Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, lebih intense dan penuh debaran? CHELOT bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula esok, 27 Ogos 2026, selepas mencuri perhatian menerusi aksi berskala besar serta pendekatan penggambaran yang cukup berani. Kalau selama ini hanya tonton trailer, esok masanya untuk saksikan sendiri segala aksi dan debaran CHELOT di layar perak.
Dengan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theebaan G, filem arahan, tulisan dan terbitan Adrian Teh ini mengangkat kisah penuh mendebarkan yang menyatukan keberanian, pengorbanan serta pertarungan antara keadilan dan dunia jenayah yang dipenuhi muslihat.
Salah satu tarikan utama CHELOT ialah babak aksi one take yang dirakam secara berterusan selama 5 minit 19 saat, merentasi laluan sepanjang 1.9 kilometer dari Quill City Mall ke Pertama Complex. Lebih membanggakan, babak tersebut turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Longest Single Take Action Sequence in a Movie.”
Namun, untuk menghasilkan babak sedemikian, ia bukan sekadar soal beraksi di hadapan kamera. Produksi CHELOT melalui persiapan yang cukup besar dengan penglibatan lebih 300 kru produksi, 150 hari persiapan, 60 jam latihan dan 8 jam penggambaran, selain menggunakan 50 buah kenderaan prop. Setiap pergerakan pelakon, kru, kamera, kenderaan dan elemen aksi perlu diselaraskan dengan tepat kerana babak tersebut dirakam tanpa sebarang potongan.
Dengan segala persiapan dan aksi yang dipertaruhkan, kini tiba masanya untuk penonton pula menentukan sendiri pengalaman mereka bersama CHELOT. Jika anda memang peminat filem aksi atau sedang mencari tontonan yang lain daripada biasa untuk dinikmati bersama kawan dan keluarga, tayangan CHELOT yang bermula esok adalah pilihan yang paling tepat untuk anda turun ke pawagam dan rasai sendiri debarannya.
Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini filem ini dan berkongsi keterujaan menerusi tanda pagar #CHELOT. Jangan lupa ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X serta YouTube untuk mendapatkan kandungan eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik berkaitan CHELOT.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.