Drama Review : Sweet Home (2020)

Monday, 21 December 2020

 

Director : Lee Eung-Bok

Writer : Kim Kan-Bi (webcomic), Hwang Young-Chan (webcomic), Heung So-Ri, Kim Hyung-Min, Park So-Ri

Cast :  Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Lee Do-Hyun, Go Min-si, Kim Nam-hee, Park Kyu-young, Kim Sang-ho

Production Company : Studio Dragon, Studio N

Distributor : Netflix

Genre : Horror / Mystery / Thriller

Running Episodes : 10 episodes

Release Date : 18 December, 2020

Trailer :

 

Selepas kematian semua ahli keluarga, Cha Hyun-Su (Song Kang) berpindah ke Green Mansion Apartment tapi kejadian aneh bermula selepas jiran sebelah datang minta bantuan kemudiannya bertukar menjadi raksasa. Tak semua bertukar menjadi raksasa yang sama, mungkin mengikut karakter semasa hidup sebagai manusia. Ada juga berubah menjadi raksasa labah-labah dan jel. 


Tak didedahkan punca dan bagaimana transition tu berlaku tapi yang pastinya setiap yang berjangkit akan mengalami symptom yang sama – hidung berdarah dengan banyak, perilaku berubah menjadi agresif dan akan mula berhalusinasi. Dalam keraguan dengan tindakan Kerajaan yang mengurung mereka di dalam bangunan masing-masing, untuk keluar dari bangunan tersebut juga seperti menempah maut bila kawasan tersebut dipenuhi dengan raksasa. 

Lee Eun-hyuk (Lee Do-hyun) cuba bertenang dan ambil alih menjaga semua yang terselamat termasuklah adik dia sendiri, Lee Eun-yoo (Go Min-si). Drama ni bergerak dengan berlatarbelakangkan dua bahagian. Bahagian pertama di bahagian ground floor yang dikawal oleh Eun-hyuk dan Seo Yi-kyeong (Lee Si-young), bekas ahli bomba dan juga special force. Manakala di bahagian atas pula ada watak-watak yang strong seperti Hyun-su, Pyeon Sang-wook (Lee Jin-wook), Yoon Ji-soo (Park Kyu-young), Jung Jae-heon (Kim Nam-hee) dan Han Du-sik (Kim Sang-ho). 

Masing-masing ada kelebihan dan strong factor untuk survive dalam monster attack ni sementara menunggu bantuan dari Kerajaan sampai. Sedangkan yang lain cuma bergantung harap kepada watak-watak ni ataupun memburukkan keadaan dengan jadi bodoh. Bila kita dah terbiasa dengan zombie, bila ada yang kena gigit mula la cuak tapi team production keluar dari format tu. Fresh idea tapi bila raksasa takkan mati jadi hmmm macam mana nak survive ni?

‘When someone is sure about keeping a promise when it’s hardly possible, there’s a good chance that’s a lie.’

Diadaptasikan dari webcomic berjudul Sweet Home karya Kim Carnby dan Hwang Young-chan, Kim Seol-jin berjaya menghidupkan dunia dipenuhi dengan raksasa. Visual effects, transition yang menarik, grading tone sesuai dengan mood cerita dan vfx yang nampak hidup antara kekuatan drama Sweet Home di bawah terbitan Netflix. Sinematografi dia cantik dah macam anime world dah. Backround music dari Gaemi menambahkan elemen saspen dan misteri tentang kejadian aneh di Korea Selatan ni.

 

Lepas Love Alarm (2019), Song Kang berlakon pula dalam drama Sweet Home sebagai main lead. Watak pun lebih kurang, stok yang pendiam dan express melalui pandangan mata kebanyakan scene. Sedih bila penduduk apartment tu gunakan dia sebagai senjata tapi lagi sedih bila Du-sik peluk dan tenangkan dia dalam episod 10. Scene dia dengan Eun-yoo pun comel and both of them berlakon dalam Love Alarm jugak cuma bukan as couple. 

Watak Lee Si-young padu jugak dalam drama ni bila dia antara yang kuat bertarung dengan monsters, deal dengan military dengan keadaan dia macam tu. Masa dia pakai winter coat nampak macam innocent je tapi bila dia pakai sportswear perghhh body mantap gila. Energy sama level je dengan Lee Jin-wook. Puas sangat bila tengok scene dia bunuh semua manusia yang lebih mengerikan daripada monster. 

Hakikatnya movie ni lebih menonjolkan sisi gelap manusia bila dalam keadaan genting macam ni. I think around episode 5 kot diorang akan reveal macam mana dan kenapa mereka berubah dari manusia kepada monster. Kuncinya, kena tenang macam Jae-hoon. 

‘We live as human, die also as human.’

Tak pasti bila Season 2 akan keluar sebab Netflix ni sejenis jugak kalau buat drama suka biar fans tunggu lama macam Love Alarm dengan Vagabond. Untuk drama dengan heavy vfx macam Sweet Home ni tak tahu lah bila pulak nak munculnya. Mungkin 5 tahun lagi….

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

5 comments

  1. Ada tengok gak tp sbb akak tgk mcm ada zombie dan scary xjadi nak temgok walaupun pelakon yg akak suka, akak ni xminat movie yg zombie2 or rasaksa banyak2 gini ngeri hahahaj

    ReplyDelete
  2. Yeah!! Dah keluar dah.. Tak sabar nak tengok.. Komik dia tak habis lagi baca..

    ReplyDelete
  3. ini klu dia buat hal mcm cerita kingdom, boleh marah la.. season 1 2018 season 2 2020 hahah

    ReplyDelete
  4. adoi struggle tau nak habiskan satu episode sebab takut tengok monster dia tu. ini kes lagi seram daripada hantu..hahaha

    ReplyDelete
  5. Masuk list kat netflix nanti boleh layan hihihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.