Movie Review : Perempuan Tanah Jahanam

Pengarah : Joko Anwar

Penulis Skrip : Joko Anwar

Pelakon : Tara Basro, Marissa Anita, Christine Hakim, Asmara Abigail, Ario Bayu

Syarikat Produksi :  Rapi Films, Base Entertainment, CJ Entertainment, Ivanhoe Pictures

Pengedar : Shudder

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  107 minit

Tarikh Tayangan : 17 Oktober 2019 

Trailer :

Movie bermula dengan perbualan Maya (Tara Basro) dan kawan baiknya, Dini (Marissa Anita) yang bekerja di pondok toll pada shif malam. Maya bercerita tentang lelaki creepy pada malam semalam memandang dia dengan aneh. Dini nasihatkan supaya pandang tangan sahaja tapi Maya geli dengan tangan lelaki tu sebab kotor. Seusai habis bercerita, lelaki tersebut muncul tapi kali ni lebih agresif. 

Dini membantu dengan memanggil pegawai bertugas supaya selamatkan Maya. Lelaki tersebut bertanyakan Maya tentang Rahayu. Kemudiannya dia pergi ke kereta dan keluarkan parang. Nasib Maya baik bila polis sempat datang dan selamatkan dia. Tapi siapa Rahayu? Apa kaitan Maya dengan Rahayu. 

Maya dapat tahu dari makcik dia yang dia adalah Rahayu semasa kecil tapi selepas ibu bapanya meninggal dunia, makcik dia bawa datang ke kota dan tukar nama kepada Maya. Cuma ada satu-satunya gambar berlatarbelakangkan rumah pusaka mereka yang besar di Harjosari, Mandiraja. Selepas tragedi diserang lelaki berparang tersebut, Maya dan Dini buka butik tapi ada masalah kewangan. Maya suggest untuk jual rumah pusaka dia. 

Mereka berdua pergi ke rumah tersebut tapi penduduk kampung agak aneh dan sepi. Semua memandang dengan pandangan tajam. Baru dua hari mereka di situ, sudah ada dua kematian. Maya dengan Dini minta izin untuk berjumpa dengan Ki Saptadi (Ario Bayu) untuk bertanyakan perihal rumah pusaka tersebut. Tapi Dini yang mula ambil kesempatan mengaku diri dia sebagai Rahayu akhirnya dibunuh dengan kejam. Darahnya dikumpul, kulitnya pula disiat dan dikeringkan kemudiannya dijadikan patung wayang kulit. 

Maya yang keluar mencari makanan berjumpa dengan Ratih (Asmara Abigail) kemudiannya bercerita tentang kampung dan bagaimana sumpahan bermula. Maya dapat tahu yang lelaki creepy di toll booth rupanya suami Ratih. Apa nasib Maya dan kenapa penduduk kampung mahu Rahayu mati kena tengok sendiri movie Indonesia yang dipilih untuk dihantar ke Oscar tahun ni. 

Walaupun penceritaan Perempuan Tanah Jahanam menggunakan template yang sama dengan movie seram yang lain tapi idea fresh dengan suntingan yang menarik. Menggambarkan juga bagaimana manusia sewenangnya menurut kata ketua tanpa berfikir dengan waras sampai sanggup membunuh tanpa belas. Movie Joko Anwar ni tak lah seseram Pengabdi Setan tapi lebih kepada thrill atau saspen bila Maya cuba lari dari roh yang mengganggu ataupun penduduk kampung. Hantu yang muncul pun tak seram. Mungkin sebab kelemahan CGI.

Penduduk di Harjosari ni suka dengan wayang kulit dan hiburan tradisional ni makin lama makin ditelan zaman so it’s a nice thing to watch dalam movie zaman sekarang supaya warisan tak dilupakan. Kostum zaman tu pun cantik dengan beberapa props yang digunakan. Tak didedahkan tahun bila mungkin around 80’s atau 90’s. Music score pun menarik sebab guna runut bunyi lagu-lagu lama. 

