TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 12

Wednesday 29 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Sang Sang-yi

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Sekarang ni nak tahu panel jemputan kacak ke tidak, tengok SoMi sisters pakai macam mana. Tapi kalau ikutkan dari The Sixth Sense Season 1 diorang semua dress up cantik kemain. Bak kata Jae-sok, tak pernah ada beza pun. SoMi Sisters adalah gelaran baru untuk Mijoo dengan So-min sebab diorang paling childish dekat set. Tapi masalahnya dekat set The Sixth Sense ni semua childish sama level je. Even Na-Ra yang dah 46 tahun pun sama naik je perangai dia cuma kadang-kadang dia behave sikit.

‘Information on who our guest is was leaked in advance. I can tell just by looking at So-min’s outfit. Not only that, she told Mijoo who the guest is.’ – Jae-sok

Panel jemputan untuk episod ni ialah Sang Sang-yi, seorang pelakon dan penyanyi dalam industri. Happy betul Sang-yeob bila kawan baik dia datang tambah pulak bila kawan dia kata terseksa benar Sang-yeob dalam variety show ni sebab asyik kena buli dengan panel tetap yang lain. Sepanjang episod ni tak berenggang langsung Sang-yeob dengan Sang-yi. Dah la nama hampir sama. Dia punya melekat dah serupa belangkas sampai Jessi geram boyfriend dia tak bagi perhatian dekat dia langsung. 

Tema untuk Episod 12 ialah “A feast for the eyes’ so kesemua restoran dalam episod ni menghidangkan makanan eksklusif. Restoran yang pertama ialah Korean fine dining restaurant yang dibuka sejak Disember 2019. Restoran ni menggabungkan interior klasik dan moden untuk tekankan kecantikan tradisi budaya Korea. Dkat restoran ni menghidangkan makanan Korea tapi lebih kepada plating yang unik dan jarang dijumpai. Sambil menghargai rasa menu yang dihidangkan, sambil menghargai kecantikan seni yang dipamerkan. 

Untuk setiap pakej ada 11 menu yang disediakan tapi untuk panel cuma ada 6 sahaja dihidangkan sebab nak jimat masa. Baru restoran pertama dah makan sampai 11 menu, macam mana nak judge lagi 2 restoran kan? Tengok diorang makan rasa tak puas tapi happy tengok plating semua menu sebab cantik. Kalau jadi panel rasa tak sampai hati nak hancurkan seni yang diorang buat. 

Restoran kedua ialah restoran makanan Cina yang terletak di Mapo-gu. Restoran ni agak tersorok lah sebab terletak di hujung food court di bahagian basement bangunan pejabat. Awal-awal lagi Sang-yeob dah bagitahu restoran ni real sebab dia pernah nampak dalam suratkhabar. Interior restoran ni memang moden dan mewah sebab premium chinese restaurant. Gambar-gambar chef yang memasak pun ada digantung di pintu hadapan. 

‘Sang-yi, you look enjoy eating all these food…would you join us for next week too? Just come see us’ – So-min

Time makan pun dia menyempat nak mengorat Sang-yi sementara tunggu main dish sampai. Terkejut Na-Ra tengok menu Special Chilled Salad sebab ada burung phoenix besar yang diukir dari lobak merah. Walaupun diorang terkejut tapi sempat lagi membahan bila nampak kaki phoenix tercabut sebelah. Menangis chef tu padahal dah pernah menang Michelin award. 

Tempat ketiga ialah 9 Days yang menghidangkan pencuci mulut di mana kebanyakan bahannya menggunakan sayur, buah-buahan, rempah dan bunga. Pemilik dessert bar ni cakap dia buat observation selama bekerja dalam food industry, pelanggan akan happy bila dapat makan desserts yang sedap sebab tu dia beralih ke perniagaan ni. 

Dekat bar ni ada 5 jenis pencuci mulut dalam satu hidangan tapi Mijoo rasa macam tak best jugak kalau semua hidangan tu adalah pencuci mulut. Tak rasa macam terlalu berat ke untuk makan pencuci mulut? Owner jawab soalan tu dengan explain pencuci mulut dia bukan kek ataupun roti, dia just guna buah-buahan jadi portion tu still ringan. 

Sang-yi macam susah nak terima konsep tu tambah pula bila dia tengok cuma chef perempuan sahaja yang explain sedangkan suami dia dekat sebelah macam tak tahu apa langsung. Sang-yeob pula ambil masa yang lama nak pilih restoran mana yang fake sampaikan Jessi dengan Jae-sok menjerit suruh cepat sikit. Penat yang lain tunggu dekat luar. Kali ni memang susah nak cari yang mana sebab masing-masing mahir dalam bidang rasa dan seni. Hebat lah art team cipta restoran mengikut tema kali ni. 

‘1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.