Fashion Files | Kiara Advani For Shershaah Promo Events

Thursday 30 September 2021


Sejak pandemik dah lama tak nampak Bollywood actress promote movie pakai baju tradisional so bila nampak Kiara Advani pakai cantik untuk promote terus rasa nak simpan dan share dekat sini. Dalam movie Shershaah (2021), Kiara lakonkan watak Dimple Cheema, tunang kepada Kapten Vikram Batra dan kebanyakan masanya watak Dimple pakai pakaian tradisional. 

1. Trailer Launch Event


Kiara tampil menawan dalam persalinan sari tenunan tangan berwarna putih gading dari koleksi Ethereal oleh butik Premya by Manishii. Tenunan bunga yang dihasilkan menggunakan manik untuk dapatkan effect timbul. Sari ni dipadankan bersama korset putih dengan base dan material yang keras supaya nampak terletak cantik pada si pemakai. 


Corak bunga yang sarat pada bahagian dada dan net digunakan di bahagian bawah. Kiara menggunakan stacked earrings dengan batu berwarna violet hasil rekaan Tyaani Jewellery by Karan Johar. Kiara antara actress yang terawal memperagakan koleksi hiasan barang kemas kepunyaan pengarah terkenal di Bollywood ni. 

Untuk melengkapkan gaya Kiara, stylist Savleen mendandan gaya soft curl dan makeup yang ringan dan ringkas untuk keselesaan pada trailer launch event tersebut. 

2. Tangerine Summer


Blazer berwarna oren terang dengan belt berwarna oren dipadankan bersama seluar panjang straight fitted dari butik Sonaakshi Raaj menampilkan aura sofistikated untuk promosi Shershaah. Personally for me, outfit Kiara nampak lebih menarik kalau belt yang digunakan berwarna emas ataupun pink supaya nampak match dengan strap heels yang digayakan. At least ada dua item berwarna yang boleh dipadankan bersama supaya tak nampak tenggelam. 

Aksesori rantai leher dan cincin emas dari Misho jewellery menaikkan seri Kiara dalam persalinan moden dan ranggi. Hairstyle ponytail sesuai digayakan bersama dan solekan tipis untuk serlahkan kecantikan asli Kiara. 

3. Stunning In White 


Kiara nampak anggun dengan evening gown dari Ralph Lauren yang mengikut bentuk tubuh lansing dan backless di bahagian belakang. Walaupun evening gown ni kosong sahaja tapi effect flowy di bahagian bawah tampak menarik dan mencuri tumpuan selain strap di bahagian leher. 

Kiara mengenakan dandanan ringkas dengan gaya rambut lepas bebas dan solekan tipis kecuali di bahagian mata sebagai pencuri tumpuan. Olea Pearl Grecian semi hoop earrings dan Multi Colored Crystal band ring dari butik Bansri Mehta Design memberi sentuhan eksklusif. 

4. Neon Floral


Pereka Torani memang terkenal dengan konsep color block dan sari organza berwarna hijau pucuk pisang dengan sulaman putih dari koleksi Angoori Maahi bel sari membuatkan Kiara tampak menawan dan segar. Bralette dengan floral printed berwarna merah jambu merupakan padanan warna yang sesuai dengan tapak berwarna neon terang. 

Padanan yang cantik bila aksesori terikat dengan warna utama pada sari tersebut sebab main outfit pun dah menyerlah jadi aksesori yang dipakai seimbangkan tona warna. Anting-anting berwarna emas dari Neeta Boochra Jewellery dan cincin dengan konsep tribal dari Abhilasha Jewelry. Sandal ringkas berwarna merah jambu pucat dari Aprajita Toor Footwear. Perfect!

5. Chic Twist


Baik dalam studio mahupun di luar, blazer coklat perang dengan ikatan kain sebagai tali pinggang menampakkan sisi vintage. Dipadankan bersama skirt pendek dengan warna yang sama dari Dalida Ayach. 

Padanan aksesori Hammered Finish Vintage Coin earrings dari butik Bansri Mehta Design dan perhiasan koleksi cincin emas dari Made With Preet menambahkan aura moden pada Kiara. Inisiatif bagus dari team stylist Kiara bila diorang guna aksesori handmade dari peniaga kecil. 

6. Monochrome Twirl


Lehenga monochrome tanpa dupatta dari butik JJ Valaya berwarna hitam putih dengan border tebal berwarna emas ni buatkan Kiara nampak tinggi. Kiara menggunakan set anting-anting Polki Jhumka berwarna biru gelap dari butik Uncuts - The Polki Story, bindi hitam dan gaya rambut braid untuk sentuhan tradisional. 

