TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 8

Monday 27 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kim Sung-cheol

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Dekat scene opening untuk episod 8 pun dah kelakar sebab Mijoo bawak iron gara-gara komen yang cakap pasal bang dia nampak kusut. Na-Ra pulak puji So-min makin cantik sebab dia dah turun berat tapi Jae-sok cakap sama je macam minggu lepas. Dia memang tak faham langsung kalau semua panel perempuan datang set lepastu puji memasing cantik sebab dia rasa sama je setiap minggu dekat set. 

Mijoo : Outside, people tell us we’re pretty

Jae-sok : So you think we’re inside right now? You think this is home?


Tema untuk episod ni mengenai pekerjaan yang unik tapi tak ramai yang tahu kewujudannya. Susah la panel nak teka yang mana satu palsu kali ni sebab kena bergantung dengan data dan fakta yang diberi. Kalau macam makanan boleh tengok banyak aspek. Kesian Sung-cheol tunggu lama dekat tangga sambil layan diorang punya menyembang. Dah la So-min cakap dia dah tengok drama Sweet Jam. Terkejut orang tu bila masa pulak dia berlakon dalam drama tajuk tu lepastu dia betulkan tajuk drama tu Sweet Home (2020). Sung-cheol excited dapat datang ke variety show The Sixth Sense sebab dia ada deria hidu yang tinggi macam anjing. 

Pekerjaan pertama ialah tteobokki expert yang terletak di bangunan besar yang kelihatan seperti Industrial Research Centre. Semua panel ingat diorang akan pergi ke restoran tapi rupanya pergi ke pejabat yang mempunyai beberapa display produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. So-Min syak tempat tu palsu sebab suasana dia macam akademi memasak. Na-Ra cakap syarikat tu palsu sebab interior dia sama macam syarikat game dalam The Sixth Sense Season 1.

Tteobokki expert ni cuma fokus untuk komersialkan produk mereka ke luar negara so office diorang lebih kepada percubaan untuk hasilkan rice cake yang sedap dan tahan lama dengan sos yang pelbagai. Dekat negara Korea ada institut ni je yang buat kajian dan penyelidikan untuk hasilkan tteokbokki yang sedap dan sudah pun beroperasi sejak 20 tahun. Masa panel try menu bar utu banyak komen yang diambil kira sebab researchers tengah try perbaiki. 

Pekerjaan kedua pula ialah mengumpul air kencing kuda di trek lumba kuda untuk uji kesihatan kuda selepas selesai perlumbaan. Sebelum panel berjumpa dengan pekerja tu, semua dibenarkan menonton perlumbaan kuda dengan data analisis yang disediakan oleh pihak penganjur mengenai kuda yang perform dalam beberapa perlumbaan. 

Macam susah nak percaya ada pekerjaan macam tu sebab ambil darah lagi mudah daripada kumpul air kencing kuda. Kuda pun susah nak kencing kalau dia tak bertenang so pekerja kena menyanyi ataupun bercakap supaya dia rasa selamat. Panel tak dapat tengok depan mata tapi tengok proses mengumpul air kencing tu melalui monitor yang diletakkan di luar kandang sahaja. 

Pekerjaan ketiga ialah team yang develop Escape Room di Korea. Escape Room pertama yang wujud di Korea adalah pada pertengahan tahun 2015 dengan pelbagai jenis tema dan konsep untuk menarik minat pemain. Selain dari mencipta escape rooms dengan variasi tahap kesukaran, pekerja di syarikat tu pun buat content review sebagai marketing. 

Kebetulan So-min memang suka main game Escape Rooms jadi bila CEO tu test diorang semua, dia la yang lead game ni sampai lah semua panel berjaya selesaikan. Kalau bab main game tak kisah lah game biasa ataupun baru confirm dia yang paling blur. Apatah lagi main escape room ni, dah nak habis main baru dia faham diorang kena selesaikan riddles dengan petunjuk yang ada dalam pejabat tu. 

Susah untuk panel pilih yang mana satu adalah rekaan team production sebab tema yang digunakan tapi bak kata Sang-yeob, ikut je gerak hati masa pilih di voting booth. Fuhhh!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.