TV Show Review | Shining Solo Episode 10: THANK YOU💎

Sunday 22 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Choi Hyunsuk (Leader), Kanemoto Yoshinori, Park Jeongwoo, Kim Doyoung, So Junghwan, Lee Ha-yeul, Park Jisoo, Han Seung-ji, Jo Min-ji
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date: 03 March 2024 – 05 May 2024
Video: 


Hari terakhir untuk dating show Shining Solo dan hari terakhir juga untuk peserta Part 2 so sebagai penonton rasa macam tak puas sebab cepat sangat masa berjalan. Sama juga dengan peserta Shining Solo sebab program ni dah nak habis. Part 2 punya vibe berbeza dengan Part 1 sebab masa Part 1 rasa macam tensed dan nak cepat sangat habis tapi masuk Part 2 rasa seronok spend time sama-sama, banyak benda boleh belajar dan jadi memori. 

Aktiviti terakhir sebelum sesi penilaian adalah 10 minutes Talk, sama macam dalam Part 1 bila peserta wanita dan lelaki bergilir berbual with each other. Masa Yoshi berbual dengan Min-ji, baru tahu diorang ada Snack Time lepas Truth Game tapi SBS tak masukkan pun. Tahu pun sebab Yoshi belikan bandage untuk Min-ji sebab tangan dia melecur kena minyak panas. 


Seronok tengok conversation Junghwan dengan Ji-soo sebab diorang memang tertarik with each other dari hari pertama lagi. Bila Junghwan senyum sampai ke telinga, dah boleh agak Jisoo yang datang untuk berbual. Rasanya kalau Ji-soo pilih Kereta 3 masa Secret Date, mesti vibe dekat roller skating tu lagi seronok tapi pishang lah Jeongwoo sebab jadi Steeve. 

Pandai editor letak favourite pairing kedua sebab Ha-yul muncul untuk berbual selama 10 minit dengan Doyoung. Lama jugak lah tunggu interaction diorang sejak balik dari camping site tu. Finally dapat juga tengok flirty side Doyoung yang dia selalu tunjuk dekat Teume depan Ha-yul. Walaupun cringe tapi tu charming side Doyoung dari dulu. Nasib baik dia tak buat lawak hambar sepanjang Shining Solo sebab tu kelemahan terbesar dia. 


Tak sure kenapa editor pilih conversation Min-ye dengan Hyunsuk sebab I tertunggu-tunggu interaction Hyunsuk dengan Seung-ji atau Min-ji. Vibe Min-ye dengan Hyunsuk lebih kurang macam terhutang budi sebab baik dengan dia masa first day dia join dalam Shining Solo Episod 7. Bukan sweet moments macam pairing yang lain. Masa Yoshi berborak dengan Min-ji, boleh dengar suara Hyunsuk gelak kuat dekat belakang tapi tak tahu dia berbual dengan siapa. Kenapa tak letak yang tu?

Sama juga dengan Jeongwoo bila dia berbual dengan Min-ji sedangkan vibe diorang tak match sepanjang Shining Solo. Instead of making sweet moments to earn more points, sesi tu jadi kuliah atau seminar untuk Jeongwoo. Of course penilaian tu pada peserta wanita tapi tak bermakna peserta lelaki tak ada pandangan diorang sepanjang dating show tu. I don’t blame Min-ji but the editor. 


Bila tengok sesi perbualan Junghwan dengan Min-ye, teringat dating show Single’s Inferno Season 3 bila Min-woo berbunga dengan Si-eun tapi tenang bila spend time dengan Gyu-ri. Sama lah dengan Junghwan bila dia berbunga nampak Ji-soo tapi tenang bila spend time dengan Min-ye. Susah nak buat pilihan kalau konsepnya sama macam Single’s Inferno. Nasib baik peserta perempuan je yang pilih Mr. TREASURE dan besar kemungkinan, Junghwan akan dapat undi dari Ji-soo, Min-ye dan Min-ji. 

‘I am not just saying this. When I talk to you, I feel calm, you know? I realized that because I was talking so fast before, but as soon as I talked to you, I started calming down.’ – Junghwan


Sesi penilaian Part 2 a must watch sebab banyak kejutan yang tak disangka. I guess jadi kejutan sebab ada banyak footage yang disorok oleh SBS sebab tu susah nak jangka pilihan peserta wanita kecuali Ha-yul dengan Min-ye sebab dari awal lagi dah nampak diorang memang selesa dengan siapa. Dekat hujung video ada banyak gambar HD sepanjang Shining Solo tapi SBS peram. Tak seronok lah dating show under TV network ni sebab banyak betul benda kena peram.  

Anyway, thanks to SBS sebab sudi bekerjasama dengan TREASURE dan YG Entertainment untuk program dating show. Nampak macam lagha tapi banyak juga boleh belajar especially love language and communication skills. Okay TREASURE, I'm ready with songs that come out form this. 100? 1000? Bring it on!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.