7. Polki Touch


Sari berwarna pink fuschia dengan bralette pink dan jalur hijau muda dari Punit Balana ni biasa je sebenarnya tapi nampak menyerlah pada Kiara disebabkan pilihan aksesori yang tepat bila stylist padankan dengan diamond polki necklace yang sarat dari Shri Paramani Jewels. 

Kalau dalam gambar close up boleh nampak cincin  dengan batu berwarna hijau turqoise dari Signature Jewellery yang sepadan dengan border bercorak di bahagian hujung sari. Sekali lagi Kiara menggunakan sandal ringkas berwarna coklat tanah dari Aprajita Toor Footwear untuk keselesaan. 

8. Lace Of Love


Sengaja masukkan outfit yang Kiara pakai untuk Femina cover sebab padanan outfit ni cantik walaupun jumpa yang half dan bukan clean dan full version. Gabungan yang kreatif bila stylist padankan jumpsuit putih dari Rat & Boa dengan inner lace dari butik Ayesha Depala. Material satin buatkan outfit ni nampak flowy dan lace beri sentuhan vintage dan feminin pada pakaian moden ni. Tambah pula bila lace ni berkonsepkan turtle neck so Kiara dah tak perlu pakai aksesori lain. 

Aksesori yang ringkas dari Shop Fasaana, nude makeup dan hairstyle small wave dengan ikatan longgar menjadikan gaya Kiara sempurna.

9. Lilac Vibe


Dress berwarna lilac dari butik Since 1988 ni sebenarnya ringkas je tapi disebabkan high slit di bahagian peha buatkan penampilan Kiara Advani tampak menawan, elegan dan feminin. Suka dengan details pada dress di bahagian hujung lengan dan drama bilowy pada bahagian lengan juga dada. Tambah menarik perhatian bila Kiara mendandan rambut dengan sleek ponytail. 

Beberapa aksesori berwarna emas dari Bansri Mehta Design dari koleksi Sideway Big Initial Pendant Necklace huruf K untuk Kiara, Bedazzle Flexi Bangle Bracelet dan Animal Head Bracelet Cuff sebagai pelengkap gaya. 

10. Flowy Floral


Dress bercorak bunga berwana putih dan biru muda ni adalah dress wajib pakai di waktu musim panas. Cutting berupa reben di bahagian belakang membawa kelainan pada si pemakai. Kiara padankan aksesori set bangle berwarna silver dari Abilasha Jewelry dan anting-anting bulat bersaiz besar dari Neeta Boochra - Silver Centre. Kalau Kiara buat rambut style semi-ponytail ataupun braid-bun supaya bahagian belakang tak terlindung mungkin lebih cantik. I mean the cutting was made for a reason kan?

11. Blushing Pink


Suka sangat dengan set Sharara tenunan tangan dari butik Ritika Mirchandani sebab dalam studio ataupun di luar, corak tenunan tu tetap menyerlah. Padanan warna yang lembut antara merah jambu cair dan silver. Memandangkan sharara tu dah sarat dengan corak tenunan, Kiara bijak memilih aksesori yang minimal dari Raf Fine Jewelry dengan anting-anting koleksi Silver Alizeh Earrings dari Tribe Amrapali. 

12. Sunshine Yellow


Untuk promosi Shershaah di The Kapil Sharma Show, Kiara mengenakan sepasang lehenga dari Fabiiana berwarna krim dengan dupatta berwarna kuning dihiasi dengan jalur berwarna putih. Bahagian border dupatta dihiasi dengan corak beralun berwarna silver. Suka dengan necklace ala choker berwarna silver dari Razwada Jewels sebab nampak sesuai dengan main outfit. 

13. Sequin Gold


I'm not really a fan for this sequin gold saree from Manish Malhotra. Warna saree ni nampak kelam bila dekat luar studio walaupun details dia cantik. Suka dengan juntaian anting-anting dari Signature Jewellery berwarna hijau lumut. Apart from saree, I pun dah bosan tengok gaya rambut Kiara yang kebanyakannya dibiarkan lepas bebas dan wave besar. 

Anyway, I suka kebanyakan looks dan outfit dari promotion events untuk movie Shershaah. Diet Sabya cakap Kiara Advani patut tukar stylist dia tapi I rasa fashion files dia not bad cuma perlu improve dari a few parts je especially her makeup. 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.