Kopi Saigon, Citarasa Vietnam

Tuesday 7 September 2021

Masa belek IG ternampak kawan update dia tengah sibuk kemas kedai baru dekat Sungai Buloh. Bila tengok kedai dia jual Kopi Saigon terus DM tanya dia jual kopi famous ni ke? Bila dia reply cakap ye terus dapat invitation ke sana. Kalau pergi beli dekat sana boleh dapat kopi free. 

Tapi semata nak keluar untuk beli kopi memang malas sebab masa tu baru je lengkap vaksin. Tak berani lagi nak keluar ke tempat sesak. Dah lama nak merasa Kopi Saigon ni sebab ada senior sekolah dulu cakap sedap. Tengok dekat IG pun ramai jugak yang promote kopi ni. Kopi Saigon Sungai Buloh ni belum masuk lagi dalam Foodpanda ataupun Grab sebab baru buka. Application dia ambil masa dalam 2 minggu macam tu. So I order guna Lalamove je. 

Nasib baik charge dari Sungai Buloh ke Subang Bestari tak lah mahal sangat dalam RM11 je. Alang-alang dah beli guna Lalamove, baik beli banyak sikit ye dak? Kopi Saigon yang menggunakan biji kopi dari Vietnam ni ada 7 jenis bancuhan. 

i. Kopi Saigon (Kopi + Susu Pekat)

ii. Kopi Hitam (Kopi + Gula)

iii. Kopi Cincau (Kopi + Susu Pekat + Cincau)

iv. Kopi Latte (Kopi + Susu Pekat + Extra Susu Segar)

v. Kopi Santan (Kopi + Susu Pekat + Santan)

vi. Kopi Mocha (Kopi + Susu Pekat + Koko)

vii. Kopi Yogurt (Kopi + Susu Pekat + Yogurt)

Kalau tengok pada poster ni Kopi Saigon, Kopi Kelapa dengan Kopi Mocha adalah bestseller. Nak merasa kopi kelapa tu macam tak berani sebab santan tu tak tau dimasak sampai mendidih ataupun bancuh dengan air supaya kurang pekat. Kalau bancuh tu bahaya dekat perut lah sebab jenis cepat kembung. 

Memandangkan baru stage nak mencuba, so I pilih Kopi Saigon, Kopi Mocha, Kopi Latte dengan Kopi Cincau. Bila order sampai, ada dapat satu extra Kopi Saigon, kawan I bagi free. Dia bungkus kopi tu pun rapi dan kuat. Sekuat ranger macan, ranger kuda jelapak merah. Ayat ni ayat admin Facebook Kopi Saigon ea, bukan I yang over tau. 

Personally for me memang tak boleh go dengan rasa Kopi Saigon sebab pekat sangat kopi Vietnam ni lepastu campuran dengan susu tin agak manis dekat tekak. Tapi antara 4 kopi tu, kopi cincau paling sedap. 

Kopi Saigon ni bau dan rasa dia macam ada esen kelapa atau minyak kelapa dara. Tak tau lah tu keunikan dia ataupun memang biji kopi vietnam ada esen tu. Bau dan rasa tu yang buat spoill mood. Nasib baik Kopi Mocha dengan Kopi Cincau agak pekat dengan campuran koko dan cincau so tak lah terasa sangat. 

Kopi Saigon ni ada cawangan lain juga dekat Taman Dato Harun, Puncak Alam, Taman Maluri, Greenwood Gombak, Jalan PJS2/2, Kg Melayu Subang, Pantai Dalam, Kg Baru KL. Masa I taip entry ni baru I tau wujudnya outlet dekat Kg Melayu Subang. Nasib baik lah nawaitu nak support member hahaha kbai

9 comments

  1. Rasanya pernah dengar tentang Kopi Saigon sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. Lamanya dah tak minum kopi. Teringin!

    ReplyDelete
  3. Harga dia affordable ilerrr. Bukan jenis yang cekik darah heehe

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak berapa ngam dengan kopi Saigon ni sebab agak strong. Kalau coffee lover sukalah. Baguslah support member, moga murah rezeki

    ReplyDelete
  5. Suka kopi pekat tapi manis kopi pekat tu macam tak boleh masuk gak. Kopi pekat tak manis sangat okay lagi lah.

    ReplyDelete
  6. Saya bukan peminat kopi tapi bila baca kopi + cincau tu,.hai buat tertanya tanya juga. Boleh ke gitu campur cincau...😀 Unik kan....

    ReplyDelete
  7. Akak pun kurang kena dengan Kopi Saigon ni sebab agak manis buat akak.

    ReplyDelete
  8. Wow.. Teruja pula nak rasa.. Tapi kalau manis sangat memang boleh potonglah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.