MURAL GERGASI KELUANG MAN DIABADIKAN DI KLUANG JOHOR, JADI LOKASI IKONIK PENGGAMBARAN FILEM

Sunday 8 September 2024

Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filem iaitu di Kluang, Johor. Ia merupakan satu tanda penghargaan kepada Daerah Kluang, tempat kelahiran adiwira itu dalam versi filem, sekali gus menjadi salah satu tarikan terbaharu buat peminat. Mural ini juga bakal muncul di dalam filem live-action Keluang Man yang dinanti-nanti ramai. 

Sesi pelancaran diadakan di lokasi mural iaitu Laman Pesona, Kluang dan dihadiri oleh barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon, selain Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta Pengarah Anwari Ashraf. Turut menyaksikan momen bersejarah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid. Kehadiran mereka adalah untuk melengkapkan lukisan mural tersebut. 

Mural ini menampilkan visual karakter-karakter utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini dan Bebe iaitu kucing kesayangan Keluang Man. Tidak ketinggalan tin minuman ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ turut diabadikan dalam visual mural tersebut. Pastinya ini menjadi tarikan terbaharu di Kluang yang akan menarik minat pelancong dan peminat filem. 

Mural setinggi 3 tinggkat itu merupakan hasil lakaran artis grafiti terkenal Abdulrashade, dan mengambil 10 hari untuk disiapkan. Mural ini mendapat sokongan daripada pihak Majlis Perbandaran Kluang yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Daerah Kluang, Johor.

Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Keluang Man adalah lambang keberanian dan semangat superhero Malaysia, dan mural Keluang Man di Kluang ini adalah penghormatan kepada semua peminat dan komuniti yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Kami memilih lokasi Kluang untuk mengabadikan mural kerana Daerah ini memainkan peranan penting dalam penggambaran filem Keluang Man. Kami yakin inisiatif ini bukan sahaja akan menarik peminat Keluang Man dari seluruh negara, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasa lebih dekat dengan filem dan watak adiwira kebanggaan semua.”

Sebagai kolaborasi Keluang Man bersama Wonda Coffee, mural epik Keluang Man turut mempamerkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ kopi ala Kluang pertama yang disajikan dalam pakej RTD, untuk memberi penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang dihargai serta rasa asli kopi tempatan Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram menyatakan, “‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ bukan sekadar produk baru; ia adalah satu penghargaan terhadap warisan kaya Kluang. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menyatukan dua jenama ikonik Malaysia—KELUANG MAN dan Wonda Coffee. Kerjasama ini merupakan penghormatan kepada identiti Malaysia, dan kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang bermakna untuk para penonton.”.

Beliau menambah, “Keunggulan rasa Tongkat Ali dapat dinikmati dalam edisi khas ini. Ia melambangkan kekuatan dan ketahanan yang diwakili oleh KELUANG MAN dan pencinta kopi kami. Menjadi sebahagian daripada warisan Kluang, hari ini adalah detik yang penting bagi kami, sekaligus mengukuhkan komitmen kami untuk menghormati budaya unik Malaysia melalui karya seni Abdulrashade yang menakjubkan. Wonda Kopi Edisi Kluang’ menangkap keaslian dan hubungan mendalam yang dicari oleh pencinta kopi. Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan sahaja menggabungkan seni pembuatan filem dan pembuatan kopi, tetapi juga menceritakan kisah bermakna yang beresonansi dengan rakyat Malaysia di seluruh negara.”


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati Wahid menyifatkan pemilihan Kluang sebagai lokasi utama untuk membuat mural Keluang Man oleh Astro Shaw pasti menimbulkan perasaan gembira, bangga dan teruja selain ianya memberi satu reaksi positif untuk projek seperti ini. “Mural Keluang Man ini merupakan satu  pengiktirafan kepada Daerah Kluang yang merupakan daerah yang berada di tengah negeri Johor yang berupaya menjadi tarikan pengunjung datang ke sini.  Besarlah harapan saya agar dengan adanya graffiti ini, Kluang akan menjadi sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik.”

Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi. 

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga. 

Terdahulu, Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee telah melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita. Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan "Wonda Kopi Edisi Kluang", sila layari Facebook dan Instagram.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.