Movie Review : AK vs AK

Director : Vikramaditya Motwane

Writer : Avinash Sampath

Cast : Anil Kapoor, Anurag Kashyap, Sonam Kapoor, Harshvardhan Kapoor, Yogita Bihani

Production Company : Andolan Films

Distributor : Netflix

Genre : Black Comedy / Thriller

Running Time : 107 minutes

Release Date : 24 December 2020

Trailer :

Dah lama tunggu movie ni keluar tapi disebabkan covid-19, terpaksa tangguhkan tayangan but it’s finally arrived on Netflix!! Marketing strategy untuk movie ni pun brilliant bila ada social media banter between Anil Kapoor and Anurag Kashyap on their real twitter account. Dekat billboard pun ada ayat perli dari The Timeless Lakhan (Anil Kapoor) dan Anurag. Youtube pula ada diss track untuk Anil Kapoor dari AIB geng. 


Movie ni guna teknik real footage dari satu camera yang digunakan oleh Yogita, assistant director kepada Anurag untuk rakam semua yang terjadi dalam satu malam. Kisah bermula bila Anurag Kashyap, director dan producer yang famous di Bollywood sebab produce movie-movie indie berjumpa dengan pelakon terkenal Bollywood, Anil Kapoor di forum Mumbai Academy of Moving Image (MAMI). 

Masa forum tu masing-masing bertelagah tentang siapa lagi bagus, adakah Anurag Kashyap (AK) si pengarah filem ataupun Anil Kapoor (AK) si pelakon yang menjayakan sesebuah movie. Walaupun Anil Kapoor cuba untuk cool it down dengan bagi jawapan diplomatic tapi Anurag tetap provoke sampai simbah air ke muka Anil. Anurag memang terkenal dengan perangai abusive dia so director Vikramaditya Motwane gunakan sifat tu untuk watak fiksyen di dalam movie. 

Sebelum ni netizen call out perangai bitter dia sebab cakap buruk pasal mendiang Sushant just because reject offer dia untuk berlakon dalam movie Hasee Toh Phasee so dalam movie ni penulis Avinash Sampath guna point yang sama bila Anurag bitter dengan Anil sebab tak berlakon dalam movie Allwyn Kallicharan, dark thriller film dan movie Grant Hotel. Back in the days, Anurag salahkan Anil Kapoor sebab taknak berlakon dalam dua filem ni sampai project dia shelved. 

I’m glad director did that supaya movie tampak nyata lagipun siapa je lah tak kenal perangai dua persona di industri Bollywood ni. Nice jugak sebab buat watak Harshvardhan sama macam in real life. Bodoh alang especially scene dia tanya Anil kenapa text dia sedangkan duduk semeja. Sayang betul Arjun Kapoor, Rhea Kapoor, Janhvi Kapoor dengan Khushi dah balik. Dah excited dah masa Boney bagitahu diorang ada datang. 

Harshvardhan siap perli movie Bhavesh Joshi lagi sebab flop macam Deadpool perli Green Lantern. But no worries since AK vs AK dengan Bhavesh Joshi dari pengarah yang sama. Sonam tak dapat banyak scene pun dalam movie ni sebab dia cuma muncul untuk beberapa scene dan tak bercakap pun. Patutnya bagi la dialog merayu menangis suruh ayah dia datang selamatkan. Baru la terasa anxious dan panic. By the way, even Anand Ahuja, husband Sonam just buat cameo through phone calls je but he did great.

Walaupun kantoi acting je disebabkan scene Anurag tunjuk phone Sonam masa Anil call tu keluar ‘Papa’ instead of ‘Anil Kapoor’ sebab Sonam save nama ayah dia Anil tapi lakonan Anil mantap habis sampai terasa cuak bila tinggal beberapa jam je lagi sebelum matahari terbit untuk selamatkan Sonam. Kesian pun ye jugak sebab fans Anil tak peduli pun keadaan Anil yang berdarah dan luka sana sini tapi gigih nak selfie pastu nak dia perform on stage. 

Teringat kes fans mengamuk Fasha Sandha suruh dia tunggu sekejap untuk selfie sebab nak uruskan anak dulu dengan kes Kak Ogy kena rompak tapi orang ingat dia berlakon je. Jadi fans ni kena la sensitif sikit, jangan la rasa actor tu milik kita sampai tak bagi ruang untuk privacy langsung. Bila actor marah dikatanya kekwat. 

