Kereta 2: Yoshi dan Doyoung
Kereta 3: Junghwan dan Jeongwoo


Kebarangkalian untuk ada kereta yang tak dipilih pun agak besar sebab pembahagian tu ada ahli TREASURE yang diorang suka dan tak selesa. Macam Ha-yeul suka Doyoung tapi tak selesa dengan Yoshi. Jeongwoo dengan Junghwan syak Min-ji takkan naik kereta 3 sebab tak selesa dari hari pertama lagi. 

‘I’m the one choosing but it felt like I was rejected so I quickly ran out and dashed to Car 3.’ – Min-ji


Comel lah Shining Solo Part 2 ni sebab walaupun pilihan diberi kepada peserta tapi sebab takdir ada jalan tersendiri, tetap cantik hasilnya. Beria Min-ji cakap tak selesa dengan Jeongwoo dan Junghwan kemudian nak kenal dengan Doyoung lebih rapat tapi sudahnya ended up together juga. 

Awkward juga masa Junghwan dengan Jeongwoo lupa profession Min-ji tapi kelakar bila tengok diorang bertiga main roller skating. Dalam Episod ni Junghwan handsome teruk macam pelakon K-drama, nak pula bila dia offer nak tolong Min-ji pakai kasut beroda dengan pad. Pemalu macam mana pun Junghwan tapi love language dia melalui perbuatan. Tak banyak cakap tapi dia banyak tolong Min-ji, sama macam Haruto banyak tolong So-won sepanjang Part 1. 


Kereta 2 pula bergerak menuju ke Sauna Arang. Mixed reactions untuk Kereta 2 sebab Doyoung suka sauna tapi Yoshi clueless macam mana nak score points dekat sauna. Ingatkan dekat sauna arang ni kena lepak dekat dalam bilik panas rupanya tak pun, konsep dia macam chill dekat situ sambil makan ubi keledek bakar, telur rebus dan minum air barli. Sebab Kereta 2 ada balance pair jadi tak ada rasa kekok sangat macam Kereta 3, sembang pun seronok je walaupun buka topik perakam suara. 

Kereta 1 paling bertuah sekali lah for me sebab I suka keluar date dekat restoran or café. Sambil makan, sambil sembang tanpa perlu risau dengan imej. Tempat pun selesa, makanan pun sedap. Dapat pula menyembang dengan orang yang kita nak sembang. 


Selesai sesi Secret Date, aktiviti kelapan menyusul dengan permainan Truth Game di mana lelaki akan tulis dua soalan untuk peserta wanita jawab. Sama juga dengan peserta wanita dapat tanya soalan secara rahsia kepada lelaki yang mereka suka. 

‘To Doyoung, If you had one more day to become Mr. TREASURE, what is your plan for the day?’

Soalan pertama pun dah buat yang lain tension, apatah lagi soalan-soalan yang lain sebab soalan diajukan secara rahsia jadi yang bertanya tu lebih berani. Seronok juga lah bila dengar soalan dan jawapan sepanjang sesi ni. Soalan yang Min-ji menarik perhatian lah sebab Min-ji akan pilih orang pertama yang muncul dekat fikiran dia sebagai Mr. TREASURE. 


Logik juga lah jawapan dia sebab tempoh masa dating show tu agak singkat bila dalam masa 4 hari yang padat dengan aktiviti, tak mungkin lah dapat kenal semua peserta lelaki dengan rapat dan mendalam. Tak sempat nak fikir sama ada sesuai atau pun tak dengan ciri-ciri lelaki idaman, apa yang peserta lelaki tunjuk, itu lah yang dia hadam dan itu juga lah yang akan jadi penentuan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.