Perempuan Tanah Jahanam ni bagus dari sutradaranya, lakonan, visual, tone, dialog, music score tapi ada beberapa loopholes bila Joko Anwar letak scene lelaki tanpa kulit di dalam hutan tanpa sebarang cerita atau dikembangkan lebih lagi. Penduduk di situ pun tak rasa nak keluar ke lepas sumpahan tu berlaku? Kenapa nak try ada anak lagi kalau semua pun kesudahannya mati? Tak tahu kenapa letak scene Maya berjumpa dengan pensyarah tua sebab habis dekat situ je. Dari mana suami Ratih tahu pasal Maya sebenarnya Rahayu pun masih menjadi persoalan besar.Ada juga beberapa scene serlahkan kebodohan Maya, entah untuk apa. 

Ending agak mengecewakan tapi justified lah kot sebab malu dengan keluarga sendiri. Tapi scene setahun selepasnya tu boleh dijadikan signal kepada penduduk kampung supaya tutup dan keluar dari tanah jahanam tu. Tak berkembang sampai sudah gamaknya nanti. Thanks to Ical Tanjung for his great cinematography. Tahniah Joko Anwar dan team dapat hantar karya mereka ke Oscar. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

20 comments

  1. i suka filem2 joko anwar! putting this in the list!

    ReplyDelete
  2. dah lama tak layan movie indonesia. cite ni menarik gak untuk tengok. tapi saya suka kisah2 nyata pembunuhan bersiri hehe

    ReplyDelete
  3. hari tu tengok trailer die nampak best. suka layan citer2 horror dari indonesia ni. lebih real..

    ReplyDelete
  4. pernah tengok filem ni. kejam, seram dan menakutkan! eeee serius suspen gila kot time tu sapa yang laayan joko anwar wajb tgok

    ReplyDelete
  5. ohh my...I dont think I will be brave to watch this, I scard after watch...I dont dare to sleep then. hee...hee....cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Meremang bab dia siat kulit jdkan wayang kulit tu. Seriau terus rasa. Haha. Boleh masuk list to watch ni.

    ReplyDelete
  7. Baca awal macam best.. Mesti ada kaitan.. Tapi bila ending buat terntany2 tu yang tak best tu.. Huhuhu

    ReplyDelete
  8. Nampak gambar macam seram. Tak berapa suka sangat cerita seram sebab kita penakit. Tapi kena try tengok juga la macam best

    ReplyDelete
  9. Filem Joko ni memang tak pernah mengecewakan... Tak sure dah tengok belum filem ni..

    ReplyDelete
  10. alaaa seram pulak tapi tengok nama pelakon ada chritine hakim , mesti best tapi tulah saya ni tak berapa berani nak tengok cerita genre camni..takut teringat ingat dan terbawa bawa sampai dalam mimpi .....

    ReplyDelete
  11. Ish seram la nak tengok cerita ni sorang2. Kalau tgk horror biasanya ajak member2 buat sleepover.

    ReplyDelete
  12. macam best nya baca, mesti nak pi tengok ni. Akak memang pebret citer horror movie pastu ketakutan sendiri nak tido malam haha

    Cara Nak Target Audience diFacebook

    ReplyDelete
  13. Mcm menarik pula cerita ni.. tapi rs mcm dah tgk bila baca ending dia..suka dengan sutradara ni

    ReplyDelete
  14. Alamak nampak best la cte ni..dah la kte suka genre cte seram2 camni..ok nak carik la ekeke thanks tau share

    ReplyDelete
  15. Tengok gambar-gambar yang Farhana share ini pun nampak cantik sangat visual dia.. Tapi sebab seram kita hold lah dulu.. kot ada keberanian nanti boleh cuba tengok.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. uish dah lama tak layan movie seram biasa kalau indonesia punya ni seram gila diorang punya filem

    ReplyDelete
  17. lama tak layan cite seram indon. nak tengok tapi takut, kena ada peneman. haha!

    ReplyDelete
  18. Movie Perempuan Tanah Jahanam tak pernah dengar..ouh bukan Malaysia punya ya..indonesia rupanya..Seram pulak bila baca...ni kalau nak tengok mesti ada teman ni :D

    ReplyDelete
  19. Ishh tajuk dia scary... hehehe... movie Indonesia horror jarang tengok sorang2 ahahaha... seram. Sebenarnya kalau horror tak kisahlah Indonesia ke hollywood ke bollywood ke, memang tak tengok sendirian. Tapi, kalau dah tengok cerita macam ni,tiba tiba ending dia tak best rasa nyesal tak sudah...

    ReplyDelete
  20. Baru baca ni baru tau ni, terus cakap kat anak cuba bukak dan temgok.. jap lagi nak tengok hehehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.