Nothing much for visual sebab shoot guna satu kamera untuk tayang real footage so bila scene kejar-mengejar antara Anil dengan pemandu teksi tu, Yogita pancit nak lari maka hadap je lah video bergegar. Untuk music score dari Alokananda Dasgupta, suka dengan lagu Khalaas dekat credit scene tapi tak ada dekat Youtube lagi. 

I love the original idea, the script, the dialogue masa Anurag call muse dia Nawazuddin Siddique tu kelakar kot. Taapsee pun taknak berkawan dengan dia dah lepas kontroversi simbah air tu. Plot twist dari movie AK vs AK pun gempak. Lakonan Anurag not bad lah tapi one thing remain is I still don’t like him as a person. Walaupun ni karakter fiksyen tapi boleh kata 90% diambil dari karakter offscreen dia. Kudos to the team for bringing out such a gem and congrats Netflix India for this! Recommended. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 8.9/10

21 comments

  1. waaaa, movie baru anil ka ni ! niceeeee

    ReplyDelete
  2. Gadingan pelakon yang hebat. dulu Naim minati mereka juga, tadi baca tajuk AK VS AK ingat senjata rifal hehe nama hendak sama. :)

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak tengok Anil Kapoor berlakon..tak makan usia laa dia..ok nanti nak langan Netflix nak tengok cerita ni..ehehe semata2 pulak

    ReplyDelete
  4. kak farhana suka betul layan cerita tamil ye hahahaha anyway senang kalau tiber nak layan tamil boleh refer recommendation dari blog akak hehe

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak mengikuti perkembangan industri Bollywood atau Tamil. Memang awak peminat tegar ye. Sis tau citer lama aje.

    ReplyDelete
  6. Wah pelakonnnya mmg legend ni... Idaman masa kecik2.. 👏👏👏

    ReplyDelete
  7. nampak real la movie ni. perghh babak dia banyak sindir orang dalam ke? i memang tak tau pasal bollywood kalau tengok pun memang clueless habis..haha

    ReplyDelete
  8. Pelakon legend ni..macam menarik juga movie ni 🤩

    ReplyDelete
  9. besttt okay sekarang gak nak cari and tengok movie ni. tq sharing. nanti share lagi tau movie best2

    ReplyDelete
  10. Saya tak berapa tau sangat kisah dunia perfileman Bollywood ni tapi haritu ada dengar la jugak pasal Sushant dan isu double standard dalam industri.

    ReplyDelete
  11. Ooo baru masuk ek..
    Lama sungguh tak tengok lakonan Anil ni.. dulu-dulu suka tengok lakonan dia, lagi kalau bahasa tamil hehehe.. boleh masuk list ni..

    ReplyDelete
  12. Baca review pun dah terasa excited and unique tentang filem ni... Okay let's check them out kat Netflix...

    ReplyDelete
  13. Seems like a good watch, since I have netflix too I'll go check it out thanks for sharing it with us.

    ReplyDelete
  14. what a great movie review cant wait to watch this movie soon!

    ReplyDelete
  15. Tudiaaaaa Anil pelakon otai kembali. Lama tak tengok movie dia. Gigih ya baca review sampai habis sebab excited gila. Done masuk list.

    ReplyDelete
  16. Kalau movie yang guna real footage ni kena betul-betul gabungkan kalau tidak ia jadi carca marba heheheh filem hindi jarang lah menghampakan cuma part menari tu mcam mana mereka nak menari dan ambil footage hehehehe..

    ReplyDelete
  17. oh wow new movie by Anil Kapoor and Anurag Kashyap! This one must catch up la nice we can watch it over the long weekend holiday soon

    ReplyDelete
  18. Rajinnya farhana layan movie.
    Akk ni skdar ngadap utube kat fon je tgk drama.
    Tu pun sambil buat kje kat dapo.

    Drama Drama ni sampai tak tahu sngt apa je yng ada.

    ReplyDelete
  19. Nie movie kan - bukan kisah nyata kan? Haha. Sebab guna real footage nie kekadang buat I confused mana satu real mana satu lakonan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bukan rawlin. Skrip memang dibuat tapi live footage guna kamera Yogita tu. Tak semua scene lah hehe

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.