Pelakon: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Indro Warkop, Ira Wibowo, Arifin Putra, Zsa Zsa Utari, Nadine Alexandra
Syarikat Produksi: Falcon Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 109 minit
Tarikh Tayangan: 7 Februari 2024 (Indonesia), 18 Julai 2024 (Netflix)
Trailer:
Adimas (Reza Rahadian) dan Adelia (Bunga Citra Lestari) berjaya menikah selepas Adimas berjaya ambil hati bapa Adelia, Idris Nurahman (Indro Warkop) yang tegas dan garang. Mereka kemudiannya berpindah ke rumah baru yang kecil tapi selesa dan dekat dengan pejabat. Kerana kos utility yang bertambah, Adimas pujuk Adelia supaya menunda rancangan untuk mempunyai anak sehingga mereka berdua betul-betul stabil dari segi kewangan.
Namun mereka sering mendapat tekanan dari keluarga dan rakan di pejabat apatah lagi selepas peristiwa terkantoi di bilik stor. Bila period Adelia terlambat dua minggu, mereka terburu-buru umumkan bakal menimang cahaya mata pertama. Sudahnya terjerat dengan tindakan sendiri apabila keputusannya negatif.
Sri Ningsih (Zsa Zsa Utari), pharmacist yang kepoh di kejiranan tersebut telah sampaikan berita hamil tersebut kepada Meka (Arifin Putra) yang bekerja satu pejabat dengan Adelia. Sudahnya berita hamil telah pun tersebar ke semua orang sampai Adelia jadi tertekan dan malu. Adelia pujuk Adimas untuk berterus-terang tentang keadaan sebenar tapi ditolak keras oleh Adimas gara-gara tak sanggup dibuli oleh mertua.
Naskhah Pasutri Gaje diadaptasikan dari webtoon dengan judul yang sama, hasil karya Annisa Nisfihani dan popular pada tahun 2016. Tema filem Pasutri Gaje arahan Fajar Bustomi bersifat dewasa jadi ada beberapa adegan yang tak sesuai ditonton oleh bawah umur. Tak lah sampai adegan ranjang cuma cringe sebab ada babak cosplay dari Adelia. Sama juga macam webtoon yang sarat dengan adegan dewasa.
Chemistry Reza Rahadian dan Bunga Citra Lestari tak perlu dipertikai lagi lepas kejayaan filem Habibie & Ainun (2012), My Stupid Boss (2016) dan My Stupid Boss 2 (2019). Tapi watak Adimas dan Adelia agak tak sesuai dilakonkan oleh Reza dan Bunga sebab masing-masing sudah berusia sedangkan dua watak utama ni berkahwin di usia muda. Watak Meka dengan Adelia pun comel sebagai teman rapat. Kelakar bila Meka tanya kenapa Adelia pakai baju Adimas Purnama pergi kerja.
Jalan cerita Pasutri Gaje tak sama sangat dengan webtoon macam kenapa Adimas ambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri. Watak Ares juga tak dimasukkan dalam filem. Babak komedi dihadirkan melalui watak Rani (Kiky Saputri) yang naksir dengan Adimas masa pertama kali berjumpa di pasaraya tempatnya bekerja.
Menyampah tengok watak Rani dan Ningsih sebab try hard sangat buat kelakar tapi terlihat cringe. Menyesal juga tengok filem ni masa makan sebab ada babak Sri Ningsih tanya pasal hingus dan tahi pelanggan yang datang ke farmasi. Ada beberapa babak yang sengaja dilebih-lebihkan supaya tampak kelakar padahal boleh settle dengan aman.
Sinematografi Pasutri Gaje banyak menggunakan kombinasi warna muda yang terang. Suka tengok rumah Adimas dan Adelia yang menggunakan warna biru sebagai warna utama. Wardrobe Adelia juga bertemakan colour pop, cutesy floral, sesuai dengan karakter Ade yang feminin.
Dalam beberapa babak juga pengarah menggunakan sketch dan animasi supaya visual terlihat lebih menarik, mungkin juga sebagai tribute kepada cerita asal yang datang dari webtoon.
Dalam filem Pasutri Gaje ada Majlis Belimbur sebagai aktiviti komuniti untuk mengeratkan silaturrahim komuniti setempat tapi tak difokuskan sangat walaupun idea majlis tersebut datang dari jabatan Adelia. Tak pastil ah memang diwajibkan pakai pakaian berwarna putih ataupun tema bebas sebab pelakon extra pakai putih tapi barisan pelakon utama dan sampingan bebas pula.
Filem Pasutri Gaje tak lah kuat sebagai naskhah romantik komedi dengan konflik yang tak seberapa tapi okay lah untuk tontonan santai.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.5/10
Alasan kenapa saya tak menonton film ini, Krn banyak yg mereview tak bagus. Katanya memang tak sesuai dengan pemain dan cerita asli Webtoon. Terlalu tua. Jadi rasa tak best dilihat.
Padahal yg main memang bagus, cuma kalo JD tak sesuai alur cerita, macam tak puas kan 😅
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Alasan kenapa saya tak menonton film ini, Krn banyak yg mereview tak bagus. Katanya memang tak sesuai dengan pemain dan cerita asli Webtoon. Terlalu tua. Jadi rasa tak best dilihat.
ReplyDeletePadahal yg main memang bagus, cuma kalo JD tak sesuai alur cerita, macam tak puas kan 😅