TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 13

Wednesday 29 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Key SHINEE

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Bila dah nak hujung season ni makin banyak pulak penaja munculkan diri. Tu tandanya Season 3 dah confirm, yeayyy! Sebenarnya tak confirm lagi pun tapi bau-bau tu dah ada. Breakfast untuk team The Sixth Sense dalam episod ni ditaja oleh Quiznos sebab tema episod ni ialah ‘Readers of Fate’ jadi panel kena la makan dulu sebelum bekerja. 

Panel jemputan kali ni ialah Key Shinee sebab dia nak debut solo album lepas berbelas tahun dalam industry. Happy Jessi bila kawan dia datang set. Walaupun diorang baru kenal masa dekat show Jessi tapi selesa berkawan sebab perangai lebih kurang je. Key pun jenis mulut laser macam Jessi. By the way, sembang pasal solo album Key, lagu Hate That ft Taeyeon tu best! 

‘There are two mysteries in the broadcasting world that I’ll never be able to solve. Why idols want to be funny and hy comedians want to sing.’ – Key

Tempat pertama ialah physiognomist bila dia membaca bentuk wajah individu untuk menilai karakter. Profesor tersebut bekerja di Cyber Hankuk University of Foreign Studies dan mula belajar tentang ilmu physiognomy pada usia 7 tahun. Dia boleh baca riak muka business partner ayah dia sbagai seorang yang penipu sekaligus menyelamatkan perniagaan ayah dia daripada mengalami kerugian. 

So-Min cakap muka physiognomist tu macam Santa Claus sebab dia ada janggut yang tebal. Jarang la nak tengok orang Korea bela janggut. Sebab utama physiognomist tu bela janggut sebab dia tak suka menyerlah dalam kelompok orang yang ramai tapi rasanya dia dah tarik tumpuan orang bila dia ada janggut macam tu. Macam fake pun ye jugak ni. 

Tempat kedua ialah Heo Myung Philosophy Hall di mana tempat ni pernah beri nasihat dan saranan berkenaan feng shui kepada dua orang bekas presiden negara Korea Selatan. Pertama ialah Presiden Kim Dae Jung bila Heo Myung Philosophy Hall bantu pilih rumah di Ilsan kemudiannya dia tercalon pada tahun berikutnya. 

Heo Myung Philosophy Hall menggunakan Yin-Yang dan 5 Elemen yang mewakili personality setiap individu. Untuk zaman sekarang professor banyak advice pembelian rumah ataupun interior mengikut feng shui di mana banyak bermain dengan warna dan lokasi sesuatu barang yang dimiliki. Macam laluan masuk ke dalam rumah lebih elok kalau bebas dari apa-apa barang. Kalau ada gambar pun lebih elok bergantung sebab energy dan rezeki lebih mudah masuk. 

Pakar ketiga ialah Si Hyun yang pakar dalam mengkaji nama seseorang sama ada nama tersebut akan bawa tuah atau sebaliknya. Nama tersebut tak semestinya hanya tertakluk kepada nama individu tapi boleh juga terhadap haiwan atau objek seperti syarikat, jenama, kumpulan dan sebagainya. Pakar nama akan kira berapa strokes dan trigrams dalam huruf Korea kemudian kira mengikut ilmu yang dia belajar. Bila tengok method dia macam teringat pulak zaman sekolah dok kira nama kita match tak dengan nama pakwe haha

Untuk tengok method nama ni, pakar pilih nama Na-Ra untuk dikaji tapi banyak yang macam bercanggah sampai panel lain yakin yang pakar nama ni palsu hasil rekaan team production The Sixth Sense. Key dengan Jessi dari awal sampai ke habis dok judge pakar nama tu tapi masa dekat voting booth dia tak tahu nak pilih yang mana satu so dia pilih random. Na-Ra dengan Key pun pilih random je sebab susah nak teka. Pening kalau tema selain makanan ni. 

 ‘1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.