TV Show Review | Shining Solo Episode 6: WONDERLAND 💎

Sunday 22 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Choi Hyunsuk (Leader), Kanemoto Yoshinori, Park Jeongwoo, Kim Doyoung, So Junghwan, Lee Ha-yeul, Park Jisoo, Han Seung-ji, Jo Min-ji
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date: 03 March 2024 – 05 May 2024
Video: 


Selesai Shining Solo Part 1, Episod 6 teruskan perjalanan dengan Team 2 TREASURE dengan aktiviti yang lebih menarik untuk mencari Mr. TREASURE. Masih lagi bertempat di TREASURE CASTLE, tempat TREASURE dan kumpulan peserta wanita bertemu dan buat penilaian menggunakan konsep yang sama seperti di Shining Solo Episod 1.

Walaupun Team 1 dah cerita pengalaman diorang kepada Team 2 tapi tak banyak pun yang diorang boleh ubah dalam masa terdekat. Cara terbaik adalah jadi diri sendiri dan belajar dari pengalaman. 


My prediction untuk Team 2 – Hyunsuk dengan Doyoung yang akan lead conversation di hari pertama sementara Yoshi, Jeongwoo dan Junghwan akan banyak mengangguk sebab diorang introverts dan pemalu. Sama macam trio Team 1 – Haruto, Asahi dan Jaehyuk yang struggle untuk dapatkan permata ungu di hari pertama, macam tu juga trio di Team 2. 

‘I feel like they were avoiding eye-contact when I looked at them so I thought, ‘Maybe they feel a bit uncomfortable’. – Lee Ha-yeul


Masa sesi perkenalan boleh nampak kebanyakan peserta wanita untuk Shining Solo Part 2 datang dari background seni. MBTI pun kebanyakannya I, sama macam majoriti ahli TREASURE so boleh predict lah peserta wanita akan interact dengan Hyunsuk dan Doyoung sebab segan nak start dengan ahli TREASURE yang lain. 

‘Hyunsuk reacted so well and thanks to him, I was able to relax.’ – Min-ji

Aktiviti pertama di TREASURE CASTLE ialah masak untuk makan malam jadi kesemua peserta Shining Solo dibahagikan kepada 3 tugas – beli barang memasak, memasak, mencuci. 


Disebabkan Junghwan dengan Yoshi tak pandai memasak, diorang voluntarily pergi supermarket dengan Ha-yeul dan sementara Min-ji, Hyunsuk, Jeongwoo dan Doyoung memasak di TREASURE CASTLE. Menu makan malam ialah gimbap, kimchi stew, daging grill dan nasi. 

Not bad lah untuk aktiviti pertama sebab yang introverts beranikan diri untuk berbual sepanjang aktiviti. Offer diri untuk membantu waktu memasak walaupun tak banyak kerja yang perlu buat. Time memasak lah paling senang nak cairkan hati perempuan sebab nak potong bahan tu yang paling renyah. Bila ada orang tolong prep bahan sebelum masak tu rasa lega sangat. Nasib baik lah AEON jenis memahami, tolong prep bahan memasak siap-siap tapi itu lah kita tak rajin nak pergi ke sana. 


‘He managed it hold it well but when trying to put it in the bowl, the garlic just flew off. He has that kind of clumsy charm. I thought he was smart and hard to approach, but that clumsiness made him seem more approachable.’ – Ha-yeul

Banyak juga benda boleh belajar tengok Shining Solo ni sebab orang tak kisah sangat pun dengan rupa yang penting ada personaliti bagus dan kemas. Observant, attentive and caring is such a huge point. Small talk macam Yoshi buat bila dia bagitahu pasal daging pun dah boleh buat semua orang happy sebab ada benda nak berborak daripada biar sesi memasak tu sunyi sepi macam Team 1. 


But I don’t blame Team 1 that much lah sebab trio dekat Team 1 dah share tips and advice dekat Team 2. Masa makan pun Yoshi dengan Jeongwoo start conversation dengan soalan basic macam main game ataupun hobi. Sangkaan I meleset lah sebab peserta wanita tak kerumun Hyunsuk dengan Doyoung semata tapi kenal dengan semua ahli TREASURE. Reaction I bila tengok Junghwan dengan Jeongwoo, sama macam reaction Hyunsuk. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.