PELUANG MANIS BUAT PEMINAT! | ANNA JOBLING DAN JAZMY JUMA BAKAL TEMUI ANDA DI CADBURY DAIRY MILK BISCOFF POP-UP
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2026 – Peminat Anna Jobling dan Jazmy Juma, siap sedia! Susulan sambutan hangat drama Yes! Captain Zul Aaryan, gandingan pelakon popular ini bakal bertemu para peminat menerusi sesi Meet & Greet eksklusif yang akan berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2026 (Sabtu).
Lebih istimewa, 30 peminat terawal yang mendaftar turut berpeluang merakamkan foto eksklusif bersama Anna dan Jazmy. Sesi ini sekali gus menjadi antara tarikan utama yang tidak harus dilepaskan oleh para peminat yang ingin bertemu lebih dekat dengan gandingan yang kini mencuri perhatian ramai.
Sejak tayangan perdananya, Yes! Captain Zul Aaryan terus meraih sambutan hangat di media sosial. Berdasarkan data Meltwater, drama ini merekodkan 900 juta capaian media sosial, 74.4 juta tontonan video serta 2.44 juta interaksi sepanjang tempoh 18 Mei hingga 5 Ogos 2026.
Selain sesi Meet & Greet, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang Cadbury Dairy Milk Biscoff Pop-Up yang berlangsung dari 6 hingga 9 Ogos 2026. Daripada menghasilkan bar coklat dengan nama sendiri, merakam momen di sudut bergambar yang direka khas untuk media sosial sehinggalah menyertai pelbagai aktiviti interaktif, pop-up ini menjanjikan detik-detik manis yang boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sama ada anda peminat coklat, penggemar kandungan media sosial mahupun peminat setia Anna Jobling dan Jazmy Juma, acara istimewa ini menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman menikmati coklat. Ia merupakan destinasi untuk mencipta memori bersama insan tersayang sambil meraikan gabungan ikonik Cadbury Dairy Milk dan Biscoff dalam suasana yang menyeronokkan.
Orang ramai dijemput mengunjungi Cadbury Dairy Milk Biscoff Pop-Up di The Starhill dari 6 hingga 9 Ogos 2026, bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam (9 Ogos sehingga 9.30 malam). Bagi sesi Meet & Greet pada 8 Ogos, pendaftaran akan dibuka mulai 12.00 tengah hari, manakala sesi bergambar bersama Anna Jobling dan Jazmy Juma adalah terhad kepada 30 peminat terawal.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini. Jumpa anda di sana! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.