Movie Review : NH10 (2015)

Monday 21 December 2020

Director : Navdeep Singh

Writer : Sudip Sharma

Cast : Anushka Sharma, Neil Bhoopalam, Darshan Kumar, Deepti Naval, Kanchan Sharma, Ravi Jhankal, Sushil Tyagi, Ravi Beniwal

Production Company : Phantom Films, Clean Slate Filmz

Distributor : Eros International

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 115 minutes

Release Date : 13 March 2015

Trailer :

Perkahwinan terhalang disebabkan berbeza kasta ni bukan sesuatu yang baru di India dan isu ni masih lagi menebal di kawasan luar bandar sehingga sanggup membunuh untuk jaga nama sepertimana yang ditonjolkan dalam movie NH10 di bawah production house Phantom Films dan Clean Slate Filmz. NH10 ditayangkan di Beijing International Film Festival. 

Clean Slate Filmz adalah production house milik Anushka Sharma sendiri dan debut dengan movie horror thriller, NH10. Bukan sahaja production house yang dapat perhatian ramai tapi watak Anushka sebagai Meera juga mencuri tumpuan sebab sebelum ni Anushka cuma berlakon sebagai bubbly girl. Tapi di bawah production house sendiri dia dapat bereksperimentasi dengan bakat lakonan dia. Sama seperti yang John Abraham buat bila geram asyik dapat watak biasa. 

Bekerjasama dengan Anurag Kashyap sebagai producer yang memang terkenal dengan movie indie dan thriller seperti franchise gempak Gang Of Wasseypur dan juga pengarah Navdeep Singh yang keluar dari template tipikal Bollywood selepas kejayaan Manorama Six Feet Under (2007). Awalnya Anushka busy dengan movie lain tapi lepas bekerja dengan Anurag untuk movie Bombay Velvet, dia setuju dan jadi producer terus memandangkan movie ni belum dapat dana. 

Kisah bermula bila Meera dan suami dia, Arjun (Neil Bhoopalam) jadi saksi kepada pergaduhan bila Satbir (Darshan Kumar) dan kawan-kawan dia seret Pinky (Kanchan Sharma) dan kekasih dia, Mukesh ke dalam jeep kemudiannya pergi ke hutan. Ego Arjun tercalar bila ditampar oleh Satbir kemudiannya tunjuk hero untuk kacau kerja pembunuhan mereka. Sudahnya dia yang menggigil ketakutan bila nampak Pinky dan Mukesh dibunuh dengan kejam. 

Dalam pergelutan untuk cuba selamatkan diri, Arjun tertembak Chote (Ravi Beniwal) lantas menaikkan kemarahan Omi dan yang lain. Kemudian Meera pula terpaksa tembak salah seorang dari mereka bila Arjun ditikam di kaki. Sementara Arjun menyorok di bawah rel keretapi, Meera pergi ke kampung terdekat untuk cari bantuan. 

First half memang geram dengan tindakan bodoh Arjun acah berani sangat nak masuk campur hal orang. Just because dia ada berkawan dengan IGP Delhi dan ada pistol dalam kereta, tak semestinya dia boleh tunjuk hebat. Dia masuk tempat orang kot. Well the least he can do is call the police. Tapi kalau bukan sebab kebodohan dia, tak jadi la cerita kan? Of course movie ni saspen tapi bila director letak keputusan di tangan Arjun je jadi menyampah sebab suka buat keputusan bodoh macam tembak kereta. Siapa yang bazirkan peluru dengan tembak kereta? Tembak la orang! 

Tahun 2014 Darshan Kumar debut dengan movie Mary Kom dan memegang watak suami kepada Mary yang sweet, supportive dan penyayang tapi dalam movie NH10 berubah sebaliknya. Ngeri sangat bila dia pukul adik dia separuh mati dan bagi makan racun hanya semata bercinta dengan lelaki berbeza kasta. Sampai menang award dekat IIFA untuk kategori Best Performance in a Negative Role. 

‘Sometimes you just do what you have to do...’ – Ammaji (Deepti Naval)

Music score dari komposer duo, Sanjeev-Darshan menghidupkan elemen dark, gloomy, saspen dan thriller. Kebanyakan lagu diletak seiring dengan cerita tapi lagu Chhil Gaye Naina nyanyian Kanika Kapoor hanya untuk promo events. Sepatutnya letak lagu tu masa scene Meera nak serang Sarbit. Baru rasa puas dan excited. One of my fav song of all time. 

Disebabkan movie NH10 ni, nama Anushka bukan lagi sebagai heroin dengan muka cantik tapi berbakat besar juga. Movie thriller ni tinggalkan impak yang mendalam and one of the best thriller in Bollywood. Tahun 2018, movie Telugu buat remake dari NH10. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

15 comments

  1. Hahaha, Kak Su baca review aja dah rasa geram ngan kebodohan si Arjun tu. Kalau duk nonton agaknya mau mencarut ni huhu
    Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

    ReplyDelete
  2. disebabkan movie ni ka nama dia naik sbb bakat? ok this is a new information ! i nak tgk juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesssss! Sebagai actress & producer. Movie under production house dia semuanya rare & berkualiti

      Delete
  3. Saya memang jarang tengok cerita thriller sebab nervous 😂 ehhh, tapi geram pulak dengan Arjun tu bila baca review ni

    ReplyDelete
  4. i x kenal pelakon pelakon kat sini..tapi jalan cerita thriller hindustan jarang mengecewakan...

    ReplyDelete
  5. Rasanya saya belum pernah lagi tengok filem Hindi yang bergenre thriller. Selalunya komedi romantik atau kisah cinta antara dua darjat (tapi tema ni pun ada juga dalam filem ni, ya).

    ReplyDelete
  6. Suka tengok citer thriller macam ni tapi tak pernah lagi tengok bollywood thriller. Perjalanan cerita macam best

    ReplyDelete
  7. Bestnya movie ni. Marsha kena cari ni. Memang fav cerita macam ni

    ReplyDelete
  8. Wah baca review je dah nampak menarik jalan cerita filem ni. Lain dari lain, nanti nak pergi cari juga cerita ni

    ReplyDelete
  9. Baca review jer dah buat me berkobar kobar nak tengok filem ni bah.. macam thrill giler jer jalan cerita filem ni...

    ReplyDelete
  10. Thank you sebab buat review pasal movie ini. Saya memang suka sangat tonton thriller. Nak add dalam watch list

    ReplyDelete
  11. Tapi kan, memanh banyak filem mereka tembak kereta dari tembak orang hahahaha.. bazir peluru je kann.. eh nak tengoklah nanti.. geram plak baca..

    ReplyDelete
  12. thanks for this comprehensive and fun movie review. definitely going to add this onto my to-watch list now :)

    ReplyDelete
  13. Ok nak cari la cte ni sebab baca jalan cerita dia mmg best! Kisah perkahwinan lain kasta pastu terjadi mcm2 adegan mmg kena tgk!

    ReplyDelete
  14. Okay akak nak tengok. Review dari sis tak pernah mengecewakan! Suka filem camni. Hahaha. Terus akak skip episode cerita Korea. Haha.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.