Sejak menginjak umur dewasa ni tak pernah lagi join mana-mana event running kecuali dalam sukaneka lah. Malas nak join sebab ramai orang satu hal, malas lagi satu hal. Bila dapat jemputan dari KLCC untuk Fun Run pertama dianjurkan oleh Suria KLCC dan LEGO pada 06 Jun 2026, I RSVP je datang bersama Fariha. Lepas RSVP kena pick-up running kit dekat Concierge KLCC.
Kitorang plan nak tidur dekat hotel malam Jumaat tu tapi macam rushing sebab malam tu ada hal yang tak pasti apa benda. So kitorang buat advance booking dekat Grab untuk pick-up dekat rumah pukul 6.30 pagi. Event start pukul 7.30 pagi jadi kena datang pukul 7 pagi untuk pendaftaran. Fariha tersalah pin location drop-off tapi nasib baik lah pakcik Grab tu baik hati hantarkan ke Esplanade. Kalau tak, jauh juga lah nak berjalan dari Taman KLCC ke Esplanade.
![]() |
| First time tengok sunrise dekat KLCC |
![]() |
| Maskot LEGO bersama emcee of the day |
Tudung ni lah yang beli dekat butik Ariani masa PBAKL 2026 tu tapi saya tidak puas hati dengan material dia sebab susah nak bentuk sudahnya lilit biasa je. Lepas pendaftaran boleh bergambar dengan main lego yang disediakan dekat beberapa pool.
Pukul 7.30 pagi dah mula berkumpul untuk stretching. Fun Run ni 2KM je tapi stretching dia boleh tahan juga lah sakit peha sebab kena squat dan berjalan itik lepastu lunges pulak. Selesai stretching, semua bergerak ke garisan mula.
Memandangkan pukul 7.30 pagi adalah kumpulan pertama yang buat LEGO Fun Run ni, 3x jugak lah kena ulang countdown untuk photo ops dengan semua VIP. Kitonyo pendek so tak ada lah masuk dalam gambar rasmi KLCC hahaha
Masa berlari ni ingatkan berlari kosong je tapi LEGO buat kelainan lah dengan letak maskot dia di tepi jalan untuk peserta selfie, wefie atau bergambar dan buat video. Katanya nanti dekat finishing line dia akan tengok bukti bergambar dengan maskot-maskot LEGO.
Bila join running event ni baru lah I faham kenapa ramai suka mulakan hari minggu dengan beriadah dekat taman KLCC. I mean, look at the view! Masa kitorang berjalan-jalan dekat sini, nampak orang tengah taichi lah, melukis lah, yang jaga pace tu of course lah ramai.
Haritu nampak dekat Threads, OP datang dari negeri lain lepastu seronok dapat tengok KLCC. Dia macam segan lah sebab galeri dia penuh dengan gambar KLCC dan bandaraya Kuala Lumpur. Patutnya dia tak payah segan sebab I pun akan ambil gambar KLCC dari pelbagai sudut setiap kali datang ke sini.
Sebenarnya ada beberapa cabaran/ujian/halangan yang disediakan oleh pihak LEGO sepanjang trek ni tapi lupa pulak ambil gambar. Cabaran dia untuk kanak-kanak tapi I jiwa kanak-kanak, kira aci lah kan?
Fun Run LEGO x KLCC ni disokong oleh Prince Court Medical Centre, siapa yang injured boleh lah naik van ni. Tapi 2KM je kan, tak de lah yang cedera hshshs
Happy dah nampak finishing line 😃
SAMPAIIIII!
Lepas dah sampai tu kena pergi dekat booth pertama untuk redeem medal. Cantik kan medal LEGO ni? Medal ni boleh letak figura yang kita nak tapi kalau tak ada pun dah cantik dah nak buat gantung dekat rumah.
Terjumpa Kak Izz dengan anak dia.
Lepas dah puas bergambar dengan medal, kitorang pergi redeem semua yang percuma dekat sini. Sarapan dengan poke bowl miso salmon dari The Fish Bowl dan iced latte dari 8oz.
Lurveeee salmon 💖
Lepas habis makan, kitorang masuk dalam KLCC naik tingkat 1 dengan Kak ruby untuk claim aiskrim vanilla chocolate Godiva! Tak memasal kena judge dengan SCoups masa makan. I rasa kalori terbakar dalam 100 lebih je tapi kalori yang masuk macam menuju 1000 tapi benda free kan, takkan nak tolak.
Masa kitorang berjalan-jalan dekat taman KLCC tu, ada la pasang niat nak jogging jugak nanti tapi bila tu, kita tak pasti. Kita hanya mampu merancang 😝














.jpg)






















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.