TV Show Review | Shining Solo Episode 3: COME TO ME💎

Saturday 21 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Yoon Jaehyuk, Lee Ji Yeon, Seol Ji Won, Lee So Won
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date : 03 March 2024 – 05 May 2024
Video : 


Bersambung dari aktiviti dating di Shining Solo Episod 2, sementara Junkyu, Ji-yeon dengan Yo-won pergi ke Korea Folk Village, Haruto dengan So-won dan Mi-ho luangkan masa bersama bermain boling. Masa aktiviti dating ni mungkin ada peluang untuk Haruto dapat penilaian bagus dari peserta wanita. Kalau jenis introvert macam Haruto memang tak mampu berinteraksi dengan bagus dalam large crowd. 

Bila ada dating show macam ni boleh lah fans kenal macam mana perangai bias masing-masing bila keluar dating. Strategi untuk promosikan idol group macam second generation dulu dalam We Got Married Cuma YG Entertainment pilih jalan selamat dengan cari peserta wanita yang bukan dari entertainment industry supaya tak ada fan war. 


‘Junkyu kept asking “Are you okay?” “Are you crying?” next to me. It was just because I can’t lift my head while going on rides. But he really looked out for me. From just being pure and bright, he seemed more mature and dependable today.’ – Ye-won

Sementara Junkyu dengan Haruto cari points dekat luar, Jihoon, Jaehyuk dengan Asahi dapat kejutan bila ada peserta wanita baru datang ke TREASURE CASTLE. Kelakar tengok Asahi terkejut sampai berjalan macam ketam sampai Jihoon datang selamatkan dia. Nasib baik ada Jihoon, kalau tinggal dia berdua dengan Jaehyuk, mungkin Hyun-seo duduk diam sampai yang lain balik. 


Bukan seorang je peserta baru tapi dua orang sampai Asahi dengan Jaehyuk buat kerja tunduk lantai. Geleng kepala Jihoon tengok perangai Asahi dengan Jaehyuk padahal dah berazam nak interact lebih lagi sampai boleh dpaat permata ungu. Nasib baik Ju-hee dengan Hyun-seo jenis extrovert jadi tak susah untuk carry on conversation sampai Jaehyuk dengan Asahi rasa selesa menyembang semeja. 

Suka sangat tengok personaliti Ju-hee sebab pandai menyembang dan bagi perhatian dekat orang lain macam Jihoon. Tak mustahil kalau Ju-hee dengan Jihoon boleh tertarik with each other. Hyun-seo pun jenis ramah dan tak mudah judge, berbeza sikit la vibe dia bawa dengan 4 peserta sebelum tu. 


Selesai aktiviti ketiga terus dapat aktiviti keempat bila TREASURE kena pilih menu makan malam dan peserta wanita akan pilih menu apa yang mereka nak makan. Mungkin ada yang akan pilih menu makanan tanpa memilih siapa empunya makanan. Mungkin juga tak kisah menu apa asalkan dapat makan dengan ahli TREASURE yang memang diorang aim lama nak spend time together. 

Sementara ahli TREASURE brainstorm menu apa yang akan tarik perhatian peserta wanita dan akan berpeluang raih permata, semua peserta wanita buat sesi tumpahkan teh tentang ahli TREASURE mana yang bersinar di mata masing-masing. 


Comel bila tengok Asahi terkejut sebab Ji-yeon nak makan pasta dengan dia. Happy jugak tengok finally Ji-yeon dapat spend time dengan Asahi sebab dari awal lagi dia berminat nak kenal dengan Asahi. Banyak persamaan Ji-yeon dengan Asahi bila diorang menyembang pasal life masing-masing. Comel masa Ji-yeon buat trend bang bang Osaka dengan Asahi sampai Asahi confess dia dah buat trend tu 500 kali. 

Jaehyuk tak sangka langsung menu Takoyaki dia pilih boleh tarik So-won dengan Ye-won tapi sebab dia malu, tak banyak pun dia sembang sangat. Nasib baik So-won mula berbual dulu sampai dia rasa kurang segan untuk berbual pasal penilaian pertama. 


‘I feel so bad, I want to apologize now. But there are so many cameras in here.’ – Jaehyuk

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.